Memaparkan catatan dengan label backpaking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label backpaking. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2011

Teringat Gunung Kinabalu

Tadi di Channel National Geography ada slot pasal naik gunung kinabalu.

Adoi, tetiba rasa macam mahu naik lagi la pula..

Teringat keperitan pendakian 6 jam ke Laban Rata, kesejukan gelap pagi berserta angin sejuk dia untuk sampai ke puncak, bermain dengan mental dan fizikal, memang ketahanan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Hanya orang yang pernah daki gunung itu tahu bagaimana perasaannya.

Dan segala keperitan yang dilalui dibayar dengan permandangan yang sangat mengasyikkan apabila berada di puncak gunung kinabalu.

Kena naik lagi ni bila rasa diseru..

cuba rasa apa yang aku pernah rasa di SINI