Agak lama tergendala projek
penulisan India ini. Sekarang baru disambung semula sebab entry yang aku
telah tulis sebelum ini bagi slot Jaipur, telah terdelete dengan sebab
musababnya yang amat menyakitkan hati. Geram sungguh, dah la aku upload
semua gambar dengan bermodemkan telefonku ini. haihhh. Dan biasalah, bila
dah delete tu, memang bercinta lah kan nak karang cerita yang lain. :-)
Anyhow, ini adalah sambungan Entry dari SINI:NorthIndiaBackpacking 15: To Fatehpur
Kami tiba di Jaipur dalam jam 10pm. Agak lewat kalau nak berkeliaran di malam hari jika anda di India. Mujur kami dah book free pick up dari Hotel yang kami book iaitu, Hotel Kanchandeep. Dengan harga 800rupee /RM51.20 semalam, aku rasa memang berbaloi sebab selesa dan bersekali dengan pick up percuma hotel.
Selepas mendapat tidur nyenyak malam itu, kami bangun awal untuk memulakan hari kami di Jaipur. Breakfast di hotel yang kami makan pagi itu agak meriah lagi banyak sebab kami tak sure di mana akan kami dapat makan tengahari nanti. Ketakutan dari terkena cirit birit pun ada juga sebenarnya, jadi memang kami pilih tempat makan.
Sedang enak menjamu makanan, tiba-tiba datang seorang lelaki, menghampiri kami dan memperkenalkan diri sebagai JAI. Dia mencari Malaysian bernama Mas. Huh pelik kan? Sebab aku memang lupa pasal mamat ini. Memang sebenarnya mamat ini ada offer untuk menjadi host CouchSurfing (CS) aku di Jaipur. Rumah dia besar dan cantik tau! Tapi aku tolak sebab aku dapat hotel murah di Jaipur dan masa aku pun sangat singkat di Jaipur. Tak sangka pula, dia gigih cari hotel yang aku duduk sekarang dan sanggup menjadi tourist guide kami sepanjang hari di sana.
Tanpa banyak soal, aku terima sahaja pelawaan dia, memandangkan testimoni dia di CS agak meyakinkan dan selamat. Jadinya, kos taxi dan seangkatan dengannya dah ditanggung dan percuma. #untungla :-)
Jadi ke mana kami berjalan di Jaipur?
Menara Isarlat
Menara Isarlat ini memang aku tak pernah tahu kewujudannya. Jai yang suggest untuk kami ke sini sebab kita akan dapat permandangan 360 Bandar Jaipur. Dikenali juga sebagai Swargasuli di Jaipur, ia juga adalah menara tertinggi yang ada di Jaipur di sebelah barat Bazaar Tripolia. Untuk naik ke atas, kita perlu menaiki tangga bulat ke atas, yup..memang ada sedikit pening lagi pancit (almaklumlah..) TETAPI berbaloi dengan pemandangan yang akan kita dapat di atas menara itu.
Tiger Fort |
Dari atas menara itu, kita akan dapat pemandangan jelas Tiger Fort. Tiger Fort memang agak dikenali jika di Jaipur. Tapi aku bercadang ke sana petang nanti untuk dapatkan gambor matahari terbenam :-)
Selepas abis mengah naik ke atas Isarlat itu, kami turun untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu, Hawa Mahal!
Hawa Mahal (Palace of Breeze)
Hawa (Breeze/Angin) Mahal (Palace/Istana) ini dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Singh sebagai sebahagian daripada City Palace. Ia adalah sebahagian daripada ruang khas untuk wanita sebenarnya. Kalau kita tengok dari luar, bangunan ini ada 5 tingkat yang dilengkapi dengan lebih 950 buah tingkap kecil. Tujuannya adalah untuk membolehkan wanita diraja meng-skodeng / melihat kehidupan seharian di jalan di bawah luar tanpa dilihat oleh orang lain.
Waktu kami sampai di sini, cuaca panas memang agak menyengat. Jam di tangan baru pukul 10.30 pagi, tetapi teriknya..Hanya Tuhan yang tahu, 32 celcius juga. Disebabkan kepanasan yang melampau (ketika itu) Kami tak masuk ke dalam Hawa Mahal. TETAPI bila balik Malaysia, agak menyesal. Sebab apa? Sebenarnya interior hawal mahal itu memang cantik untuk diambil gambornya. Kalau tak percaya, silalah ke SINI, SINI dan SINI.
Kedai yang ada di depan Hawa Mahal |
Istana ini terletak di Tasik Sagar. Luas juga tasik ini, buatan manusia dan air yang ada di tasik ini adalah limpahan air dari empangan bersebelahan.
Baby dan Inilah Jai, CS aku di Jaipur. Baik tapi ade Gatal sikit. lol |
Aku beli beberapa helai untuk dibuat cadar katil dan souvenir untuk makcik2 aku. Agak cantik dan kainnya adalah 100% cotton, so memang selesa kalau nak dibuat cadar.
Block untuk ditekap |
repetitive work and tedious. |
the best coffee from Jaipur. Aku minta tambah sampai 2 cawan! hahaa |
Selain dari cadar, sarung bantal dan seangkatan dengannya, mereka juga ada jual pelbagai jenis sari yang cantik-cantik. Disebabkan aku dah beli banyak kain sari di Delhi kelmarin, maka aku pejam mata jea tengok mereka apabila membentangkan kain-kain itu. Takut tergoda pun ada juga. Tapi mujur, aku masih waras dan terus minta Jai bawak kami keluar dan terjah tempat lain pula..COBAAN..
Akan disambung kemudian!
Akan disambung kemudian!
rindu pulak kat india bila baca cerita ko nih... sila sambung ye..
BalasPadamBaiklah ;)
Padamwahhhh...
BalasPadamfinally
sambung balik entry jaipur...
(mana byya???..dia kena rebranding blog dia nih!!)
heheh
Wihihihiii
PadamTengah susun strategi camna nak abiskan sumer entri tertunggak sebelum 20 april ni kak..tolong!!
akhirnya sambungan kisah India.. hehe.. terus teringat masa i kat Hawa Mahal dulu..huhuhu
BalasPadamMasa u pegi musim sejuk..mesti best!
PadamMula-mula baca tajuk, ingatkan ke India lagi..rupa-rupanya sambungan kisah yang dulu. :)
BalasPadamKain kapas memang sesuai buat cadar. Kualitinya pun baik. Tidur pun sedap. Saya ada cadar kain kapas yang telah berusia lebih daripada 21 tahun, selalu pakai, tetapi masih elok lagi macam baru beli :)
Tobattt dah kak nak ke sana hehehee.. Sekali sudah cukup.
PadamTapi sy nak repeat kashmir!!! :)))
Hello there! This is my first comment here so I just
BalasPadamwanted to give a quick shout out and tell you I really enjoy
reading your blog posts. Can you recommend any other blogs/websites/forums
that go over the same topics? Thank you so
much!
Here is my webpage - Where Can I get Free PSN Codes Answers
Free PDF Password Remover Tools http://www.pdfpasswordremover.
BalasPadamtk - PDF Unlocker - Unlock Any Secured PDF File For Free. The best PDF Password Removal Software For Free Download
Pretty section of content. I just stumbled upon your web site and in accession capital to assert that I get in fact enjoyed account your
blog posts. Anyway I'll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently quickly.
Look at my web-site - pdf password cracker