Kali ini aku nak buat sedikit review tentang agen umrah kami iaitu Umrahaj Travel Sdn. Bhd. Berdasarkan entry terdahulu, ramai benor yang bertanya aku amek agen untuk buat umrah visa dengan siapa? Jadinya, hari ini aku reveal la maklumat berkaitan agen tersebut. Agen ini boleh dihubungi di no. 03-40224444 dan person in charge adalah Haji Lokman. Boleh BUKA SINI untuk terus ke laman web agen tersebut.
Aku percaya pengalaman bagi setiap orang yang ambil dengan agen-agen umrah ini masing-masing berbeza. Serupalah dengan pemilihan wedding planner, wedding photographer dan sebagainya. Ikut nasib, ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi kali ini aku nak cerita pasal arrangement agen umrah kami.
Aku tulis review ini adalah semata-mata bagi tujuan perkongsian atas pengalaman sendiri dan masing-masing ambil iktibar dengan pemilihan agen umrah mereka nanti. Di samping itu, juga sebagai persediaan mental jika ia mungkin berlaku pada sesiapa yang berminat untuk buat DIY umrah ini especially dengan agen umrah yang aku pakai ini atau mana-mana agen yang lain.
Semasa kami di sana, pengalaman yang kami dapat memang agak menduga kesabaran kami suami isteri. Namun, alhamdulillah, walaupun arrangement yang telah dibuat oleh agen umrah kami "kacau bilau", tapi perjalanan semasa menjalankan ibadat umrah di Mekah berjalan dengan sempurna. Itu yang penting kan!
Daripada Istanbul, kami menaiki Saudi Airlines dan mendarat terus ke Madinah. So tentatively, kami akan ziarah ke Madinah al Munawarah dan berada di sana selama 4 malam terlebih dahulu sebelum memulakan ibadat umrah di Mekah al Makarramah. Since ini adalah DIY, dan hanya melibatkan kami berdua, secara mentally, kami memang sudah agak bersedia dengan segala kemungkinan, especially en. suami la yang memang cool nak banding dengan aku yang akan terlebih emosi dalam beberapa situasi. huhuu
Dugaan #1:
Apabila kami sampai di airport Madinah, kami dijemput wakil syarikat Muassasah (org arab) yang telah dilantik oleh Umrahaj iaitu Al-Yamama Umra. Memang prosedur di sana, sebelum kita keluar dari airport, Arab Saudi akan make sure kita ada muassasah yang akan standby di airport dan bertanggungjawab terhadap kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas kita sepanjang di Madinah dan Mekah. Selain dari muassasah, Umrahaj juga telah melantik wakil mereka (2 orang) di Mekah dan Madinah untuk urusan pengangkutan, hotel dan mutawif kami di sana. Jadinya selepas berjumpa dengan wakil dari syarikat muassasah kami di sana, kami cuba untuk contact wakil agen umrah kami di sana, En. X dan Y (melalui Umrahaj). Mereka ni memang telah dipertanggungjawabkan untuk urusan pengangkutan dan hotel kami di madinah tersebut. Malangnya, apabila cuba dihubungi, line macam tak clear dan bila cuba dihubungi berkali-kali, telefonnya telah OFF terus. Haaaa, saspen tak???
Jeng jeng jeng. Kami inform muassasah kami tentang org yang sepatutnya bawa kami dari airport ke hotel tidak dapat dihubungi. Setelah muassasah try call hamba Allah yang 2 orang itu pun gagal, maka dia pun just panggil teksi sapu di airport yang sentiasa standby di situ, untuk bawa kami ke hotel yang telah "dibooking terlebih dahulu" oleh agen umrah kami sebelum ini. Pada waktu itu, malam dah agak lewat di sana. Badan memang dah letih. Maklumlah, masa di Turki memang kami all out sepanjang 8 hari di sana. So bila jadi perkara2 yang tak dijangka macam ni, especially di tanah suci ni, memang kena sabar je la kaedahnya. Nak cakap sembarangan pun kena berpada-pada. Makanya, kami tanpa berlengah bersetuju je la naik teksi sapu yang ada di situ. Niat memang nak sampai cepat ke hotel dan berehat. Tambang teksi dari airport ke hotel telah dibayar oleh wakil muasasah kami itu. Haa bagus kan depa. Nasib baik tak kena bayar sebab kami dah bayar RM 2,100 kepada agen umrah di Malaysia untuk pengangkutan yang sepatutnya mereka uruskan di Madinah dan Mekah.
Dugaan #2:
Berbekalkan salinan confirmation emel dari Haji Lokman Umrahaj untuk hotel penginapan kami di Madinah, kami terus menuju ke hotel dengan teksi sapu. Sampai di hotel, seorang lagi wakil syarikat muasasah kami dah standby di sana in case jika ada masalah lain di sana yang muncul. Bila kami try check in dan tunjukkan salinan confirmation emel untuk hotel booking, receptionist hotel itu tak boleh nak terima. Katanya, booking kami dan nama En X dan Y yang terdapat di dalam confirmation emel itu tidak sah dan pihak hotel tidak recognize. Seolah-olah tiada booking telah dibuat untuk hotel tersebut untuk kami berdua. Jeng jeng jeng sangat kan?? hehee.
Kami cuba contact En. X &Y lagi in case kalo hp mereka dah ON balik. Tetapi malangnya masih tidak dapat dihubungi. Pada ketika ini, aku memang dah nak start naik angin. Tapi aku senyap jea la. En Suami je yang cool. Muassasah kami pesan, "dont worry, we will find another hotel for you tonight".
Kami dibawa ke satu hotel lain, yang kebanyakan jemaah yang hire depa directly, duduk di situ. Keadaan bilik yang available memang agak mengecewakan, dengan berabuk dan tidak bersih seperti dah lama tidak dihuni. Kami minta supaya cadar dan selimut diganti sebab tahap kemiangan memang tinggi. huhuu. Disebabkan badan sudah terlalu penat, kami menerima seadanya dan berfikiran positif jea la..maklumla kebanyakan masa akan diisi di masjid dan hotel hanya tempat untuk tidur sahaja. Nways, kami tinggal di hotel tersebut sepanjang kami berada di Madinah.
Dugaan #3:
Akan di sambung kemudian :-)
lama tak jengok sini... header dah gambar berduet! Eceh ceh ceh!
BalasPadamkesimpulannye ok x company en lokman ni?
BalasPadamso muasasah tu memang main kasi lepas kan kite kat airport walopun xde mutawif ?? maknenye kalo travel sendiri pun bole ke??
Pada aku kalo nak amek umrah visa dgn dia should be ok tapi NOT ground arrangement la kot. Dkt airport nanti as long as muassasah ade standby utk jemput ko kluar ok dah. Then nak gi hotel sendiri pun ok je naik teksi sendiri
Padamsalam kenal dan salam singgah... terima kasih infonya...
BalasPadamMohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.
BalasPadamUMRAH PERSENDIRIAN
Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan
Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.
Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
1. beragama Islam
2. berumur 18 tahun ke atas dan
3. berminat menyertai
di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.
Sekian terima kasih
Assalamu'alaikum wbt
BalasPadamTak sambung lagi ke review umrahaj ni. Teruja nak dengar dugaan ke-3 dan seterusnya.
The demonstrate features empty the miscroscopic rolex replica sale a new long-time rear, nevertheless supporters even now enjoy the idea mind you involving a few other alternate options. Almost all of the supporters like Dvd videos to relish Pals periods. That they like to deal with a new share involving Dvd videos so they can always be using warm demonstrate every time they would like. Nevertheless severe would seem pretty iwc replica sale, while they must shell out enormous portions involving income to the invest in of such Dvd videos, at times. In addition, it will take a great deal of proper care, while from distinct occasion, these kind of Dvd videos get scuffs & continue being useless. Currently, the opposite substitute that may be very inexpensive & therapeutic for omega replica sale is termed net. The idea makes it possible for the crooks to enjoy Pals on-line when they really want. Using this method can be your the best approach to get this specific comical demonstrate, while supporters might make the simple and fast entry to a common demonstrates with the conveniences with their rooms. While net supplies consumers additional data in addition to Pals demonstrate, for this reason the idea is just about the to start with longines replica sale involving supporters. Along with, while using accessibility to Membership internet sites, the idea turns into a new child’s participate in for you to find just about any one of several Pals periods. While these kind of monthly subscriptions internet sites are generally for the purpose of your user-satisfaction, for this reason these kind of hublot replica sale a lot more rewards for you to members.
BalasPadamSalam,
BalasPadamboleh saya berkenalan dgn puan? ingin bertanyakan tentang service Umrahaj. ni email sya syazawaninadirah@gmail.com
harap Puan tak keberatan berkongsi pengalaman =)
sy bercadang utk pergi dengan travel umh nih,boleh bagi suggest tak?emailkan ke baitulabrar@gmail.com
BalasPadam