Ahad, 23 Oktober 2011

1st Time Join Gathering Blogger!

Petang tadi sangat seronok berjumpa rakan-rakan blogger yang BEST di rumah KAK CIK SEROJA.

Disebabkan, camera aku siang tadi tak perasan baterinya dah flat, maka tiadalah satu pun gambo yang berjaya diambil. ;(.

Sedang menunggu kawan2 yang lain utk upload gambo2 semasa di sana! Jangan lupa uplod ek!

Walau tidak dapat menangkap satu pun gambo di sana, TAPI dapat tangkap benda lain. :-)))

Thanx BUJAL-x
 Dan yang satu lagi dari Daddy and Mommy Double Z

Rajin Mommy Z ;-)
Anyways, gathering hari ini sangat best!!!!

Sat lagi mau layan Real Steel! TGV here i come....!

:-)

Jumaat, 21 Oktober 2011

Selasa, 18 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 7, Part 1: Seongeup Folk Village-Trick Art Museum

Aiseh..Lambat untuk sambungan Entry dari SINI.

25th September 2011, Sunday.

Setelah mendapat rehat yang secukupnya, Hari Ahadku di Jeju diteruskan seawal jam 8 pagi. Pulau Jeju ini adalah "the only special self-governing province" di Korea dan keluasannya agak besar sebenarnya dalam 1,848km² (5 kali ganda besar dari Langkawi). Jadinya kalau nak cover keseluruhan tempat best di Jeju nie kena kasi tempoh dalam seminggu penuh sebenarnya. Aku hanya ada 2 hari penuh so, banyak tempat lain yang aku terpaksa tengok dari jauh jea.. ;-(

Jeju ini unik sebab ia adalah volcanic island. Dibentuk dari letusan volcano 2 juta tahun yang lepas. Jadinya tanah dan batu di sini adalah dari basalt dan lava. Sekarang nie Jeju tengah compete untuk jadi The Seven Nature Wonders of the World. Aku rasa once kalo terpilih, mesti lagi mahal nak ke sini.

Anyways, untuk hari ini kami telah pergi ke 4 tempat menarik iaitu di Seongeup Folk Village, Trick Art Museum, Seongsan Iilchulbong dan Seopjikoji. Semua tempat ini terletak di bahagian Timur Pulau Jeju yang terletak dalam 45minit - 2 jam perjalanan dari Yeha Guesthouse. Dan untuk hari ini, kenderaan utama kami adalah bas dan teksi.



Dari GH, kami berjalan kaki dalam 5 minit ke Jeju Intercity Bus Terminal. Terminal ini adalah pusat bagi pengangkutan bas awam di Jeju. Untuk ke Seongeup Folk Village (SFV), kami telah naik bus di platform no. 3 di terminal tue. SFV ni terletak di wilayah Seogwipo-si. Perjalanan dalam 50 minit dari Jeju-si (Pekan Jeju).

Bila sampai di sana, memang nampak la keunikan kampung nie. Memang conceptnya cultural village, showcase villagers' way of life, how they worked and lived back then.  Jalan di situ berserta  dinding hitam dari batu lava, straight but curvy alleys to block the wind, and tak lupa juga batu "grandfather statues" (Harubang), memang landscape feature yg wajib di Jeju. Mana-mana ceruk Jeju pun akan ada Harubang nie.



Satu elemen penting yang perlu ada di setiap perkampungan di Jeju ni adalah babi hitam mereka (local black-haired pigs n tongsi). Mereka percaya yang oink-oink jenis ini begitu nutritious n yummy. Erk, kena try baru bole aku percaya. Tapi bau dia memang..hmm harum semerbak ;)


Aku suka fence di folk village nie. Selain memang untuk menghalang orang dari trespassing ada juga socio-cultural role. Biasanya akan ada  3 bars up. One bar up means something like 'back in a while'. Two bars up mean 'out for the whole day'. Three bars up mean 'gone traveling, come back again after a week or a month'. :-)

Sedang khusyuk meneliti dinding rumah-rumah di situ, ternampak kelibat samar-samar windmill. Aku pun apa lagi, mencari jugala arah ke situ mengikut pandangan yang ada. Dan tak sangka pula ada windmill farm sebenarnya berdekatan dengan kampung itu.  Jeju ni angin dia memang agak kuat bertiup. Sesuai untuk dibina windmill di situ, sebagai salah satu alternative untuk generate energy bagi Jeju province.

And yes, satu lagi...selain dari sayur yang tumbuh menyubur di bumi Jeju ini,  Limau adalah tanaman buah utama di Jeju. Limau jenis Citrus. Masa aku datang nie, ladang limau di sini kebanyakan buahnya masih hijau, Ada sikit jea pun yang sudah kaler kuning masak. Geram juga tgk yang masak tue..


Dari SFV, kami meneruskan perjalanan ke Trick Art Museum. Dengan bas, perjalanan dalam 7 minit sahaja. Agak dekat dari SFV. Sebenarnya kami dah tersilap langkah dengan pegi SFV dulu, sebab kalau dari Pekan Jeju, kami tempuh Trick Art Museum dulu. Cumanya, kami tak berapa perasan masa bas lalu museum tue tadi. Maka kami macam patah balik la kiranya. Nasib baik tak jauh sangat. Kalau nak masuk SFV adalah FREE, tapi untuk ke Trick Art Museum (TAM) nie fee dalam 9,000KRW.


Concept museum macam ini  ada banyak dah di negara-negara lain. Aku tak penah lagi masuk memana yang lain sebelum ini, makanya museum ini bagi aku agak best. Macam-macam jenis lukisan 2D yang memberi efek 3D ada di sini. Ada banyak sangat lukisan dalam tue, dan page aku nie akan sangat berat kalo aku letak semua. Jadinya aku pilih le memane yang spesel di mata aku.


Yang syioknye di sini, bila tangkap gambo, then tengok end resultnya. haih unable to distinguish between the real and the surreal. :-)


Museum nie ada dibahagikan kepada beberapa zon, setiap zon tue memang ada featured theme la, seperti parody zone, aquarium zone, animal zone, Egypt zone, magic zone, Jurassic zone, and illusion zone.

Yang di bawah ini adalah di antara feveret aku. :-)


Intention of the Museum, To fool our naked eyes ::: SUCCEED!

Di luar kawasan museum ada trick safari pula. Memang best la tempat ini. Bagi sesiapa yang tak penah masuk memane trick art museum sebelum ini (seperti aku), aku recommend tempat ini untuk korang pegi. Memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.


Setelah hampir 2 jam setengah kami berada di museum ini, kami teruskan perjalanan untuk ke Seongsan Ilchulbong Peak. 

To be continued..

Sabtu, 15 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 6, Gimpo-Jeju si

Selepas hampir 6 hari di mainland, kami bergerak terus ke Pulau Jeju aka Jeju-do. Ini adalah sambungan Entry dari SINI.

Bila sampai di Seoul malam semalam, kami bermalam di SeoulWalker Guesthouse. Kami spend dalam 50,000KRW semalam untuk menginap di sini. Locationnya memang agak jauh untuk berjalan kaki dari subway station. and then, breakfast memang tak disediakan. Aku macam tak berapa favor sgt GH nie, tp owner dia sangat friendly dan baik. Tapi overall ok la kot. Nyenyak jea aku tido malam semalam.
Kami check out jam 11pagi dan terus ke Gimpo Airport. Naik taxi dalam 12,000KRW. Flight kami ke Jeju dalam jam 3.20pm. Klik SINI untuk tau macammana aku beli tiket flight. Memang aku lepak lama di Gimpo.Dalam pada menunggu tue, nasib baik internet pun laju bangat maka terisi le juga masa yang banyak tue. Then aku sempat juga tulis postcard untuk diri aku sendiri dan kengkawan yang minta aku postkan postcard pada mereka. postcard nie aku beli masa di seoul. Harga setem untuk sampai ke Malaysia adalah 370KRW. Jadinya kalo korang nak kasi postcard ke Malaysia, cukup dengan amount tue. Tak yah lebih lebih, tempoh untuk sampai ke depan pintu rumah kita sama jea, dalam seminggu lebih.

Bila dah banyak masa terluang tue, memang aku suka tengok orang la kan. Kalau di Korea nie, lelaki dan perempuannya memang menjaga kecantikan mereka. Bila aku duduk di hostel, ada yang berbentuk dormitory yang aku akan share dengan orang lain. Kalo sedorm ngan korean girls (mainly), diorang akan spend dalam 45minit-sejam sebelum tido untuk "merawat muka" diorang. memacam menda mereka letak..no wonder, polos jea kulit muka diorang.

Pembedahan plastik pun agak berleluasa di sini. Sampai satu tahap, parents diorang akan hadiahkan plastic surgery kalo mereka sukses dalam exam. Dahsyat tak? itu yang aku dapat info dari orang sini la. Plastic surgery di sini memang satu keperluan. Tidak kira la lelaki atau perempuan. Siapa mahu buat nose job seperti di bawah?

Dalam jam 3 lebih kami dah masuk ke flight cabin..Comei jea deco dalam flight tue..aku suka jea. Babai Seoul...

And welcome to Jeju Island. Moto Jeju adalah "We love having you here". Kata-kata keramat nie memang ada di mana-mana. Bila sampai di Jeju, matahari lagi terik di sini. Sebelah Selatan South Korea memang lagi panas. Tapi matahari jea yang terik, suhu tetap sejuk. Just a beautiful weather. Langit biru tanpa awan..

Sampai di airport, kami terus cari taxi untuk ke Yeha Guesthouse. Kalo nak naik bas pun ada sebenarnya, tapi kalo ada dalam 3-4 orang, lebih baik naik taxi, fare lebih kurang sama jea dengan naik bas. Tambang taxi dari Jeju Airport ke Yeha Guest house dalam 5,000KRW. Lebih convenient dengan beg2 besar kami..:)

Yeha GH nie aku book 3 bulan sebelum aku sampai sana secara online. Satu malam untuk seorang adalah dalam 19,000KRW. Kami akan tidur di sini untuk 3 malam sebelum balik ke Incheon semula. Antara semua GH yang aku duduk, Yeha nie yang paling best di samping The House Hostel masa aku di Sokcho. Breakfast meriah, International call adalah FREE. So tetiap malam masa aku di Jeju nie aku telefon mak aku untuk update. Sebelum nie via FB jea dengan adik aku.  Jadinya, takdela dia nak risau lelebih kan..
Dan yang paling speselnya GH nie, diorang sediakan juga kelengkapan dapur untuk Muslim. yay!!!! x payah nak beriya samak. Memang best! Roti yang diorang provide masa breakfast pun yang halal. Memang takde kat tempat lain la. Spesel!

Malam itu, aku tidur nyenyak dan berangan untuk kembara esok hari pula..:-)

Till next time.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 5 (Part 2), Sokcho Town - Ferryboat

Ini adalah sambungan dari SINI.
Dalam jam 2 petang, kami bertolak balik ke Sokcho. Dari Soeraksan, perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dengan bas. Memang agak berat hati ini untuk meninggalkan Soeraksan, tapi perjalanan perlu diteruskan dan masa agak suntuk untuk kami explore ke tempat lain di Sokcho


Apabila sampai di Sokcho, kami berjalan kaki untuk mencari restoran makanan laut di sini. Tips untuk mencari restoran yang halal untuk kita makan makanannya; cuba cari restoran yang memang offer hanya makanan seafood. Kami bernasib baik sebab Afifah yang fasih berbahasa korea ada bersama. Macam-macam dia tanya sebelum kami buat order. :-)


Sebelum menu utama kami sampai, pelbagai side dishes telah disediakan. Memang stail makanan di sini, side dishes memang meriah. Dari seafood stew(sedap!), kimci timun serta kucai,vegetarian pancake, kentang masak kicap, dan nasinya yang macam pulut.


Bila dah semua side dishes keluar, then barulah lauk utama keluar. yay! Lauk utama kami adalah pelbagai jenis ikan bakar serta sotong. Ikan salmon ada, ikan yang rasa macam terubuk tpi xda tulang pun ada. Memang heaven. Perut memang lapar, jadinya agak cepat juga kami menghabiskan makanan yang ada di atas meja itu.


Untuk side dishes yang banyak jenis itu, kalo abis bole refill lagi for FREE. Minta la banyak mana pun :-). Kimci timun dia memang sedap lagi rangup. Untuk lunch kami yang sangat mengenyangkan ini, kami bayor dalam 44,000KRW. Okla kot, makan untuk 5 orang dan ikan dia memang manis dan fresh.


Selesai makan, dengan perut yang kenyang, kami meneruskan berjalan kaki di sepanjang jalan. Di sebelah kiri jalan memang berderet jala-jala bertebaran. Sokcho ni memang pekan nelayan. Banyak ikan-ikan bergantungan di sini.:-)

Kalo nak beli ikan-ikan yang fresh lagi murah, rasanya boleh borong di sini. :-)


Bot-bot nelayan pun banyak parking di sini. Aku memang suka suasana damai di sini. Tiada traffic jam seperti di Seoul. Cumanya, dari segi demografinya, aku tengok pekan ini banyaknya orang tua la. Mungkin macam di Malaysia, ramai yang mudanya sudah larik ke KL, n for this case ke Seoul. Population di Seoul alone adalah 10 millions. Bole imagine betapa ramainya orang especially di subway!

Dalam pada berjalan tue, arah tuju kami adalah ke tempat di mana adanya Ferryboat. Pernah tengok "Autumn In My heart"? heheee kalo tengok, boleh la kot teringat2 scene heroin tue dok ulang alik naik boat nie. Ferry boat nie memang pakai tali untuk bergerak ke seberang. Ramai jea orang yang volunteer untuk tarik.

Selain itu, tiada apa pun yang ada di seberang sana. Just info-info berkaitan drama tue jea di sana. Aku kalo tang citer korea nie, aku tengok masa zaman Winter Sonata+Autumn in my heart+All In+All About Eve. Masa tue aku blaja di gombak. Then selepas tue memang takde masa sangat nak layan korean drama nie.


Selepas melayan Ferryboat, kami balik ke The House untuk rehat. Dalam jam 5 petang, kami berjalan kaki ke terminal bus untuk balik ke Seoul.

Bus bertolak dari Sokcho dalam jam 5.30pm dan sampai di Seoul dalam jam 9 malam. Sampai di Dong Bus Terminal, Seoul kami naik taxi untuk ke SeoulWalker Guesthouse. Taxi yang kami approach tak nak pakai meter. Dia inform untuk ke Seoul Walker, tambang dalam 4,000KRW, agak murah sebenarnya then kami tanya banyak kali juga betul ke 4,000, dan dia kata YA. Kami pun ok la, then bila sampai di guesthouse dia minta 40,000KRW plak. Meloncat gak kami sebab dah terkena tipu. 

Tapi biasela kan, memang nak kena marah ngan aku la main tipu2 nie. Aku gertak dia nak report polis then dia kurangkan ke 20,000KRW. Still aku rasa mahal tp kami bayor jea untuk jarak dalam 25km.

Selepas supper, kami tidur nyenyak. Besok kami akan ke Pulau Jeju dengan EastarJet.. :-)

Till next time..