#TRAVELHOLICAWESOME
PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015
YEAHHHH! PHOTO
CHALLENGE DATANG LAGIIIII! ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY? LET'S DO THIS!
3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
1. Setiap gambar MESTI ada Blogger.
2. Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat
kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA
2015".
3. Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.
(Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yg motif raya la)
Note : Kalau takde salah satu
syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!
10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
1. Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka,
patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang
tersebut ada sampul duit raya.
(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)
2. Blogger berdiri di tengah-tengah pasar
ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh
lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.
(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain
pelikat ye.)
3. Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang
paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya.
(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi
bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)
4. Blogger bergambar secara kreatif dengan
kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7
jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.
(Lagi kreatif, lagi bagus.)
5. Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat
fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau
sebalang) sebagai tanda terima kasih.
(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar
zakat pun takpe.)
6. Blogger bermain bunga api dengan penjual
bunga api.
(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)
7. Blogger bergambar di petrol station sambil
memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang
sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas.
(Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar,
lagi bagus.)
8. Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk
tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.
(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka
menangis lagi bagus.)
9. Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg
korang pegi beraya, secara bertingkat.
(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)
10. Blogger bersalaman dengan orang yang paling
tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge
tu dan diselit pula sampul duit raya.
(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus.
Hahaha!)
PERINGATAN!
- Ingat! 10
challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan
lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
- Tarikh tutup
ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27
July 2015). Jangan lewat tau!
- Post kat blog
mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Patu letak 10
challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)
- Dah post,
sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang
kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.
- Keputusan
para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee
:)
- Segala
keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah
muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!
THE
BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!
FIRST
PRIZE :
TIKET FLIGHT
SECOND
PRIZE :
VOUCHER HOTEL
THIRD
PRIZE :
VOUCHER TAMAN TEMA
Notes:
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan
ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap
sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.
APA LAGI? CEPAT
BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE
BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT!
PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI
ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK
TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK?
P/S: Nak tengok
macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya? Klik link kat bawah ni.
·
Contoh
perserta 2012
·
Contoh
perserta 2011
·
Contoh
perserta 2010
P/S: Nak tengok
hadiah menarik tahun-tahun lepas? Klik link kat bawah ni.
·
Hadiah
tahun 2012
·
Hadiah
tahun 2011
·
Hadiah
tahun 2010
~Organized and sponsored by #TravelholicAwesome.~
~Originated by Sekupang Team.~