Jumaat, 11 Mac 2016

Pengalaman Mendapatkan Pengasuh Tempatan

Hari ini, aku nak share pengalaman macammana aku boleh dapat pengasuh tempatan untuk anak aku, yang sekarang memang sangat menyenangkan hidup aku suami isteri. Bukannya apa, ramai yang bertanya, macammana kami mendapatkan pengasuh untuk Daneen seperti sekarang. Sebab pengasuh yang kami dapat adalah orang kita, orang Malaysia dan beliau datang ke rumah setiap hari, datang dan balik.

Jawapannya mudah jea, kami buat iklan untuk menawarkan kerja pengasuh di Mudah.my. Harga iklan yang kami bayar itu RM50 untuk 60 hari tempoh penyiaran di website depa. Aku share contoh iklan yang aku buat tu:
Mencari pengasuh tempatan untuk seorang anak di Batu Caves, Selayang. Masa bekerja 5 hari seminggu, 7.30 pagi hingga 7.00petang, atau tinggal bersama majikan 5 malam seminggu. Gaji RM700. Mesti suka menjaga budak. 
Warganegara : Malaysia Jantina: Perempuan Umur: 20 - 50 tahun Bujang/Berkahwin/Janda Islam, Jaga aurat dan akhlak Solat 5 waktu Jujur, amanah dan boleh dipercayai 
Tugas: Mengasuh anak berumur setahun (seorang) Kerja rumah yang ringan: Memastikan ruang tamu dan bilik anak kemas dan bersih Uruskan pakaian (basuh, lipat dan iron baju) Menyediakan makanan/minuman untuk anak 
Hari/Masa Kerja: Isnin-Jumaat (7.30am-7pm)Lokasi: Kondominium 3 bilik di Batu Caves(Gated dan Security) Bilik untuk pengasuh disediakan (perabot semua disediakan)- Jika perlu 
Kelebihan: Mengasuh dan menjaga hanya seorang anak berusia setahun Bekerja hanya 5 hari seminggu (7.30am-7pm) Penginapan disediakan jika perlu. Kawasan Kediaman yang selamat. Kemudahan boleh digunakan dari jam 7pm-10pm: Gym, Sauna, Jacuzzi, Swimming pool.Mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam (berhampiran dengan KTM Batu Caves) Gaji RM700 
Lepas kami advertise iklan tersebut, surprisingly, ada la dalam 10 orang bertanya dan berminat untuk kerja yang kami tawarkan itu. Bila aku tilik-tilik sket, aku boleh buat kesimpulannya di sini yang orang mungkin berminat untuk kerja sebagai pengasuh ni sebab:

1. Gaji: Gaji yang aku offer adalah RM700 untuk jaga hanya seorang anak aku buat masa ini. Kalau aku tengok taska-taska kat luar, depa kebanyakkan offer pengasuh depa gaji RM700 dan ke atas. Tapi kena jaga mungkin ramai budak berbanding kerja dengan aku, jaga Daneen seorang sahaja.

2. Skop kerja yang jelas: Aku memang explain, kerja yang depa kena fokus adalah mengasuh daneen dan memastikan rumah aku sentiasa kemas dan bersih. Aku memang request supaya rumah perlu di vacum dan mop setiap hari and memastikan bilik daneen, ruang tamu, toilet and dapur bersih dan kemas. Di samping tu, depa juga kena masak makanan untuk anak aku, pagi, tengahari dan petang. Itu sahaja.

3. Ada tempat tinggal: Aku juga tawarkan bilik untuk depa duduk, in case kalo depa dari kg dan tiada tempat menginap etc.

4. Hari bekerja: Depa bekerja hanya pada hari Isnin-Jumaat sahaja, dari jam 7.30 pagi sehingga 7 malam.

Berbalik kepada pengalaman yang aku dapat, untuk setiap orang yang berminat dengan offer kami, kami panggil untuk interview terlebih dahulu. Itu adalah sangat penting, sebab waktu itulah kita nak tengok dan teliti attitude dia, keserasian dia dengan anak kita macam mana. Kalau nak ikut pengalaman kami, yang minta keja rata-rata umur 18-25 tahun. Muda-muda belia semua. Ada juga sorang tu umur 32 tahun. Ada juga bila dah set masa dan tempat untuk interview, bila tiba masa and ketika tu ada yang tak datang last minit, senyap membisu dan macam-macam. Untuk kes-kes yang macam ni, jika diorang minta reschedule, memang aku tak berminat langsung la jumpa balik. Belum apa2 dah tunjuk attititude tak berapa nak boleh dipercayai, kan?. Masa interview, kalau boleh dapatkan salinan IC mereka, untuk buat background check, in case la kan. Jika ada kesempatan dan peluang, siasatlah mereka sebab diorang ni akan jaga anak kita nanti dan berada di dalam rumah kita.

Setelah pencarian hampir 2 bulan, alhamdulillah, kami berjumpa juga calon yang sesuai dan boleh dipercayai. Budaknya umur baru 18 tahun. Dia duduk di taman bersebelahan dengan rumah kami dan boleh jalan kaki jea ke rumah kami. Dan yang untungnya, dia datang dengan mama dia yang berumur 50++. Budak tu muda lagi, tengah tunggu result SPM. InshaAllah, jika takdir dia dapat masuk U, mak dia akan continue jaga Daneen. Alhamdulillah dah nak masuk 3 bulan depa berdua jaga Daneen, semuanya masih di dalam keadaan terkawal dan Daneen pun suka mereka berdua. Alhamdulillah.

Jadinya, jika ada kawan-kawan yang sedang mencari pengasuh untuk anak, bolehla cuba cara kami ini. Pada mulanya, nampak macam mustahil untuk mendapatkannya, tapi jika kita berusaha untuk itu dan berdoa banyak-banyak, InshaAllah, kita akan dapat bantuan daripadaNya. 

Untuk situasi aku, ramai yang suggest untuk aku hantar ke mak bapak aku yang duduk juga di KL ni. Mereka memang excited nak jaga cucu pertama lah katanya. Tapi pada akulah, cukupnya mereka jaga aku dan adik bradik aku lima orang selama nak dekat 35 tahun ni. Mereka dah tua, dan jaga budak ini walaupun, depa sayang gila kat cucu ni, memang sangat memenatkan. Tapi kalo mak bapak kita ada pembantu rumah yang lain, ada bibik, and keja depa monitor bibik jaga anak tu lain cerita. Niatkan dalam hati, kita wajib berusaha untuk mengelak hantar kepada mak bapak kita, InshaAllah, Allah akan mudahkan urusan kita.

Ok, sekian perkongsian untuk kali ini. :-)

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Terima kasih berkongsi idea dan cara. Moga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas perkongsian saya juga sedang pengasuh harian yg boleh membantu ibu sy mengasuh anak sy di rumah.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Macam mana iklankan tuk pengasuh tu ya? Under category jobs atau service? Kalau jobs registered under pro niaga ya?

    BalasPadam
  6. Salam puan, minta izin ambil job description puan untuk saya iklankan mencari pengasuh ya. Terima kasih.

    Nadia

    BalasPadam
  7. PROBLEM KEWANGAN TERLIBAT

    Terima kasih banyak Mr Walker untuk membuat impian saya datang. saya mendapat kad atm kosong dari beliau. Pada mulanya apabila saya melihat saya memberi komen mengenai dia saya hanya merasakan saya cuba melihat apakah perkara itu akan berubah untuk saya kerana saya seorang ibu tunggal dengan 2 anak. Saya menghubungi Encik Walker kerana nama yang sama dengan suami saya yang terdahulu saya mempunyai kepercayaan dan mengikut langkahnya, saya memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan kad tetapi ia tidak lagi berterima kasih 5 hari saya mendapat kad saya dihantar ke saya di sini di Canberra , Australia. Dalam masa kurang dari dua minggu sekarang saya telah mengeluarkan wang tunai $ 12.000 dolar di mana-mana POS atau mesin ATM setiap hari mengeluarkan $ 600. Saya sangat gembira kini membayar bil saya dan cukup untuk makan dan menjaga anak-anak saya. Terima kasih Mr Walker Hubungi dia: blankatm002@gmail.com

    BalasPadam