Jumaat, 20 April 2012

NorthIndiaBackpacking 3: Kashmir - Himalaya

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Di sebelah pagi, aku bangun agak awal dalam jam 4 pagi untuk mengemas barang minit-minit terakhir sebelum aku meneruskan perjalanan menuju ke domestic airport untuk terbang ke Srinagar, Kashmir.

Teksi datang tepat jam 5.30pagi di bawah rumah Kunwar. Selepas habis sesi Bye-bye dengan Kunwar, kami terus ke airport. Flight kami sepatutnya berlepas jam 7am. Tapi delay ke jam 8am. Scanning process untuk luggage dan juga badan masa nak gi ke Kashmir nie pun agak strict juga. 2 kali kalo tak silap aku. Hand luggage aku, aku punye small backpack pon boleh tak lepas. dia minta keluarkan barang setiap satu.. Hish geram jea, padahal takde apa2 pun yang sangkut bila dah diperiksa tue. 

Aku ke Kashmir nie dengan Go Air. Aku beli secara online pada bulan Januari 2012, dapat rege untuk return flight dalam RM250. Kalo beli lagi awal rasanya, dapat lagi murah kot..
Pelapik perut untuk awal pagi itu
Flight dari Delhi ke Srinagar mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Dalam 30 minit sebelum landing, memang boleh nampakla Banjaran Himalaya yang SANGAT CANTIK dari atas kapal. Memang rasa macam, Biar betul cantik macam nie. Tercari-cari juga yang mana satu Gunung Everest, dan sah-sahla tak tau yang mana satu kan. Kebanyakan gunung-gunung di situ diliputi salji dan memang terkelu juga menengoknye..

The Himalaya..
Kami sampai di Srinagar jam sudah pukul 10 pagi. Masa turun dari kapal terbang, terus rase sejuk. Perbezaan yang ketara, kalo di Delhi, temperature dalam 32-34 celcius, tp di Srinagar masa tue dalam 5 celcius. Naseb baik aku bawak jaket oren Lily, maka terus aku sarung bila dah masuk bangunan airport.
Macam pergunungan Swiss..
Wow, akhirnya aku dah sampai dan menjejakkan kaki ke Kashmir. Satu achievement untuk diri aku sendiri sebab dah lama aku berangan nak ke sini. Sejak Tahun 2007 kot. Dulu aku tak jadi ke sana sebab mak bapak aku tak kasi coz nak pi sorang, tp kali nie lepas confirm Baby nak ikot aku, maka mak bapak aku lepaskan la juga walau aku tahu dalam hati diorang sebenarnya berat nak lepaskan. Biasala mak bapak kan, lagi satu, dari dalam berita dan surat kabor, banyak tulis yang kashmir nie negara bergolak, bom sana sini, banyak militan dan banyak lagi perkara negatif  lain la.

Beautiful...
Sedikit basic info pasal Kashmir nie, negara ni dipanggil juga sebagai Jammu&Kashmir (JK). Untuk  kawasan Jammu, majoriti penduduk adalah Hindu (66%), Muslim dalam 30% dan Buddha dalam 4%. Manakala Kashmir Valley majoriti penduduk adalam Muslim dalam 95% dan Hindu 5%. Politically memang tak stabil la sebabnya Wilayah Kashmir Valley nie memang sejak tahun 1989 nak minta INDEPENDENCE dari INDIA, tapi India memang tak nak lepas

Yellow area adalah India punya, Green area adalah Pakistan punya, Aksai Chin tue berkongsi dengan China.
Dan untuk info,  JK nie adalah milik India dan separuhnya lagi kawasan Kashmir especially the northern part adalah milik Pakistan. Tapi rata-rata orang di Kashmir Valley nie, diorang memang berpihak pada Pakistan la. Even kalo dalam kriket pon, diorang memang 100% akan sokong team Pakistan. India nie macam musuh diorang la. Mungkin sebab, ramai orang kashmir nie yang mati di tangan tentera India sendiri. Dan banyak juga kes rogol di kalangan pompuan kashmir nie, tentera India terlibat. Dan dari pemerhatian aku di sini, hampir setiap sudut di wilayah Kashmir Valley nie, memang ramai India Army bersepah membuat "kawalan" katanya. Tahun 2010 memang keadaan agak tegang, demonstrasi sana sini dan ada juga yang mati kena bom dan tembak oleh tentera India. Tapi Tahun 2011 dan 2012, keadaan agak aman. Pasal tue, aku berani juga nak datang bumi Kashmir nie.

Untuk info lanjut pasal Jammu&Kashmir nie, sila klik SINI.

Akan disambung kemudian..


15 ulasan:

  1. kami di Pakistan kena ada NOC untuk ke AJK ni. memang susah dan strict nak ke sana. Northern Kashmir tu memang lawa. Part dalam Pakistan ada Skardu, Shigar dan K2. Memang cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. NOC stands for what? Notice of change?

      i dapat bayangkan part kashmir yang pakistan pegang...mesti cantek jugek. tp banyaknye gunung ganang la kan..

      Padam
  2. Cantek sungguh pemandangan di awan biru tu....kagum!OOO tak sangka plak kongsi tiga negara.

    BalasPadam
  3. owh god...cantik sungguh banjaran himalaya tu...sungguh menenangkan! tx for sharing sob sob...

    BalasPadam
  4. speechless tengok gambar permandangan di sana, subhanallah.. cantik!

    BalasPadam
  5. canteknya. Entah bila lah KC dpt pergi.

    BalasPadam
  6. kashmir ni mmg aku kepingin sangat nak pegi. tapi apa kan daya, aku kan sombong masa ko ajak haritu. wuwuwu~

    i'll be there soon~

    BalasPadam
    Balasan
    1. make sure one day to go to kashmir.

      sgt berbaloi..

      Padam
  7. Salam,
    Menarik baca blog awak.Bole share contact no.agent di sana?
    Sy plan nak pegi bulan march ni insyaallah.tq

    Ni email sy: farahdewi80@yahoo.com

    BalasPadam