Sabtu, 5 Januari 2013

NorthIndiaBackpacking 14: Agra Black Star Sapphire

So we meet again. :-)

Malam ini terasa macam mahu menyambung penceritaan Kembara India aku. Iya, memang dah terlampau lama aku tinggalkan. Heheee aku salahkan diri aku jugak sebab penyakit malas yang ada tidak dapat dibendung. huhuuu

Ini adalah sambungan dari SINI.

Setelah mengisi perut dengan Beriyani Ayam yang sangat  mengeyangkan, kami dibawa oleh bhayya taxi kami ke kedai batu-batu permata pulak. Well, biasalah, memula konfiden macam "nak tengok sahaja". Haha.

Bermacam-macam batu yang dikeluarkan untuk tatapan kami berdua. Ada kaler merah, biru, hijau, putih. Memacam kaler keluar. TETAPI, apabila sebentuk cincin berkaler hitam, diikat sekelilingnya dengan batu swarovski keluar, aku terpaku! Batu itu adalah Agra Black Star Sapphire yang hanya dapat dilombong di Agra sahaja.

Wow.

Macammana nak pastikan batu itu adalah bukan batu tiruan? Caranya, bawak cincin batu itu di bawah lampu dan korang akan nampak six-rayed star. Sangat obvious bintang yang korang akan nampak. Terus aku cakap aku nak beli yang itu. Tapi, bila tanya harga, deme sebut 10,000 rupee = RM 640. Mak aihhh harus la aku tak mampu!!! Gilakkk

Maka, kami tiada cara lain selain drama kami. Hahaaa. Use your Women's Power when it comes to dealing the price! bodek punya bodek dengan linangan air mata, aku berjaya dapat gak beli cincin tue dengan harga rm100. Thanks to Baby la sebab giler garang masa tue, we take it or leave it. Hahaaa aku bayar ngan ringgit malaysia okeh sebab rupee aku memang tak cukup dah sebab nak simpan pakai masa kat Jaipur untuk keesokkan harinya. Haihhhhh..menyesal aku masuk kedai tuh.

Oh yea, kedai tue aku tak ingat dah nama apa, tapi dekat ngan money changer dan post office. Pepandaila korang cari dan bargain dengan linangan air mata okeh!

Harga di pasaran buleh refer di SINI

Its perfectly mine! :-)
Kami mengambil masa 2 jam juga duduk di kedai itu, dan puas sebab aku dapat satu cincin yang aku memang nak. Selesai pembayaran, hari dah makin gelap then kami decide untuk balik ke tempat penginapan, The Tourist Place untuk berehat dan tidur. 

Besok perjalanan masih panjang sebab di sebelah paginya kami akan ke Fatehpur Sikri dan lewat petangnya akan menaiki keretapi terus ke Jaipur.

Akan bersambung kemudian..


5 ulasan:

  1. Wow! teruja nye dengan cerite batu agra ni. btw, kat gambar tu , kenapa 1 batu tu bertanda merah disekelilingnya?? izit the same ring u wore on your finger?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, the same that i wore on my finger. its cropping, to show the other angle ;)

      Padam
  2. Balasan
    1. wakakaka

      ini je la utk panaskan enjin dulu..

      heheee sabo ek ;)

      Padam
    2. terpaksa ulang soalan biq, ini jahhhh???

      kekekeke :D

      apapun mmg cantik itu cincin. aku tau ko mmg suka benda ladies2 ni..tapi aku jenuhla mak aku berperang suh aku pakai sbb mmg aku tak gemar nak pakai. klu pakai pun sat2 je cukup syarat :P

      Padam