Yay!
Last weekend aku balik Key Ell!!! Arggh amat merindui katil empukku dan sesi gaduh2 sayang ngan Ana!! Nways, aku sambung kembara bumi India aku dengan gigihnya walau macam dah datang penyakit malas sikit2..
Ini adalah sambungan dari SINI.
Sejurus selepas kami turun dari keretapi, punya la ramai ulat taxi datang mengekor kami hingga la ke kioks taxi yang offer standard rate. Di sana, aku tangkap sorang driver taxi yang buleh bawak aku tour Agra dari pagi sampaila ke petang. Dia charge 500 rupee, dalam rm32. Ok sangat la tue, dia memang standby jea ikut kami ke mana juga kami pegi.
First destinasi kami adalah Taj Mahal. Siapa yang tak penah tau pasal Taj Mahal? Kalo tak tau sila gugel yea.. Tak dapat teman nak kabor semua dalam entry ini. Panjang berjela nanti gamoknye..
Entrance fee untuk Taj Mahal nie keseluruhannya adalah 750 rupee. Itu merangkumi 2 fee iaitu 250 rupee utk Archaeological Society of India (ASI) dan selebihnya 500 utk Agra Development Authority (ADA). Jadinya kalo korang pegi Taj Mahal dulu dan beli kedua-dua tiket nie, untuk masuk ke tempat2 tourist attraction lain akan di exempted kan dari bayar fee ASI. Hanya bayar utk ADA shj. Tapi tiket tue valid kalo pergi pada hari yang sama la..
|
Berada di pintu gerbang Taj Mahal. Pintu gerbang jea tue.. Great gate (Darwaza-i rauza) |
|
Tue dia, ukiran dia.. |
|
Terasa ingin ku penggal kepala2 yg interprem. tp tak buleh nak buat apa sebab memang ramai orang.. |
Taj Mahal ni dibina dalam tempoh 22 tahun (1631-1653) di bawah pemerintahan Shah Jahan bagi membuktikan cinta sejatinya pada bini ketiga beliau Mumtaz Mahal. Agak2 bini pertama dapat ape? Seramai 20,000 pekerja telah dikerah untuk menyiapkan makam ini dan perbelanjaannya memakan 32 juta rupee, dlm RM1.8juta laa. Pembinaan monumen ni adalah mengikut seni bina Islam. Salah satu tapak warisan dunia Unesco, kebanggaan bagi senibina Islam yang diiktiraf sedunia.
Ada banyak cerita hikayat yang ada berkaitan pembinaan Taj Mahal ini. Menurut salah satu mitos yang agak skeri, Shah Jahan telah mengerat tangan pengukir dan arkitek supaya mereka tidak akan mampu untuk membina sebuah bangunan yang indah macam Taj lagi dan mata mereka juga dikorek supaya mereka tidak akan dapat menyaksikan apa-apa yang lebih besar dan lebih cantik daripada monumen ini sepanjang hayat mereka. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam la kan. Nama pun mitos..
Taj Mahal telah dibina menggunakan bahan-bahan dari seluruh India dan Asia dan lebih 1,000 gajah telah digunakan untuk mengangkut bahan-bahan binaan. Marmar putih telah dibawa dari Makrana, Rajashtan, jasper dari Punjab, jed dan kristal dari China. Turquoise dari Tibet dan Lapis lazuli dari Afghanistan, manakala nilam datang dari Sri Lanka dan carnelian dari tanah Arab. In all, 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi bersatu dengan marmar putih yang ada sebagai asasnya.
|
Sgt besar dan sepertinya dipanggang di waktu tengahari.. |
|
Ukiran ayat Al-Quran di dinding Mar Mar Taj Mahal |
Tidak lama selepas siap pembinaaan Taj Mahal, Shah Jahan telah digulingkan oleh Aurangzeb anaknya sendiri dan diletakkan di bawah tahanan rumah berdekatan Agra Fort. Selepas kematian Shah Jahan, Aurangzeb mengebumikannya di makam sebelah isterinya.
Menjelang abad ke-19 lewat, sebahagian besar bangunan telah rosak teruk. Pada masa pemberontakan India 1857, Taj Mahal telah dirosakkan oleh tentera British dan pegawai-pegawai kerajaan, semua batu-batu berharga di dinding telah dipahat keluar dan disonglap secara besar-besaran.
Pada akhir abad ke-19, gebenor British Lord Curzon telah mengarahkan satu projek pemulihan terhadap Taj Mahal nie dan restoration projek siap pada tahun 1908.
|
HUGE right? |
|
Yamuna River.. |
|
Gembiranya abang polis tue kan? |
|
Bila dah nak sampai tengahari tue barula biru sket langit tue.. |
Di sekitar bangunan Taj Mahal ini terdapat dua bangunan besar sandstone yang agak unik dibina. Kedua-dua bangunan itu memang sama, dibina supaya dilihat seperti reflection. Bangunan di sebelah barat adalah masjid dan sebuah lagi disebut Jawab yang mungkin telah digunakan sebagai rumah tumpangan.
|
Bermain dengan color.. |
|
West Gate of Taj Mahal.. |
Ada tiga pintu utama untuk masuk ke Taj Mahal ini, South, East dan West Gate. Sepanjang nak gate yang ada memang banyak cenderamata yang dijual. Siap kena tarik-tarik lagi dari penjual. Punyalah nak suruh orang beli juga.. Aku beli souvenir di West Gate.. Tangkapan idokle banyak sangat waktu tue sebab kalo aku travel memang kurang membeli pun. Duit dah banyak abis utk transport and accommodation. Satu lagi jenuh nak bawak ke hulu ke hilir. So pepahamla yea kalo x banyak barang yang aku beli setiap kali travel tue..
So destinasi seterusnya kami ke Baby Taj..
Akan disambung kemudian..