Selasa, 9 April 2013

Permohonan VISA CHINA dari Kuala Lumpur

Semalam (Hari Isnin) aku telah membuat permohonan untuk mendapatkan VISA CHINA bagi diri aku dan 5 geng yang lain untuk projek kembara aku yang akan datang. Tik tok tik tok, time is ticking hard these day!!!

Agak mudah untuk membuat VISA CHINA sebenarnya.

Ikut langkah-langkah seperti di bawah:

1. Isi Borang Permohonan Secara Online


Sila lawat WEBSITE INI untuk mengisi borang secara online dan print borang yang telah lengkap serta jangan lupa turunkan tandatangan borang tersebut.

2. Sediakan Dokumen Sokongan lain

Sila kepilkan bersama perkara berikut bersama-sama borang yang telah diisi dan dicetak:

a) Sekeping gambar passport size (background biru atau putih)
b) Salinan Itinerary Tiket kapal terbang pergi dan balik
c) Salinan booking accommodation di hotel/hostel yang akan kita menginap
d) Buku Passport yang terkini

3.Hantar Borang Permohonan

Permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan perlu dihantar ke Chinese Visa Application Service Centre (CVASC) di Bangunan Bank of China di Jalan Ampang.

Bangunan Bank of China di Jalan Ampang, sebaris jea dengan Ampang Park

Sampai di Bangunan Bank of China tersebut, naik tangga di luar bangunan tersebut untuk ke tingkat 2 bangunan. Aku sampai di sana dalam jam 10.30 pagi. Agak terlewat dan aku kena tunggu 2 jam lebih untuk sampai ke giliran aku. Adalah dinasihatkan supaya korang datang sebelum pukul 9 pagi untuk mengelakkan kejadian tunggu sampai 2 jam lebih seperti yang aku kena.

Tue dia, punya lama kena tunggu turn.



4. Pengambilan Visa China yang telah lulus

Tiba giliran, aku ke kaunter untuk menyerahkan semua dokumen untuk disemak oleh pegawai visa yang bertugas. Sekejap jea semakan yang dibuat JIKA semua dokumen sokongan yang diperlukan lengkap semua ada. Untuk single entry visa, bayaran yang dikenakan adalah RM58. Bayaran akan dibuat semasa pengambilan visa yang telah siap dan diluluskan. Tempoh untuk diproses dalam masa 4 hari dan aku diminta untuk datang kembali pada hari Khamis nanti. Yeay!!

13 ulasan:

  1. wow! nak ke china ke mas? bestnyaaaa!!! have funnn!

    BalasPadam
  2. owhhhhh tinggalkan aku!!!!tak ngajak!!!! kbai ;p

    BalasPadam
  3. waaaa...ke China pulak ye Mas. Enjoy !!!

    BalasPadam
  4. OMG sampai hati tak HAJAK!!!!
    Hahaha have fun ok!

    BalasPadam
  5. Semasa saya buat visa ke China dahulu ia diproses dalam masa 4 jam. Sambil saya lepak-lepak di KLCC, visa tu pun diluluskan :) Utk diproses secara urgent ini kena bayar lebih sikit. Tapi ini lebih berbaloi daripada menunggu 4 hari kerana saya tinggal di Penang.

    Saya rasa visa MasZuber diluluskan hari ni :) Nak ke mana di China?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh tak tau pula ada visa yg diproses dlm masa 4 jam. Thnx for the info kak :)

      Visa tadi kawan sy dah tolong pick up. LULUS utk semua :)))

      Sy nk singgah ke shenzen-guilin-nanning nanti :)

      Padam