Khamis, 2 Januari 2014

Pre-Travelling: Istanbul - Cappadocia - DIY Umrah-Ziarah : Flight Tix Secured!

Akhirnya... masa untuk Honeymoon hampir tiba! Kami tunggu hampir 3 bulan lebih dari tarikh kami kahwin untuk berbulan madu. Tempoh "financial recovery" yang agak lama. Masing-masing pun gigil terlebih sebab dah lama tak naik kapal terbang. Dan yang paling bermakna, kami akan  buat umrah sekaligus.. secara DIY, InshaAllah :-).

Alhamdulillah, semua tiket flight telah berjaya kami booking!

1. Kuala Lumpur - Istanbul, Jeddah - Kuala Lumpur
2. Istanbul - Madinah
3. Istanbul - Kayseri - Istanbul

1. Kuala Lumpur - Istanbul, Jeddah - Kuala Lumpur (Qatar Airways)

Tiket ini kami beli setelah jenuh menggodek-godek website Skyscanner.net. Special thanks to En. Suami sebab dia yang paling gigih. Jenuh juga membuat comparison airlines mana yang boleh offer best rates sebab kami nak cari bukan return air flight tix tapi untuk multiple destinations, dari Kuala Lumpur ke Istanbul dan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Dan kalau boleh nak dapatkan yang paling murah (ketika itu).

Kebetulan Qatar Airlines ada buat promotion ketika itu. Maka kami terus ke website Qatar dan buat booking yang sepatutnya. Untuk multi city flight tix yang kami booking, harga yang kami dapat dalam rm2.4k/pax. Kami akan transit selama 7 jam di Doha untuk tix Kul-Istanbul dan direct flight untuk tix Jeddah-Kul.

Just nak share, jika korang nak direct ke Jeddah untuk Umrah, korang boleh cuba cari tiket dari Air Asia X. At times, untuk return tickets KL-Jeddah-KL, boleh dapat sampai rm800-1000 per pax (harga masa first launching). Sapa yang untung? Haaa silalah alert dengan promo dari AirAsia X ni yea.

2. Istanbul - Madinah (Saudi Arabian Airlines)

Tiket ni kami beli kemudian selepas dapat confirmation dengan agen visa umrah berkenaan  umrah DIY kami yang boleh bermula dari Madinah. Selepas digodek-godek, Saudi Arabian Airlines yang boleh offer paling murah dan kami pun rembat dengan rm1.06k/pax.

3. Istanbul - Kayseri (AtlasJet Airlines)

Alang-alang bila dah sampai Istanbul ini, kami plan nak lajak ke Cappadocia. Mula la nak tamak kan. haishh. Nak tengok Magical Cappadocia during Winter katanya. Harapnya ada la salji masa tu kat sana. Jadinya kami ke website AtlasJet Airlines, ala-ala Air Asia la ni, dan dapat rembat tiket sehala dari Istanbul ke Kayseri dalam rm96/pax. Sebenarnya nak beli return tix, TETAPI timing balik dari Kayseri-Istanbul ni pukul 7pagi. Terlalu awal sebab kami plan nak tengok tempat skiing di Mount Erciyes, Kayseri. Iya, tamak juga di situ. Makanya terpaksalah cari airlines lain yang fly lewat sket dari Kayseri ke Istanbul iaitu Turkish Airlines.

p/s: Ada satu lagi company, Pegasus Airlines yang offer domestic flight sekitar turkey dan europe ni. Lagi murah dari Atlasjet. TETAPI untuk ke Kayseri dari Istanbul, airportnya di Sabiha Gocken airport bukan Atarturk Airport (Asian side of Turkey). Itu yang problemnya sebab Sabiha Gocken ni lebih jauh dari Istanbul. Transportation ke sana mungkin lebih mahal dan tempoh perjalanan lagi lama.

oh yea, kalo nak travel dari Istanbul  ke Cappadocia (Kayseri/Gerome) dengan bas pun boleh. Tambang dalam 18-28 lira (rm30-48). Separuh harga murah kalau nak dibandingkan  dengan naik flight. Tetapi, travel hours dalam 11jam la. Kalo korang ada masa yang lama di Turki, memang aku suggest naik bas. Mungkin boleh enjoy view sepanjang perjalanan (kalo travel waktu siang la). Kami hanya ada masa dalam seminggu sahaja di Turki, jadinya naik flight adalah mode transportation yg paling ideal la untuk kami ketika itu.

Check out this WEBSITE . Intercity bus route.

4. Kayseri - Istanbul (Turkish Airlines)

Demi mahukan masa yang lebih sket di Kayseri, kami beli tiket jam 3pm. Dapat harga tiket rm160/pax. Mahal dalam rm64 dari tiket pergi. Rasanya berbaloi juga sebab itu harga promo dari Turkish Airlines, untuk full board airlines, aku consider harga tu murah la kan..huhuhuu

Jadinya untuk kesemua tiket-tiket di atas, total loss dalam RM3.7k/pax. Okla tu sebab kami naik 4 airlines yang berbeza dan destinasi pun pelbagai. Bila dah secure tiket ni, maka bolehlah dengan gigih untuk merancang itinerary kami di Turki dan Saudi Arabia! Bak kata mr president #travelholicawesome, no ticket no talk! :-)

Till next time..

22 ulasan:

  1. agak mencabar jugak ek perjalanannya bagi yang tak berapa nak adventure :)

    anyway nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru nak try, harap2 semua berjalan lancar :-)

      Padam
  2. Balasan
    1. terpaksa gigih kak..

      nak travel budget tapi puas punya pasal :-)

      Padam
  3. wah menarik tu pi umrah sndiri tanpa agen..maknanya, buat visa guna agen sini je, lain2 urus sndiri ke?akan ada muassasah agen ke yg akan sambut kat sana?sorry byk tnya, sbb bminat ngn pi umrah sndiri ni...

    btw, selamat berbulan madu... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat visa umrah dengan agen dari sini dan agen tu tolong adjustkan muassasah sana untuk sambut kami di sana. harap2 semua berjalan lancar. kalo sukses, kami akan share apa yg boleh dalam blog nanti. :-)

      Padam
    2. oic...ok semoga semua urusan korang dipermudahkan Allah...Doa-doalaa kami semua pun ke sana juga satu hari nanti.... =D

      Padam
  4. Moga perjalanan ke Tanah Suci diberkati dan dipermudahkan.

    BalasPadam
  5. waiting for result umrah DIY. definitely nak try :)

    BalasPadam
  6. Akhirnya berwajah baru jugak! Semoga selamat pergi dan selamat bawak balik FM untuk kami eh silap..selamat kembali. Doakan yang terbaik juga untuk kalian berdua. Jangan lupa doakan aku berjaya dunia akhirat.

    Istanbul aku datang!!!! Nak jugak pegi Istanbullll.... ko lambai lambailah aku di sana nanti ye.

    BalasPadam
  7. mcm best je DIY umrah tu...xsbr tunggu cerita tu nnti..semoga sgl urusan dan perjalanan dipermudahkan..

    BalasPadam
  8. Selamat berhoneymoon dan mengerjakan umrah ye. Akak doakan yang terbaik untuk korang berdua....

    BalasPadam
  9. Yeszaa.. moga perjalanan korang diberkati, dipermudahkan..amin amin amin...amik gambar cecantik hokay..i lap u

    BalasPadam
  10. Selamat mengerjakan umrah. Xsbr nak baca next post. :D

    BalasPadam
  11. Sy pun akn ke istanbul gak next month ;))

    BalasPadam
  12. Sy pun akn ke istanbul gak next month ;))

    BalasPadam
  13. babai maszuber n dan...
    semoga perjalanan kalian diurus dengan mudah

    BalasPadam
  14. Great post! Thanks for sharing.

    BalasPadam
  15. I think your couple journey was the best and memorable for your life.
    http://www.alhijaztours.com

    BalasPadam
  16. Yeah! Istanbul is a beautiful place in the world.

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum, nak tanya jika tak keberatan boleh sharing ckit ttg turki+DIY umrah tu? Akk plan nak ke turki awal Dis 2015 ni n klu blh nak sambung umrah. Blh ke agen umrah cuma uruskn visa sahaja sb akk prnh tinggal di Saudi selama 3 tahun jadi pengankutan n penginapan tiada masalah. Cuma nak tau ttg visa sahaja. Terima kasih.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam