Selasa, 17 April 2012

NorthIndiaBackpacking 2: Delhi

Awas: Entry banyak benor gambornye..

Sambungan dari cerita buang telur kutu di SINI.

Keesokan harinya, aku check out dari Hotel Corporate agak awal dalam jam 6.30 pagi. Destinasi seterusnya adalah ke rumah  kawan CouchSurfing aku, Kunwar di tengah pekan Delhi. Akan akan tidur di rumah dia untuk satu malam sebelum aku berangkat ke Kashmir.

Perjalanan dari Hotel Corporate ke New Delhi aku kira dalam sejam setengah juga. Aku amek 2 jenis train, satu yang macam ERL, train yang cover laluan kawasan sekitar airport ke New Delhi Metro Station. Dan dari New Delhi metro station, aku amek train lain ke rumah kawan aku di Saket. Naik metro train di Delhi nie memang leceh sangat sebab pertamanya, terlalu ramai orang dan sangat crowded. Bau? memacam ada, ketiak ade, bau sirih pun ade. Keduanya, setiap kali nak masuk dan keluar stesen akan kena scan(macam kt airport tue). serious sgt tedious!
Express train to Delhi n yes our breakfast!
Tapi alhamdulillah, aku akhirnya sampai juga umah Kunwar dengan jaya dan selamatnye. Kunwar actually tengah nak bersiap pergi kerja waktu tue. Jadinya, dia briefkan sikit macammana nak guna bilik air, kitchen dia etc dan dia tinggalkan kunci umah dia kat kitorang. Dia akan balik kol 7malam nanti. memang bagus betul mamat tue. Siap kasi talk macammana nak ke tempat2 yg ada dalam list kitorang, nak naik train ape, rate tuk2 berape dari point A ke point B. Serious dia sgt membantu. So in case kalo korang nak cuba CouchSurfing di India, carilah Kunwar yea!

Bila Kunwar pergi kerja, then kitorang buat rumah dia tue macam umah kami. Landing2, then masak breakfast kami. Makan maggi jea pun. Buat mengalas perut untuk jenjalan sehari suntuk hari itu. Kami start jenjalan dalam jam 12 tengahari. Agak lewat sebenarnya sebab punye la lama merehatkan diri. Sempat juge tidur2 ayam. Tapi memandangkan kami ada hari tue jea di delhi, maka gagahkan juge kaki nie untuk kuar setelah bersenang lenang di atas tilam.

Memandangkan akan leceh dan lambat kalo nak tour delhi dengan metro train dia, maka aku decide untuk sewa auto-rickshaw a.k.a tuk-tuk seharian, dari jam 12 tengahari sampai 7 malam. So keluar dari umah Kunwar di Saket, aku terus mencari tuk-tuk. Jenuh juge menawar rege dari satu driver ke driver yang lain. First driver yang aku approach dia letak 1200 Rupee (RM76.80). Aku nak nego rege,berlagak tau mau. Maka aku cari tuk2 yang lain. Second driver minta 1000 Rupee (RM64). Aku try nego rege, dia kurangkan jadi 900 Rupee. Sill aku rase mahal lagi. Then aku tanye drebar tuk2 yang lain. Gigih kan? mesti gigih utk dapatkan yang paling murah! Tanye punye tanye, akhirnya dapat juge aku tangkap sorang bhayya nie yang sanggup dibayar dengan 700Rupee (RM44) untuk pusing2 Delhi sampai kol 7 malam nanti. Lumayan juge sebenarnye!
Qutub Minar Entrance

Selepas dah dapat Tuk-tuk, maka bermulalah kembara kami di Delhi. First tempat yang kami terjah adalah Qutub Minar. Entrance Fee untuk Qutub Minar nie adalah 250 Rupee (RM16). Rege standard untuk hampir kesemua tiket masuk bangunan UNESCO di India untuk foreigner. Tiket masuk  untuk penduduk tempatan 10 Rupee aja (64 sen). Melampau beza kan?
Qutub Minar Minaret

Nways, Qutub Minar nie menara minaret yang dibina masa 13th Century, Tahun 1192. Zaman Mughal dulu, zaman kegemilangan Islam di India, tempat nie digunakan untuk laungan Azan. Memang terpesona aku tengok ukiran bertulisan Jawi yang ada di situ. Banyaknye Kalimah Shahadah dan ayat-ayat Al-Quran.
syiok sendiri!
So Ancient!



Sekitarnya ada kompleks makam sanak sedara pemerintah dulu-dulu..




Untuk info lebih2, sila klik SINI 
Entrance Humayun Tomb

Dari Qutub Minar, kami terus ke Humayun Tomb. Banyak tapak-tapak UNESCO di India ni adalah makam sebenarnya. Humayun nie sebenarnya anak kepada the First Mughal Emporer di India, Babur. Bila dia mangkat, balu dia yang berbangsa Persia/Iran telah arahkan rakyat jelata untuk buat makam yang yang indah untuk arwah laki dia nie.



Siap dibina pada 1572, ada beberapa bangunan di sekitar Humayun Tomb nie dan menjadikannya salah satu kompleks makam yang besor la kira. Masa aku datang nie, banyak makam2 yang lain dalam kompleks itu tengah dibuat major renovation. So rasa agak rugi juga, sebab Entrance fee dalam 250 Rupee juge (RM16). Naseb baik bangunan utamanya dah abis proses ronovasi. Kalo idak, aku bakor kaunter tiket tue. ;p


Persian Garden @ Humayun's
Untuk info lelebih pasal Kompleks Makam Humayun nie, sila klik tanye enWiki di SINI.

Lotus Temple!
The real of India
Dari Humayun Tomb, kami terus menuju ke Red Fort. On the way ke sana, aku minta driver tuk tuk kami untuk singgah Lotus Temple. Ingatkan nak masuk kejap sebab tiket masuk adalah FREE, tapi sebab line beraturnye punyelah panjang, maka aku pon proceed ke Red Fort. Udahle panas menyengat delhi masa tue. Aku check temperature kat jam aku, 34 celcius!

Magnificent Red Fort
Kami sampai Red Fort jam dah pukul 4 petang kalo tak silap.  Red Fort nie terletak di Old Delhi. Entrance ticket 250Rupee juge. Dari luar, memang nampak sangat panjang kubu yang dibina tue. Kubu tue cover 254 ekar tanah di dalamnya. Memang sangat besor luasnya Red Fort ini

Kubu nie dibina masa zaman Mughal Emperor Shah Jehan. Siap dibina tahun 1648 setelah 10 tahun berhempas pulas menyiapkannya. Red Fort nie merupakan tempat pentadbiran baru Shah Jehan selepas Agra. Jadinya even selapas dia mangkat pun, Emporer2 yang lain pun masih menggunakan Red Fort as pusat pentadbiran sehinggalah masa pemerintahan Mughal Emporer Bahadur Shah Zafar yang melingkupkan dinasti gilang gemilang Mughal. Emporer Bahadur nie telah dibuang daerah pada Tahun 1857 oleh British Indian Government dan sejak itu British bertapak di India. Haih begitulah ceritanya. Memandai aku jea buat cerita, tapi tak kisah la kan, betul sipi2 tue ada la yang boleh dipakai. :-).


So dalam Red Fort Complex ni, selain dari bangunan pentadbiran, dalam tue ada juga kediaman keluarga-keluarga di Raja, singgahsana dan macam2 lagi. Serious memang puas masuk Red Fort nie. Ukiran di dinding bangunan dia memang halus. Kubu RedFort dibina dengan sandstone, tapi kompleks2 di dalamnya banyaknya dibuat dari marble. Memang marbelesss!



The Bazaar
Dalam Red Fort nie ada juga bazar yang jual souvenir. Aku beli sikit2 jea pon, sebab nak jenjalan di bumi India masa tue ada dalam 10 hari lagi, jadinya malas la aku nak bawak semua hasil tangkapan awal ke hulu ke hilir lepas tue. Di samping, bajet pon tak berapa banyak untuk dilaburkan bagi tujuan shopping, maka aku lebihnya mencuci mata la masa di red fort tue.

Untuk Info lebih pasal Red Fort, sila klik SINI

Kami ambil masa di Red Fort dalam 3 jam juga la. Kunwar call dah sampai depan umah dia, tapi kunci umah pada kami.. heheee kesian dia. Then kami terus bergegas balik ke Saket. On the way balik ke rumah Kunwar, tersekat di traffic jam. Memang dahsyat jam dia berejam. dah la suka bunyikan hon sesuka hati. kalo tersekat lama, boleh jadi pekak kot. Pencemaran bunyi memang sgt dahsyat di sini. Nyring jaa bunyi hon sana sini.

Sampai di Saket, kunwar ajak beli barang untuk masak dinner malam tue. Dia request kitorang masak untuk dia. Memang agak penat setelah seharian berjalan, tapi bila tengok muka kesian dia, kitorang pon layanla permintaan dia untuk rasa masakan kami malam tue. okla, dia offer free accommodation, kitorang masak dinner. Fair and square la. Di samping tue, dia adjust juga untuk panggil teksi untuk pagi besok dari umah dia ke domestik airport, as flight kami ke Kashmir pukul 7 pagi. memang sangat membantu Kunwar nie.

Selepas borak panjang malam tue, kami tidur nyenyak..sebab keletihan pon ada. Bangun balik dalam pukul 4  pagi untuk bersiap-siap ke airport dan terbang ke Kashmir....

Akan di sambung kendian!

26 ulasan:

  1. Ohmaiii boleh pulak sambung aplod gambo esok????? haish!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kikikiki sabar naaaa...lappy adik aku nie punye lembab. tensen aku. dah terus menyampah nak haplod gambo.. ;p

      Padam
  2. sumpah serius best punye cerita...aku skroll..aku skroll...takde sampai kesudah gambarnya takde??? owh no!!!

    aku boleh bayangkan betapa penatnya korang aritu duk berjalan sakan dgn panas lagi bukan main kan..huhuh.actually aku rsa tambang 700rupees utk 1day dh murah sbb jarak antara satu sama lain agak jauh.

    psst...korang masak ape kat kunwar tu? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry beb, gambo aku letak besok nye...byk giler, tak sure nak masuk yang mane satu pun ade,,,,

      itula, aku rase pon cenggitu dalam 700 rupee tour new and old delhi memang agak berbaloi. naseb baik lepas tanye byk driver, baru dapat yang itu..yg lain berlagak sungguh!

      aku masak ayam masak kari rempah, sayur potato rebus, n ayam goreng rempah. penat masak pun ade gak malam tue. tp sharing is caring kan, bayaran accommodation free.;p

      Padam
  3. Bak kata danny, penat scroll baca laju2 tapi gambar TAKDE! Huh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ada pun gambor! wahhhh banyak pakai timer nampak! BAGUS! aku suka tgk aksi2 ko :D

      ada gambar kunwar? nak tgk! :D

      Padam
    2. adoooo, nanti den letak!

      Padam
  4. Hek elahhhhhhhhhhhhhhhhh mana gamboooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheee larikkkkkkkkkkkkkkkkk ;p

      Padam
  5. nampak ancient giler bangunan tuh! stok kegemaran aku tuh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. definitely, INDIA is a MUST PlACE TO GO!

      Padam
  6. i gak pandai, comment lepas di upload. ehhehehhe.....finally ada org gi humayun... else i sorang jek terkonteng konteng gi sana.

    qutb minar lawa kan... ukir2 tuh... takjub giler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula, itu pun sebab u suggest. i memang tak penah dengar name dia sebelum nie.

      tp qutub minar memang terbaek ukirannya. terkesima bila tgk!

      Padam
  7. Woww... cantik cantik la gambar. Kagum akak tengok terutama humayun dan qutb minar tu..cantik giler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik both of the places..

      Padam
  8. ....gigih ok bila baca entry nih...
    .. tak ter'jalan' akak weh!
    tapi tak dinafikan cantik bangunan situ...so ancient look...
    tapi bab bau / sesak / bising / ...buatkan akak termanggu nak pegi..
    hehe (aritu pegi india pun sebab kije..bukan bejalan sakan..)-pasrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, make sure akan sampai bangunan2 tueeee

      berbaloi-baloi dengan bau hancing di merate rate..

      Padam
  9. hahahahaha siap aku pelik nape suma orang tanya gambo??? deme baca tak de gambo yerrr????

    aku pun rasa Qutub Minar dan Red Fort tu memang sangat berbaloi-baloi untuk pergi.... well recommended.

    nak nengok mana rupa umah kunwar tu n gambar makanan???? korang g kedai ke paso weh????

    BalasPadam
    Balasan
    1. mase deme bace sebelum nie memang gambornye tak mandang..;p

      nanti aku wat enry khas tunjuk muke dia ;), later..

      Padam
  10. wooaaahhh... sangat best.. tqs for sharing..

    BalasPadam
  11. haaa amecam? pengalaman couchsurfing? takde la horror sangat kan..
    hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak horror langsung, at first suspen gak in case kalo host kite tue tak best, tp so far, am choosing the right host! :-)

      Padam