Jumaat, 5 April 2013

#TSDayOut: Amazing Race FRIM, March 2013

Pada 30 Mac yang lepas, aku berkesempatan untuk menyertai satu lagi event #TSDayOut dari Tourism Selangor. Kalau nak diikutkan, mereka buat event #TSDayOut ini hampir setiap bulan. Macam-macam aktiviti menarik yang mereka telah fikirkan untuk kami beriadah di hujung minggu di sekitar Negeri Selangor ini. Terima kasihlah team #TSDayOut Tourism Selangor!! 

Ini adalah kali kedua aku diberi peluang untuk
join bersama aktiviti mereka. Kali pertama aku pergi bersama Dan Arif ke Asian Water Sport Village Puchong. Newbies juga la aku ini. Rugi tak join dari awal! Macammana nak join? Senang sahaja, silalah Follow Twitter @TourismSelangor dan tunggu announcement mereka untuk registration aktiviti-aktiviti #TSDayOut. Selain twitter, korang juga boleh Like FB page, Tourism Selangor. Kena alert dengan setiap post status Twitter dan FB, takut terlepas keretapi dan tak sempat nak register #TSDayOut. heheee. Untuk maklumat lanjut mengenai #TSDayOut ini, silalah sergah website mereka http://tsdayout.my/

Sedikit maklumat mengenai
FRIM. FRIM ini adalah singkatan dari The Forest Research Institute Malaysia. Pusat Penyelidikan untuk semua yang berkaitan perhutanan. Lokasinya terletak di Kepong, bersebelahan dengan Taman FRIM Kepong dan boleh diakses terus dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dulu masa sekolah, Form 2, aku ada buat projek buku scrap untuk subjek Geografi dan masuk hutan FRIM ini lah. Punyalah gigih, masuk hutan siap kena serang dengan pacat secara berjemaah, tapi sempat lagi kutip semua jenis daun dan kaji satu-satu! Ohh kenangan sangat!

GPS Coordinate: (3.236497648345289, 101.63186073303222)
Berbalik kepada #TSDayOut Amazing Race FRIM, setelah selesai pendaftaran dan pemberian T-Shirt biru #TSDayOut (i love the color!!), briefing ringkas diberikan oleh Wakil dari FRIM, En. Eddy selaku ketua  ekspedisi Amazing Race ini. Stretching juga dibuat sebelum aktiviti dimulakan. Untuk #TSDayOut Amazing Race FRIM ini, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 3/4 orang.




Group aku diberi nama TO THE BUSH!
Secara keseluruhannya, terdapat 9 checkpoints yang perlu kami terjah untuk menyelesaikan Amazing Race ini. Dan setelah habis aktiviti di checkpoint, setiap kumpulan perlu buat cheering mengikut kekreativian masing-masing. Selain itu, setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji telur busuk untuk dijaga sepanjang perjalanan. Telur itu hanya boleh dipegang dan tidak buleh di simpan di dalam poket dan seumpama dengannya. Untuk #TSDayOut kali ini aku tak bawak masuk kamera ke dalam hutan atas faktor2 keselamatan kamera itu sendiri. Jadinya, semua gambor di setiap checkpoint selepas ini adalah ehsan dari fotografer #TSDayOut untuk hari itu, Rasyidi Awaluddin.
Inilah dia map Amazing Race kami!


Sebelum masuk hutan, mari bergambor! Photo by Rasyidi
Untuk setiap checkpoint, En. Faizal akan memberi penerangan serba sedikit mengenai task yang kami perlu buat. 

Checkpoint 1: Cari Guli dalam Sungai


Bila dengar task yang pertama adalah mencari guli dalam kolam sungai di situ, semua orang meluru ke kolam yang berdekatan. Masing-masing gigih meraba-raba dasar kolam untuk mencari guli yang kecik lagi bulat di situ. Bukan senang okeh. Memang ikut luck dan ketajaman mata sendiri. Heheee. Setiap kumpulan diminta untuk mengumpul 3 bijik sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Checkpoint 2.
Photo by Rasyidi
Checkpoint 2: Me-reka kostum/aksesori Orang Asli

Untuk task kedua, kami perlu mereka kostum yang simple dari daun-daun / batang yang ada di sekeliling kami dan dibekalkan dengan 3 batang tali rapia. Aku buat headgear dengan earing. Hehee. Amirul buat spender tergantung, and Emily buat top. Comel sangat. Di samping itu, kami perlu juga cat muka muka dengan water color yang disediakan. Abis orang asli la kaedahnya!! Setelah abis mengecat semua, cheering yang kami perlu buat perlu ada unsur Orang Asli jugak. huhuuhuu To the bush..BOYYAAAA!!! 
Photo by Rasyidi
photo by ashraf
Checkpoint 3: Terompah
Photo by Rasyidi
Perjalanan ke CheckPoint 3 ini agak jauh dan melelahkan. Aku admit, aku ada sedikit pancit masa ini. Seriously, lama kot aku tak buat aktiviti naik-naik bukit ini. Kalau dulu siap lari lagi naik bukit ;). Tipu sangat!  Selepas penat mendaki dan nampak pump house, hati terus lega! Task untuk kali ini, kami perlu berjalan dengan terompah dari tempurung kelapa dalam jarak 10 meter kot.. hehehee nasib baik senang!!
Photo by Rasyidi
Checkpoint 4: Jigsaw Puzzle
Dari Terompah kami tiba ke Checkpoint ke 4 untuk menyusun puzzle. Gambar Pokok Meranti "Crown Shyness" menjadi rujukan kami semasa menyusun cebisan puzzle yang ada. Berpinar juga mata sebab lebih kurang jea imej yang nak disabungkan itu. Selesai Jiqsaw Puzzle dan cheering wajib, kami meneruskan perjalanan ke checkpoint 5.
Photo by Rasyidi
Treasure Art
Semasa briefing dari En Eddy sebelum kami memulakan race, beliau ada sebut mengenai Treasure Art yang kami akan jumpa di dalam perjalanan dari checkpoint 4 ke checkpoint 5. Punyalah jenuh kami mencari dan kami pilih sebatang pokok yang besar juga pemeluknya sebagai treasure Art kami. Rupanya kami silap sebab Treasure Art sebenar adalah daun pokok tinggi melangit yang sangat cantik bila gambar diambil dari bawah. Fenomena ini dipanggil juga "Crown Shyness". Punya la gigih kami susun puzzle pasal menda ini namun tak perasan langsung masa lalu bawah dia selepas itu. Rugi betul!



Crown Shyness ini sangat unik sampai pernah masuk National Geography Tahun 2008. Jika kita mendongak kepala ke atas himpunan pokok-pokok meranti setinggi 20 - 30 meter di kawasan itu, mata kita sure akan terpaku melihat keunikan kanopi rimbunan daun-daunnya yang seakan-akan membentuk sebuah jigsaw puzzle. Cahaya matahari yang ada akan kelihatan di celah-celah daun akan membolehkan pengunjung melihat fenomena luar biasa itu dengan lebih jelas!








Checkpoint 5: Commando Crawl
Task kami seterusnya di check point 5 adalah merangkak ala komando di laluan lopak yang penuh dengan air hujan. Cesss habis baju konfem basah dan haruslah bertukar kaler agak kekuningan berkat air kaler teh tarik yang ada. huhuuu. But it was fun!!!

Checkpoint 6: BlindFold



Setelah merangkak ala komando, dengan baju yang amat comot tapi menten comel, kami terus ke checkpoint 6. Untuk task ini, 2 orang dari kami akan ditutup mata dan seorang dari kami akan memberi arahan kepada yang dua tadi untuk mengutip 10 bijik gulungan kertas (kecik gila). So, aku yang menjadi tukang arah, manakala Emily dan Amirul kena ikut arahan dengan mata ditutup dan sambil mengcangkung untuk mengutip gulungan kertas yang ada. Penat kot kena jalan mencangkung..agak menguji kesabaran, huhuuu dah la panas. Kesian diorang (dlm hati lega bukan aku yang kena kikiki). Nasib badan ler. Cukup 10 biji kami dapat, maka kami terus ke checkpoint 7.

Photo by Rasyidi

Checkpoint 7: Paku
Task susun paku ini agak mencabar sket. Sebab kami kena susun 12 paku di atas sebatang paku tegak dengan syarat 12 paku yang lain tu tak sentuh bawah langsung! Amirul kata dia pernah buat task ini dulu tapi lupa!! Adoii. TETAPI, selepas dia membuat "lawatan sambil belajar" ke group lain, hahaha kami berjaya susun semua paku itu dengan excellentnya. Bila panggil urusetia, konon dah berjaya la dengan konfidennya..alih2 dia cakap task tak habis lagi selagi kitorang belum berjaya pusingkan paku itu 360 darjah. WHATTT??? hahhahah AZAB kan??? Walaupun susah..tapi habiskan juga task ini dengan cemerlang lagi tipu muslihat. wink wink ;)
Photo by Rasyidi
Checkpoint 8: Fear Factor

Ok, task untuk check point 8 ini yang paling aku akan ingat sampai bila bila. Even sampai sekarang pun, kalau diingat-ingat kan balik..rasa geli-geliman itu masih aku rasa tau!
Untuk task ini, mata  kami ditutup dengan kain hitam. Kami diminta untuk mencari 2 keping syiling 10 sen di dalam bekas yang disediakan. Kami tak tau apa sebenarnya yang ada di dalam bekas tersebut. Harusla meraba-raba dan mencari-cari di manakah syiling 10 sen yang kecik itu di sebalik timbunan daun kering, sedikit pasir dan #%#@#. Apabila 2 ketul syiling tersebut berjaya diperolehi, barulah penutup mata dibuka!!

Hahhhh cacing okeh. cacing gemukkkk berbelang-belang!!!!!
Photo by Rasyidi
Photo by Rasyidi
Nasib baiklah kena tutup mata. Kalau tak tutup, tobat aku nak cari syiling 10 sen itu!!! Sanggup tau kena penalty tak mau pegang cacing tu! ;)

Checkpoint 9: Listing all checkpoints

Checkpoint 9 adalah yang terakhir untuk Amazing Race kami. Kami perlu senaraikan SEMUA checkpoints yang kami redah sebelum ini dan namakan dengan betul. Kami belasah jea nama setiap checkpoints, sebab memang ada yang ingat dan ada yang lupa. Selepas itu, kami kena buat cheering untuk kali terakhir, konon yang paling grand la..huhuhuu Nasibla kan :)


Photo by Rasyidi
Selepas habis semua task, kami membersihkan diri dan makan tengahari di tempat yang disediakan. Perut memang lapar, tapi lagi lapar kot pacat-pacat yang telah berjaya menggigit aku sampai kembung perut depa. Sampai rumah tau darah kaki aku tue tak mau berhenti. Penangan pacat FRIM!

Di akhir sesi #TSDayOut Amazing Race FRIM , Pn. Nor Hayati dari FRIM telah sudi untuk menyertai kami bagi upacara penutup dan penyampaian hadiah. Tempat pertama dimenangi oleh Group Sampat, Kedua adalah Teh Tarek (i love your cheering!) dan Yang Ketiga adalah Group Kame-KameHa.

Group aku dapat tempat ke berapa?? Heheee aku rasa last kot. Tapi tak kisah sangat sebenarnya, sebab sepanjang Amazing Race tu, kitorang bergumbira sambil bergelak bagai. Aishh. Berjalan pun masing-masing berlenggang-kangkung. Tak pressure langsung :-)


Pn. Nor Hayati dari FRIM. Gigih ni datang dengan baju kurung kenduri. Terima Kasih!!
All the Winners
With Naju and Kanmani?
Adik-adik manis urusetia






Hasil gigitan cinta yang tulus lagi murni dari Mr. Phatccc
ALL OF US #TSDAYOUT AMAZING RACA FRIM. Photo by Ashraf

Secara keseluruhannya, TERIMA KASIH kepada team #TSDayOut Amazing Race FRIM kerana berjaya menganjurkan program ini. Seriously, Good Job #TSDayOut! Harap-harap, ada la peluang untuk aku join #TSDayOut yang lain di masa hadapan. :-)


Soalan: Adakah anda berminat untuk menyertai TSDayOut di masa hadapan?
Jawapan: 200% YES!!

17 ulasan:

  1. Wow gigihnya tulis entry panjang hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu

      Byk tu nak tulisss, harus panjang ;)

      Padam
    2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya PAK IBRAHING seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan MBAH SORE yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 4D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada MBAH SORE dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH SORE saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, MBAH SORE adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 085-256-133-981

      Padam
  2. hahahahahaha daun atas kepala ko tu, sebijik cam character salah sorang krew kapal dlm pirates of the caribbean! hahahaha!

    eeeeiiiii tak suka pacat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pacatttt memang byk biqque. Mungkin sebab hari sebelumm tu hujan kot...

      Tp rase kena gigit ngan semut je biqque. Gatal2 gitew!

      Padam
    2. bkn pasal gigit mcm semut tu, BADAN DIA YG LEMBIK2 JALAN TAKDE KAKI TUUUUU yg buatkan i geli...hahaha!

      Padam
  3. pacat..!!!! lari...!!!

    kalo masa muda2 dolu rajin sgt masuk hutan tapi takde event camni la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun dah lama x masuk utan kak..huhuui. Itu yg terlebih excited tuh ;)

      Padam
  4. fuyoh, dah publish post ni
    I'm still writing about this
    just come back from trip

    syok kan Amzing Race TSDAYOUT
    harap-harap dapat join lagi next time :)

    BalasPadam
  5. Good write up!! Glad u loved our team's cheer!! :)

    BalasPadam
  6. banyaknya gambar saya dalam entry ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haahahahah tu maksudnya dah taraf retis la tue ;)

      Padam
  7. tahniah menang best entry!!!!!!
    jumpa lagi ye next time :)

    BalasPadam