Rabu, 2 Januari 2013

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Malam ini terpanggil untuk mengemaskini blog... Lalangnya ada la dah sampai tingkat 10 bangunan kot. Sangat susah untuk ditebas. Berbulan-bulan lamanya kot untuk ditebas nie.

huhuuu

Sedar tak sedar, Tahun 2012 dah berlalu pergi. Dan sekarang pun sudah 2 Januari 2013..

Secara amnya, bagi aku Tahun 2012 adalah tahun yang sangat indah.

Tahun 2012

Dari segi jelajah kembara, aku puas sebab akhirnya aku sudah sampai ke Kashmir. Puas hati sebab hasrat nak ke sana sejak Tahun 2007 akhirnya terlaksana. Alhamdulillah :-). Walaupun, tahun 2012 aku hanya ke Indonesia, Singapura dan India, tapi aku puas. Dengan budget yang agak tight lagi limited, aku lepas untuk mengembara.

Tahun 2012 membawa aku mengenali dengan lebih rapat kawan-kawan #TravelholicAwesome. John Kaki Berangan, Chawanna, Dan Arif, MaszKakiJalan, JanggelTrekking, KakCOco, Biqque, FattBackpackerBusuk, Byya, ElyHasrul and LilyGlobetrotter. Seriously, aku sayang korang semua. Bermula dengan jelajah ke USS Feb2012 (berjalan kaki ke betelbox adalah the highlights), dan kemudian road trip ke taiping (April 2012) dan singgah ke rumah opah aku kat kuala kangsar. And the most important get-together event, REDANG trip (Julai 2012) adalah yang paling aku akan ingat sampai bila-bila. Walaupun aku muntah teruk kali nie, tapi aku enjoy giler trip redang yang kali nie. And yes, permulaan untuk mengenal Cinta Hati, adalah di Redang. Siapa sangka, dari gurauan ringan membawa kepada sesuatu yang amat serious dan membahagiakan diri aku sekarang. THANX #TRAVELHOLICAWESOME.

Tahun 2012 juga adalah tahun aku mula hidup berdikari jauh dari keluarga aku di KL. Berita yang diterima semasa Syawal lepas memang amat perit nak diterima. Aku perlu berkhidmat di Sri Iskandar, Perak Tengah bermula September 2012 dan seterusnya akan tinggal jauh dari keluarga tercinta. Pada mulanya memang terasa pahit untuk diterima, TETAPI dengan jobscope kerja yang baru dan LAGI MENCABAR, aku enjoy dengan kerja aku sekarang. Banyak benda baru yang aku belajar dan sangat bagus untuk career development aku. Dan alhamdulillah, semua staff aku di Majlis Daerah Perak Tengah sangat memberi sokongan dan boleh diharap. Itu yang penting.
Walau sekarang agak jauh dengan Cinta Hati, TETAPI aku anggap ini adalah dugaan dan ada hikmah di sebaliknya. Sehingga sekarang, everything goes very well, alhamdulillah. Merajuk-rajuk tu biasalah kan.. :-)

Penghujung 2012, November lepas, aku dapat kunci umah yang aku tunggu-tunggu sejak tahun 2010. Sejak sign SnP pada Disember 2010, hati memang berdebar takut sangkut and terbengkalai ke apa ke. Alhamdulillah, tiada masalah di peringkat pembinaan. Cuma sekarang, tengah sibuk ulang alik Perak-KL untuk urusan renovation. Pening betul dengan Management Office. Macam-macam dengan house rules yg pelik lagi menyusahkan owner. Nantila bila dah settle semua, aku akan share sikit-sikit pasal itu. :-)

Tahun 2013

Aku rasa tahun 2013 akan membawa kepada satu perubahan besar dalam hidup aku. Tanggungjawab yang baru mungkin. Hidup yang lebih perlu kepada kompromi mungkin. Dugaan yang lebih dahsyat mungkin. Kisah kembara yang lebih asyik mungkin. Persoalannya, adakah aku sudah bersedia?

InShaAllah :-)

24 ulasan:

  1. waduhh...shila amzah sgt cinta hati tak lupa sebut! hehehe selamat tahun baru! mohon azam baru abeskan entry2 yg tertunggak.

    BalasPadam
  2. Gitew presiden telah membuat permohonan.... justeru, saya juga mohon perkara yang sama....

    BalasPadam
  3. Salam,

    Kira sekarang bekerja di Seri Iskandar la. Saya juga bekerja di seri Iskandar. Dan saya juga mempunyai perancangan untuk backpck ke India + Khasmir end of Mei Insyaallah. Nanti boleh la saya bertanya mana yang perlu kalo perancangan ini tiada halangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh ade juga geng perak tengah di alam maya ni. Good to know :)

      Nak pegi india + kashmir bulan mei? Why not anjakkan ke depan sikit dlm awal bulan 4. Sebab:
      1. Kashmir bulan April tulip dah start blooming, dan salji masih ada di kawasan pergunungan (gulmarg dan sonamarg). Pleasant weather
      2. Mei di kawasan tanah besar India (delhi-agra-jaipur) adalah sgt panasss. Can be up to 41 celcius. Jika nak proceed, sila bersedia utk itu.

      :)

      Padam
    2. Act mmg nak tengok bunga tulip + salji, tapi bergantung pada bajet. Sekarang nie saya baru nak mula menyimpan. Har3. Act saya berkhidmat di RISDA Perak Tengah, ofis depan sek rendah. Apapun salam perkenalan.

      Padam
  4. i suka dgr cite pasal rumah, reno, do share whenever u r ready dear :)

    BalasPadam
  5. usik-usik membawa bahagia
    hehe
    akak restu!!!!
    (gitu)
    nice knowing you in person too...
    (teringat plak takala akak borak dgn mas n adik mas di Tganu selepas mkn ikan celup tepung...hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehee :-)

      memacam kisah silam keluar masa tu kan kak.. :-)

      Padam
  6. Wah, bestnya jalan2! Congrats di tempat kerja baru yer, Masz. Cepat2lah, dah tak sabar makan nasi minyak ni ;p

    BalasPadam
  7. amboi mr.president pandai je sound2 ye suruh update entry tertunggak..sabor jelah..kekeke...

    mas, aku doakan semoga ko dan ehem...cinta hatimu itu membawa ke jinjang pelamin secopek yg mungkin..hihi :)

    aku juga rasa bertuah dpt mengenali ko..dulu bila aku b/walking aku tgk gmbr ko je kat blog ni..sekali dah jumpa orgnya mmg suwit rupanya..hehehe...nice knowing u mas..hopefully our frenship lasts forever, amiiin :D

    semoga apa yg ko rancang utk tahun 2013 dimakbulkan Allah SWT :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tugas mr president mengingatkan anak2 buah dia yg leka x hapdet blog. Bagus gak.kikikiki ;)

      Thnx fatt, doakan yg terbaik yea. InsyaAllah :)

      Padam
  8. selamat tahun baru mas..moga tahun baru membawa sejuta kebahagiaan...jangan lupa jemput ya bila dah bersedia dengan cinta hati...huhu

    BalasPadam
  9. 2013 will be a great year! Amin!! *siap2 pilih kaler baju pleaseee :P

    BalasPadam