Isnin, 9 Februari 2015

Buah Hati Pengarang Jantung, Princess Daneen Adeena

Hi hi hi,

Lama sungguh tidak mencoret di sini. Sejak-sejak dah ada baby daneen ni, memang blog aku dah ke laut. Sangat tak menang tangan langsung untuk update. Malas pun iye juga sebenarnya :-)


Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.37kg pada 24 September 2014 di Hospital Selayang. Nama yang dipilih untuk puteri sulung kami ini adalah Daneen Adeena. Jenuh juga nak mencari nama yang sesuai untuk si kecik ni sebab kena make sure maksudnya ada, dan baik.  Daneen membawa maksud puteri dan Adeena adalah pious. Dalam Islam, nama yang diberi adalah satu doa untuk anak kita kan. Semoga membesar menjadi anak yang solehah hendaknya. InshaAllah.

Daneen Adeena yang berusia sehari masa ini..
Sebelum Daneen lahir lagi, aku dah berniat untuk susukan baby aku sendiri. Alhamdulillah, walaupun aku c-sect, aku dapat susukan Daneen sejurus selepas dia dilahirkan. Nasib baik susu kolostrum itu keluar walaupun tak banyak. Walaupun agak kekok masa memula tu tapi rasa sangat puas bila tengok dia minum dengan penuh selera. :-)

Namun, perjalanan breastfeeding aku tidaklah selancar yang aku harapkan. Seawal umur 5 hari, selepas Daneen menangis tanpa henti selama 2 malam, atas nasihat doktor, aku terpaksa top up dengan susu formula. Aku teruskan juga breastfeeding  dan akan top up formula dalam 1-2 oz bila perlu. 



Daneen semasa mummy masih dalam pantang. Yang baby berdiri tu mummy dia ;)
By the time umur Daneen sebulan lebih, susu aku dah semakin banyak, especially selepas habis pantang. Alhamdulillah susu aku cukup untuk dia sehinggalah aku mula kerja.


Daneen diusia 2 bulan :-)
Selepas cuti bersalin aku habis, aku hantar Daneen ke rumah pengasuh di taman yang berhampiran. Lega sangat akhirnya dapat juga cari pengasuh yang meyakinkan untuk Daneen. Dan makcik yang jaga Daneen tu pun dah biasa handle EBM sebab cucu yang dia jaga sekarang pun diberi minum EBM. Aku bekalkan 18oz setiap hari untuk Daneen, dan kalo aku lambat balik and sampai jam 6.30pm onwards, maka terpaksalah mak cik tu top up juga dengan formula dalam 3oz. Iya, Daneen ni nafsu minum memang agak banyak. Bertabahla aku sekarang sebab sekali minum pun dah 4oz. huhuuu. Terpaksa mempergigihkan aktiviti pengepaman di kala pepagi buta, tengahari, petang dan malam.

Pada aku, kalau susu yang dibekalkan tak cukup (selepas usaha yea bukan x buat apa-apa), aku redha top up dengan formula. Lantakla orang nak cakap apa pun, daripada biarkan baby daneen berlapor kan. Aku bukan spesis mak-mak yg sanggup tgk baby nangis. cukupla aku seksa dia masa umur 3/4 hari dulu, mujur tak jadi apa2 pada daneen ketika itu.



Daneen yang hampir 3 bulan di kala ini :-)
Menjadi seorang ibu di kala ini, memang merubah hidup aku 360. Kalau dulu, kalo mercun meletup tepi telinga pun aku x bleh sedar dari bangun, tapi sekarang bunyi merengek sket dari daneen pun aku buleh sedar. Lega sangat, mmg automatik kot macam tu. Dia bangun untuk menyusu sekarang pun dalam 2 ke 3 kali sepanjang malam. So far, dia belum pernah demam lagi. Cuma selsema tu ada la kenkadang. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, mmg senang kena virus selsema ni. Kesian kat baby bila hidung tersumbat. Sekarang aku pakai nasal relief, Sterimar. Memang berjaya untuk melegakan hidung daneen ketika selsema yang teruk.

Daneen semasa 24th Dec, 3 bulan
Daneen, 3 months ++ and mummy
Daneen on 24th Jan, genap 4 bulan ketika ini
Daneen 4++ months
Sekarang umur Daneen dah 4 bulan lebih. Sekejap je rasanya dia membesar. Progress sekarang sudah mula meniarap. Mulut pun dah start pandai nak bercakap dengan kita. Geram betul.  Tetiap hari berdoa semuga dia dilindungiNya. InshaAllah.

Jumaat, 4 Julai 2014

DIY Umrah Ziarah_ Umrahaj Travel and Service Review

Ini adalah sambungan Entry dari  DIY Umrah Ziarah_ Visa Umrah dan Ground Arrangement

Kali ini aku nak  buat sedikit review tentang agen umrah kami iaitu Umrahaj Travel Sdn. Bhd. Berdasarkan entry terdahulu, ramai benor yang bertanya aku amek agen untuk buat umrah visa dengan siapa? Jadinya, hari ini aku reveal la maklumat berkaitan agen tersebut. Agen ini boleh dihubungi di no. 03-40224444 dan person in charge adalah Haji Lokman. Boleh BUKA SINI untuk terus ke laman web agen tersebut.

Aku percaya pengalaman bagi setiap orang yang ambil dengan agen-agen umrah ini masing-masing berbeza. Serupalah dengan pemilihan wedding planner, wedding photographer dan sebagainya. Ikut nasib, ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi kali ini aku nak cerita pasal arrangement agen umrah kami.

Aku tulis review ini adalah semata-mata bagi tujuan perkongsian atas pengalaman sendiri  dan masing-masing ambil iktibar dengan pemilihan agen umrah mereka nanti. Di samping itu, juga sebagai persediaan mental jika ia mungkin berlaku pada sesiapa yang berminat untuk buat DIY umrah ini especially dengan agen umrah yang aku pakai ini atau mana-mana agen yang lain.

Semasa kami di sana, pengalaman yang kami dapat memang agak menduga kesabaran kami suami isteri. Namun, alhamdulillah, walaupun arrangement yang telah dibuat oleh agen umrah  kami "kacau bilau", tapi perjalanan semasa menjalankan ibadat umrah di Mekah berjalan dengan sempurna. Itu yang penting kan!

Daripada Istanbul, kami menaiki Saudi Airlines dan mendarat terus ke Madinah. So tentatively, kami akan ziarah ke Madinah al Munawarah dan berada di sana selama 4 malam terlebih dahulu sebelum memulakan ibadat umrah di Mekah al Makarramah. Since ini adalah DIY, dan hanya melibatkan kami berdua, secara mentally, kami memang sudah agak bersedia dengan segala kemungkinan, especially en. suami la yang memang cool nak banding dengan aku yang akan terlebih emosi dalam beberapa situasi. huhuu

Dugaan #1:

Apabila kami sampai di airport Madinah, kami dijemput wakil syarikat Muassasah (org arab) yang telah dilantik oleh Umrahaj iaitu Al-Yamama Umra. Memang prosedur di sana, sebelum kita keluar dari airport, Arab Saudi akan make sure kita  ada muassasah yang akan standby di airport dan bertanggungjawab terhadap kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas kita sepanjang di Madinah dan Mekah. Selain dari muassasah, Umrahaj juga telah melantik wakil mereka (2 orang) di Mekah dan Madinah untuk urusan pengangkutan, hotel dan mutawif kami di sana. Jadinya selepas berjumpa dengan wakil dari syarikat muassasah kami di sana, kami cuba untuk contact wakil agen umrah kami di sana, En. X dan Y (melalui Umrahaj). Mereka ni memang telah dipertanggungjawabkan untuk urusan pengangkutan dan hotel kami di madinah tersebut. Malangnya, apabila cuba dihubungi, line macam tak clear dan bila cuba dihubungi berkali-kali, telefonnya telah OFF terus. Haaaa, saspen tak???

Jeng jeng jeng. Kami inform muassasah kami tentang org yang sepatutnya bawa kami dari airport ke hotel tidak dapat dihubungi. Setelah muassasah try call hamba Allah yang 2 orang itu pun gagal, maka dia pun just panggil teksi sapu di airport yang sentiasa standby di situ, untuk bawa kami ke hotel yang telah "dibooking terlebih dahulu" oleh agen umrah kami sebelum ini. Pada waktu itu, malam dah agak lewat di sana. Badan memang dah letih. Maklumlah, masa di Turki memang kami all out sepanjang 8 hari di sana. So bila jadi perkara2 yang tak dijangka macam ni, especially di tanah suci ni, memang kena sabar je la kaedahnya. Nak cakap sembarangan pun kena berpada-pada. Makanya, kami tanpa berlengah bersetuju je la naik teksi sapu yang ada di situ. Niat memang nak sampai cepat ke hotel dan berehat. Tambang teksi dari airport ke hotel telah dibayar oleh wakil muasasah kami itu. Haa bagus kan depa. Nasib baik tak kena bayar sebab kami dah bayar RM 2,100 kepada agen umrah di Malaysia untuk  pengangkutan yang sepatutnya mereka uruskan di Madinah dan Mekah.

Dugaan #2:
Berbekalkan salinan confirmation emel dari Haji Lokman Umrahaj untuk hotel penginapan kami di Madinah, kami terus menuju ke hotel dengan teksi sapu. Sampai di hotel, seorang lagi wakil syarikat muasasah kami dah standby di sana in case jika ada masalah lain di sana yang muncul. Bila kami try check in dan tunjukkan salinan confirmation emel untuk hotel booking, receptionist hotel itu tak boleh nak terima. Katanya, booking kami dan nama En X dan Y yang terdapat di dalam confirmation emel itu tidak sah dan pihak hotel tidak recognize. Seolah-olah tiada booking telah dibuat untuk hotel tersebut untuk kami berdua. Jeng jeng jeng sangat kan?? hehee.

Kami cuba contact En. X &Y lagi in case kalo hp mereka dah ON balik. Tetapi malangnya masih tidak dapat dihubungi. Pada ketika ini, aku memang dah nak start naik angin. Tapi aku senyap jea la. En Suami je yang cool. Muassasah kami pesan, "dont worry, we will find another hotel for you tonight".

Kami dibawa ke satu hotel lain, yang kebanyakan jemaah yang hire depa directly, duduk di situ. Keadaan bilik yang available memang agak mengecewakan, dengan berabuk dan tidak bersih seperti dah lama tidak dihuni. Kami minta supaya cadar dan selimut diganti sebab tahap kemiangan memang tinggi. huhuu. Disebabkan badan sudah terlalu penat, kami menerima seadanya dan berfikiran positif jea la..maklumla kebanyakan masa akan diisi di masjid dan hotel hanya tempat untuk tidur sahaja. Nways, kami tinggal di hotel tersebut sepanjang kami berada di Madinah.

Dugaan #3:

Akan di sambung kemudian :-)

Rabu, 2 Julai 2014

Im so back In KL

hi hi hi,

Terasa lama sungguh tidak menjenguk rumah di sini. Entry Umrah DIY pun banyak yang tertangguh. huhuu. Akan cuba diusahakan untuk dihabiskan jika berkesempatan.

Ramadhan tahun ini agak berlainan dari tahun-tahun sebelum ini.

Ramadhan tahun ini, aku sambut sebagai seorang isteri. and yes, i am heavily pregnant now. 7 months. :-)

alhamdulillah dah 2 hari berpuasa, semuanya berjalan lancar. Aku baru dapat bertukar kerja ke Kuala Lumpur. Sangat bersyukur sebab di saat-saat ini, aku memang nak suami aku dekat dengan aku. cukuplah hampir 2 tahun aku berkhidmat jauh dari keluarga dan orang-orang tersayang.

Tempat kerja baru, logistiknya ada sedikit cabaran. Kalau dulu masa di sri iskandar, nak ke pejabat, punch jam 8am, 7.50am baru nak kuar dari rumah. Sekarang, kena keluar rumah seawal jam 6.45am untuk mengelakkan tersangkut dalam traffic jam yang maha dahsyat area Jalan Dungun-Semantan, Damansara ini. Dan satu lagi masalah besar bekerja di kawasan ini, adalah parking. Amat susah nak dapat parking even yang berbayar pun. Daily parking dalam rm36/hari. Monthly parking yang mungkin available sekarang (itu pun waiting list) dalam rm250/month. haih.. Buat masa sekarang, aku dihantar dan dijemput oleh en. suami. Tapi mungkin untuk sementara waktu. Ada 2 option yang ada jika satu hari nanti dapat parking space di kawasan ini.

1. Driving ke pejabat dengan kos estimated monthly dalam rm 500 (minyak:rm150, parking:rm250, tol: rm100) 

2. Guna komuter dari batu caves sampi ke taman wahyu station, then car pool dengan ofismate dengan kos estimated monthly dalam rm 200 (train tiket: rm100,  park & ride: rm100)

Tak banyak pilihan yang ada kan? Nak tak nak, memang kena harung juga.

Apa-apahal pun, yang penting, family dekat dengan aku sekarang. Itu yang terbaik!

Nways, Salam Ramadhan al Karim kepada semua. :-)

Jumaat, 11 April 2014

BLACKOUT!!

Kikikiki

Walaupon, aku tak join atas sebab2 tertentu, namun aku harap geng yang pergi tetap bergumbira di sana. AWAS, sila lupakan sebarang permasalahan anda dan ENJOY!!!



 Chawanna (Chawan & Na), Coco Nutz (KakAnash), Traveller's Anatomy (Byya), KakiJalan (MasMZ), This Is Our La La Land (Keluarga Bahagia), My Story Is On Lifetime (Shahrule), Lily.Globetrotter (LilyRiani),Pengembara Tumpangan (Icam)

Jumaat, 14 Februari 2014

DIY Umrah Ziarah_ Visa Umrah dan Ground Arrangement



Ini adalah sambungan Entry  DIY Umrah Ziarah_ Di sini bermulanya

Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, kami telah berurusan dengan XxX Service Sdn Bhd untuk mendapatkan Visa Umrah kami. Visa agent kami charge RM350/pax untuk depa uruskan visa umrah kami.

Di antara dokumen yang akan depa minta:

1. 2 keping gambar berukuran 6cmX4cm muka zoom 70%-80% berlatarbelakangkan warna putih. Ala kalo pergi kedai gambo, bgtaunya nak tangkap gambo untuk visa umrah, pepandaila orang kedai tu nanti.

2. Buku suntikan minigitis ACYW 135 dari klinik swasta. Klinik kerajaan mmg tak dapat la, sebab suntikan yang depa provide hanya untuk jemaah haji. Untuk suntikan ini, hanya En. Suami jea yang buat, kosnya dalam RM120 di klinik Gombak. Aku tak buat sebab based dari "gugeling" aku, adalah lebih baik untuk tidak mengambil suntikan itu jika sedang berusaha untuk mendapatkan anak dalam masa 2 tahun ni. Alhamdulillah, agen visa aku ni dia pandai adjust, dan visa aku dan suami lepas. :-)

3. Passport yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta minima 3 muka kosong.

4. Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama yang keluarkan sijil itu serta pengesahan dari Wisma Putra. Ini kalo suami isteri la.

Selain dari urusan Visa umrah, XxX Service Sdn Bhd juga uruskan ground arrangement kami di sana. Ground arrangement ini termasuklah:

1. Pengangkutan+mutawif
    - Dari airport Madinah ke Hotel di Madinah (Teksi)
    - Ziarah di Madinah berserta Mutawif (Camry)
    - Pengangkutan dari Madinah ke Kota Mekah (Innova)
    - Ziarah Luar di Mekah berserta mutawif (Teksi)
    - Umrah 1 round (tawaf+saie) dengan mutawif 
    - Hotel ke Jeddah Airport (Camry)

2. Hotel di Madinah dan Mekah.

Pada mulanya kami memang nak buat booking hotel secara sendiri melalui Agoda.com. Namun begitu, memandangkan kami hanya ada masa dalam sebulan 10 hari, makanya kebanyakan hotel yang available di Agoda.com tue offer rate semalam yang agak tinggi. Range dalam rm350 dan ke atas. Lagi dekat hotel itu dengan masjid, lagi mahal la bayarannya. Dan lagi satu, tak semua hotel di sana yang berdaftar dengan Agoda.com tu. So ada hotel yang lebih murah dan dekat dengan masjid tetapi tidak disenaraikan dalam Agoda.

Memandangkan XxX Service Sdn Bhd ini juga ada servis untuk booking membooking hotel2 di sana, makanya, kami pun buat tempahan hotel dengan agen tersebut. Mereka memang ada senarai hotel yang available dengan harga yang lebih murah berbanding rate di Agoda. Maka pepandailah kita pilih berdasarkan kemampuan dan kelaratan kita untuk berjalan kaki ke masjid nanti. Kami pilih hotel di Mekah dan Madinah yang dalam lingkungan 250 meter ke Masjid. Agak dekat sebenarnya berbanding hotel-hotel yang dioffer oleh pakej umrah dari company lain.

3. Kos bagi customized ground arrangement di Mekah dan Madinah:

   a) Pengangkutan : rm2100
   b) Mutawif (ziarah di madinah dan mekah+ibadat umrah 1 round): rm500
   c) Hotel, twin sharing(4 mlm di Madinah+6 mlm di Mekah): rm 2700
   d) Visa umrah : rm700 (rm350/pax)
   
   Total: RM6,000.00 (FYI, ini tidak termasuk makan+minum). Disebabkan kami hanya berdua, maka kos seorang dalam RM3,000. Kalau ramai lagi, murah lagi la kan.

Well, itulah serba sedikit mengenai kos dan customized DIY arrangement umrah kami. Adakah aku berpuas hati dengan servis yang diberi oleh XxX Service Sdn Bhd ini? Aku akan share nanti kemudian yea.