Selasa, 10 Mei 2016

Mencari Accommodation Murah di Amsterdam

Pengalaman kami untuk mendapatkan accommodation murah di Amsterdam agak mencabar. 

Mungkin sebab kami travel ke sana pada Bulan April di mana bunga-bunga tulips di Kuekenhof dah start berkembang (Keukenhof bukak dari 20Mac-20May tahun ni) dan ada Kingdays pula pada 27 April tu, maka memang kebanyakan hotel di sana penuh.

Bila kami approach host di AirBnB untuk private room juga banyak yang decline. Mungkin sebab ada baby kot atau mungkin tempoh masa yang kami minta agak panjang iaitu 4 malam.

Dalam Booking.com / Hostelworld/ Agoda.com, range hotel di Amsterdam dalam 100-150 Euro semalam (Amsterdam city). Memang agak mahal berbanding negara lain di Europe ni. So nak cari yang murah, memang agak mencabar especially kalau buat booking lewat dan peak season. Kebanyakan hostel di sana juga ada no child policy.

So hari ini aku nak share pasal accommodation murah yang boleh dicuba jika korang ke bandar Amsterdam.

Pertamanya, kami approach Azul Embassy Amsterdam. Aku tak sure beliau kerja di Embassy Malaysia or not kat sana, tapi dia ada offer accommodation murah di apartment dia. Rate dalam 20Euro/pax/nite. Memang murah sangat dah tu. Cumanya, masa kami try book dengan dia, nasib tidak menyebelahi kami sebab dah full booked utk tarikh yang kami nak.

Keduanya, ada sorang lagi rakyat Malaysia yang boleh offer private room di apartment dia iaitu, Amie Romeo Omar. Dia juga admin utk Page Malaysian Tourist Coming to Amsterdam. Aku tak sure brapa rate semalam yang dia boleh offer, tapi murah la kot berbanding rate hotel di tengah2 Amsterdam tu. Location rumah juga bebetul di city centre dekat dengan Albert Cuyp Market. Korang kalau datang Amsterdam, kena pegi tau Albert Cuyp ni sebab banyak barang yang affordable (bagi aku yang sengkek ni la) dan ada Benny's Chicken Halal kat sini.) hihiiii

Ketiga Pak Eka Serbaland. Berasal dari Indonesia, Pak Eka dah menetap lama di Netherland. Dia juga ada contact rakyat-rakyat Indonesia lain yang boleh offer accommodation di sekitar Amsterdam dan luar Amsterdam. Melalui Pak Eka, kami dapat confirm booking dengan Bu Sandra. Rumah Bu Sandra di Olympiad, consider dalam Amsterdam city juga la sbb dalam 15 mins bleh sampai city centre. Senang sebab tram station depan umah jek, dan ada direct bus dari airport ke area umah dia. Rate yang dioffer dalam 25Euro/nite/pax, baby half price. So total untuk kami bertiga dalam 62.50Euro semalam. Memang murahla, kalau nak dicompare dengan hotel. Bilik agak kecil, tapi ada provide sekali breakfast. Memang lega laaa dapat makan nasi panas dengan telur goreng, Sedap sedap. Selain tu, Bu Sandra sangat friendly dan banyak share knowledge travelling di Amsterdam sebab dia dah duduk 14 tahun kat sana. Boleh contact Pak Eka di +31645003336 dan Bu Sandra +31654337808 whatsapp je jika korang berminat nak duduk dengan mereka. :-)
Bersama Bu Sandra 

Aku percaya, mungkin banyak lagi tempat yang offer accommodation murah dekat sana. Kami sempat tanya yang 3 ni saja hari tu sebab masa singkat dan peak season pula masa tu. huhuu.

Itu saja yang nak dishare hari ini. :-)

6 ulasan:

  1. Salam. Kami berenam akan tiba di Amsterdam pada 17 mei INI.

    Nak Tanya brp rate 1 malam di Rumah org Indonesia itu? Kira pee kepala atau bilik?

    Kami 4 org bujang Dan 2 lg suami isteri.

    Sekian terima kasih. Wassalaamu pakai kul warahmatullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rate adalah 25 Euro per/kepala utk 1 mlm. Bilik kat sana kebanyakannya kecik ja. Muat 2 orang/bilik. Boleh la kot try whatapps pak eka tu utk tanya ada tak available bilik utk tarikh yg nak pegi tu.

      Padam
    2. Salam nak tanya rumah bu sandra ni area mana eh?

      Padam
  2. Hai tuan empunya blog, Maaf menganggu.

    Ternampak komen anda pada artikle yang saya tulis sekitar tahun 2010 di blog saya. Klik, sampai ke blog ini.

    :)

    BalasPadam
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  4. salam, saya izat dari penang,
    saya dah berunding dengan ibu sandra nk duduk homestay di amsterdam tu, pastu dia mintak masukkan deposit dalam akaun indon dia, tadi dah ke maybank nk transfer, tapi pihak maybank mintak kena ada surat rasmi bagai, sbb ibu sandra kasi akaun number, nama n alamat je,,

    haritu, akak bank in deposit mcm mne eh? harap boleh bantu :)

    BalasPadam