Selasa, 19 Februari 2013

Santai Hari Minggu di Perak: Lubuk Timah & Gaharu Tea Plantation

Malam ini terasa ingin menulis mengenai Lubuk Timah dan juga Ladang Teh Gaharu. Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Indah Permai, Perak Aman Jaya. Itu tagline Perak okeh. :-)

Sejak-sejak bermastautin di negeri Perak Aman Jaya ini, beberapa tempat telah aku terjah bersama rakan-rakan #TravelholicAwesome aku. Kebetulan, kebanyakan kami adalah berasal dari Perak Aman Jaya. Maka...haruslah kita TERJAH!!

Untuk entry kali ini, aku cerita mengenai Kolam Air Panas & Air Terjun Lubuk Timah di Simpang Pulai dan Gaharu Tea Plantation yang terletak di Gopeng. Aku pergi bersama-sama dengan DanArif dan Masnona KakiJalan.

Kolam Air Panas & Air Terjun Lubuk Timah


"us"
Kalau kome-kome datang ke Lubuk Timah ini, ada 2 tarikan utama yang ada di sini. Iaitu kolam air panasnya dan kemudian, air terjun (limpahan empangan) semulajadi yang ada di situ. 

Kolam yang disediakan ini tidaklah sebesar mana. Rasanya cukup untuk 2 keluarga conquer kawasan ini. Tapi airnya sangat jernih dan ada beberapa peringkat kepanasan. Memang bagusla, sebab air dari kolam air panas ini ada sulphur dan baik untuk kesihatan kulit, katanya.


Macam dalam jea tu kan..heheee
Okeh, ini aku curik dari Danarif.com, tapi cantik kannn??
Selepas mengeluarkan peluh yang agak dahsyat dengan hanya merendamkan badan di kolam air panas itu, kome-kome bolehlah meneruskan upacara mengeluarkan peluh dengan mendaki denai-denai kecil untuk ke lokasi hidden gem yang seterusnya iaitu ke kawasan Air Terjun Lubuk Timah juga. Perjalanannya tidak lah jauh, cuba dalam 5-10 minit perjalanan sahaja.



Bahagian atas air terjun itu ada macam empangan, tapi tak sure dalam ke idak..Tak berani kami mandi sebenarnya. :-)
Apabila sampai di kawasan air terjun tersebut, terasa begitu aman. Memang tak ramai orang yang datang ke sini. Bila kami sampai, ada sekumpulan remaja sedang membuat pelbagai aksi lompatan di air terjun itu. Selepas mereka semua balik, tinggallah hanya kami bertiga menikmati alam semulajadi di situ. Cantikkan air terjun itu?? Tidak ku sangka, Perak ada tempat mandi yang se-best ini!


Muka puas hati memasing!!
Ladang Teh Gaharu, Gopeng.

Setelah selesai mandi, kami bersiap untuk ke Gopeng dan menuju ke Ladang Teh Gaharu. Bila Masnona kata di Perak ada ladang teh, memang aku agak terkejut sebab ada ke kawasan sejuk macam cameron di Perak ini selain di Cameron highland?

Rupanya Ladang Teh tersebut bukan dari pokok teh yang kita selalu minum itu, tapi ini teh hijau yang ditanam dari Pokok Gaharu. Lihatlah doniya!! Sejuk mata memandang kan.. Tapi suhunya idokle sejuk macam di Cameron Highland. Panas macam biasa.

Tiket masuk memang percuma. Tapi ladang ini teramatlah besornya yong. Jadinya, kami ambil van untuk ronda-ronda kawasan ladang teh itu. Deme charge rm10 untuk sekepala dan rondaan dibuat dalam masa satu jam. Ok sangat dah.



Hijau mata memandang
Ha ha!!
Hahahaaa, ini adalah ibu pokok Gaharu bagi ladang teh ini. Katanya sangat bertuah sebab membawa ion-ion positif kepada badan kita kalau kita peluk kuat-kuat pokok ini. Entah betul entahkan tidak, tapi aku peluk juga la. mana tau boleh kaya pulak lepas ni. hehee. Maunya satu doniya aku terjah! Tapi besar kan batang ibu pokok ini. Tinggi pun tinggi juga.




FishyEye ;-)
Sebab aku masih ada saki baki penyakit "M" dalam diri ini, kes Malas nak cerita pepanjang dan terperinci lagi lanjut, maka silalah sambung pembacaan anda ke blog rerakan yang lain, sila klik di bawah:
1. Lubuk Timah Waterfall & Hot Spring by DanArif.com
2. iPOH : GaHaRu Tea VaLLeY GoPeNG by Masnona KakiJalan

22 ulasan:

  1. wahhh! untungla berjaya ber3 je tanpa mengajak kami sekeluarga. bestnya air terjun tuh! cantek sekaliiii!

    BalasPadam
  2. Salam,
    Cantiknya Perak Aman Jaya! Air terjun tu cantik bebenor!

    Teman 100% orang Perak, tapi seganlah pulak ngaku, pasei belum lagi ke tempat-tempat ni.

    BalasPadam
  3. meh sini akak sental penyakit "m" tu kuar dari mas...
    heheh
    cantik le kolam tuh...
    jom ramai2 nak?
    kasi pecah empangan tuh dgn muatan kita sume???
    hahahah (gelak jahat namun hati tetap suci baik)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa muat kak kalo sumer kite masuk dalam tue...

      Bile la nak buat trip 3d 2n exploring ipoh+perak tengah nehh...

      Padam
  4. ohmai..siap main curik2 gambar danarif! hahahahah

    Nanti bawa daku ke sini okeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaa sharing is caring katanya ;)

      Baeklah..marilah kita melawat perak lepas ni weh...

      Padam
    2. bawak jugak mak esah dan suami ke sini nanti! (walaupun cam gerun je tgk empangan air terjun tu mcm memanggil2 jer utk bunuh diri...eeeeiii)

      Padam
    3. Huiiiii, xde nye bahaya tempat tue wei.. Sumer best :)

      Heheee

      Padam
  5. Salam Mas

    La.....sian ke akak, tak tahu menahu ada tempat menarik kat belakang rumah...haha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jauh kembara akak tu...cer tgk yg kt blakang umah pule..hehehee :)

      Padam
  6. Kalu dah travel dengan si kaki jalan, memang la tempat singgahan tu sangat menarik! Jeles nya.

    BalasPadam
  7. wawawaaaaaahhhh... best ni.. nanti balik taiping nak ronda2 sana jgk la..

    BalasPadam