Selasa, 28 Februari 2012

Sabtu, 25 Februari 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

Rabu, 22 Februari 2012

Isnin, 20 Februari 2012

Once Upon A Time In Universal Studio Singapore 4

Awas: Entry boring takda gambo langsung.

Sambungan Entry dari SINI

Sebelum aku ceritakan apa yang memeritkan itu, aku nak kongsi sejarah hostel arrangement dengan betelbox nie..hehee

Setelah salah sorang travelholic memberi suggestion nama betelbox, aku tak ingat sape, panjang betol thread, maka aku pon try la contact hostel itu, dengan bertanyakan kekosongan hostel itu di tarikh yang kami nak duduk. Tapi belum apa2, banyak gak soklan yang kena jawab:
"Hi  ,
Before we can make you an offer, we wish to have a better understanding of
the nature of the reservation. We will need you to help us answer some of
the questions below:

1) What is the purpose of the group coming to Singapore?
2) What is the age and the gender and the nationality of the guests in the
group? Do you need to split the females from the males. Do you need
exclusive use of the room or would you be able to share?
3) Is there any counterpart in Singapore that is coordinating with you for
this trip?
4) Is there any arrangement that you will like us to assist you in? For
example, transport, meals, attraction tickets?
5) For group reservation, we will be required to collect a Non-refundable
deposit of 50%, will it be alright for you?
6) For the dates required, is the booking for 2 nights or 3 nights? Need to
clarify as check in time is 1pm while checkout time is 10am.
Thank you and we look forward to hearing from you."
Kikikiki banyak kan soklan? aku jawab sumer soklan tue dengan gigih dan akhirnya dapat secure  bunk bed utk 13 orang. Tengok website memang nampak ok, dan lokasinya adalah walking distance, katanya.

**********************************************************************************

Berbalik kepada penceritaan asal, setelah berhempas pulas hampir seharian di USS, dengan tak tidornya dari jam 12am semalam, maka selepas mengisi perut di VIvo city, kami memulakan perjalanan mencari Betelbox hostel. 

Aku call betelbox tanya kat mana hostel mereka dan mereka jawab dari vivo city, ambil train line pepel then exit outraem park. Then change train to green line and exit at paya lebar. Dari paya lebar jalan kaki sekejap jea untuk sampai Betelbox. Kalo tanya orang, mesti senang nak dapat direction dari sana, katanya. Hmmm macam senang dan dekat. kan?

Makanya, setelah mengharungi berbelas2 stesen dan tukar2 train, kami sampai juga di Paya Lebar. Sampai di Paya Lebar, tiada sorang pon di antara kami yang print location hostel tue..huhuhu serius tak teringat langsung aku. Hasilnya menggagau la mencari2. Aku tanya pakcik kat kedai tue, dia tak tau. Then second time tanya pak guard kat mrt station tue, then dia tunjuk arah ke mana nak ke geylang serai. Makanya dengan beg yang terasa berat, kaki yang skrunye memasing dah longgar ditambah dengan muscle pain..kami gerak beramai2. Dari satu junction ke satu junction. setiap 200meter terasa mana la hostel neh. serius rasa sangat jauh. PENAT jangan cakap la..

Malam itu bulan nampak penuh..mestila, semalam kan MaulidulRAsul, 12 RabiulAwal..malam tue 13 RabiulAwal...biasenye bulan penuh setiap 15 haribulan..Menikmati bulan yang hampir penuh sambil memasing gigih menyanyikan nasyid lagu tema MaulidurRasul, ingat2 lupa tapi majoriti tahu nasyid itu. Terasa diberkati okeh! :-)

Jalan punya jalan, berpandukan GPS Cawan...500meter.....800meter.....1km.......1.1km barulah kami sampai ke Betelbox. WOWWW. Super strenuous okeh. Memang tidak di sangka jauh gila tempat itu dari stesen MRT Paya Lebar.

Sampai di hostel, uncle hostel kasi guideline memacam pula..adoi, penat jalan tak abis lagi..ditambah plak ngan lecture dari uncle hostel itu memang agak kureng kena rasanya. sabor jea la. So far bunk bed Betelbox nie lebih kurang ngan hostel yang aku penah duduk tahun lepas. Cuma, shower room yang ada dalam bilik tue memang besar almari laa..hahahha, tak selera aku nak mandi dalam tue. macam tak muat jea. Jadinya, aku opt mandi kat dalam toilet dia yang lagi luas dan ada juge shower. Nak expection tinggi tue tak boleh sangat sebab bayor hanyar SGD 20. The cheapest in town! Takpela..aku abaikan jea sebab nak duduk semalam aja.

Malam tue sebelum tido, aku dengan john, masmona,byya, kak anash, na dan cawan borak2 minum teh dulu di communal area hostel tue. Not bad juga area tue. PC dan  internet ada. Buku2 traveling pun banyak dekat situ. Aku suka gak part communal area dia. Cosy. Borak2 memang bukak crita pasal camera. best juga aku dengor. Diorang tue kebanyakannya expert, memasing pakai dslr. tergoda gak aku nak try pakai, tapi takpe..tunggu jea la dulu.. camera compact yang aku pakai skang, aku tak abis explore lagi. Borak2 sampai pukul 1 pagi juga la.. Gila abis borak, naik atas katil, terus lena... Tak sedar langsung sampai ke subuh. Memang lena tidur. Lepas subuh, boleh plak aku sambung tido balik (part nie memang x seswai)..huhuhu memang masih mengantuk gile, then bangun balik kol 9pagi. ;))

akan di sambung kendian.

Ahad, 19 Februari 2012

Once Upon A Time In Universal Studio Singapore 3

Entry sambungan dari SINI.

Keluar dari Rapid Adventure, kami masuk balik The Mummy Ride. Beratur untuk naik ride ini kali kedua, que nya tak berapa panjang. Jadinya memang lagi best lah! Abis ride, memasing tgk balik gambor, hahahahaa expression masih sama dengan masa first time naik sebelum neh!. Kesimpulan: The Mummy Ride kena masuk jika sampai USS!
i know, i love KL the most! but BETONG is pretty  COOL!
Dari The Mummy Ride,  aku nampak pule THE BIG ROLLERCOASTER, The Battlestar Galactica! Alright, aku memang sangat suka lagi gila kalo bab2 roller coaster besar neh. Terima kasih sangat2 kepada korang yang memang best sangat akhirnya mahu naik bendalah nie. Walopun memasing kecut perut, termasuklah aku neh, tapi dengan gigih naik juge. Really appreciate it and I LAP YOU ALL!!!. Shahrule and the gang naik menda nie berkali-kali. gila ahh ;p

Dari Rollercoaster, kami lalu di depan The Transformer Ride. Adik Icam kita request nak naik lagi benda ni. Well of couse ahkak2 dan abang2 nak masuk lagi jugek! heheee, officer yg jaga que dah calling for the last ride, so kami ingat mungkin tak ramai orang yang que. Nampak dari luar memang x da orang pon..Bila que dah masuk dalam sikit, barulah la tahu betapa panjang lagi que rupanya. aiseh, 30 menet okeh nak beratur lagik. memasing memang gigih! Kesian CIk Ro tunggu kami di luar untuk jaga beg. Cik Ro, JASAMU DIKENANG!  Naik The Transformer Ride untuk kali kedua nie, keterujaannya masih sama dengan the first attempt. MEMANG BEST DAN TIDAK TERKATA. A-MUST-TRY-RIDE if u go to USS!!!
the last pix before rollercoaster ride. the kena tegur soh bawak kluar camera!

monorel rail

Selesai The Transformer Ride, kami terus decide untuk balik ke Vivo City, di mana ada dari setengah team dah sampai ke sana. Perut pun dah sangat lapar. aku makan coklat sedap yang kak COCO bawak dari kenduri kawen semalam jea masa lunch tadik. so pankreas memang agak menggigil dah mase tue, nak MAKAN!! Sampai di Vivo City dengan menaiki monorel, kami terus ke food court dan makan. Aku order noodle, dah tak ingat dah namanya apa, tapi memang sedap!
padat even at nite!

sedap sunggu noodle ini!



Selesai makan, maka bermulalah moment yang sangat memeritkan bagi rombongan Cik Ro di Temasek ini!


at this point of time, we still have no clues on what will happen next..

 to be continued!    


related edition:


                               

Selasa, 14 Februari 2012

Ahad, 12 Februari 2012

Once Upon A Time In Universal Studio Singapore 2

Awas: Entry banyak gambor!

Sambungan anti klimaks dari SINI.

Bila nampak pintu gerbang USS, maka rombongan Cik Ro pun berpusu-pusu masuk ke dalam. YAY!
berduyon-duyon umat manusia..
Dalam USS nie ada 7 theme la semuanya. Ada Hollywood, New York, Far Far Away, Ancient Egypt, Sci-Fi City, Madagascar dan Lost World. Banyak sangat. Tak pegi semua pun sebab banyak masa memang untuk beratur jaaa ;p

Masuk jea dalam, kami terus ke Hollywood. Masuk kedai jual trofi Oscar, tangkap2 gambo sket, tapi belinya idak. kikiki. Apa yang best, diorang x kisah pon kite nak tangkap gambor jea. Tetibe teringat ari tue gie Central Market(CM), then Masmz kena tegur sebab tak bole tangkap gambor. WTH?!
Credit n Tq to John sebab snapkan pix ini. I loikee..
Dari Oscar, kami terus masuk ke Stephen Spielberg section, movie special effect show.



Masa beratur takde la rasa lama sangat. Mungkin sebab excited bergambo segala. Nways, show ni tunjuk setting untuk create major hurricane Category 5. Serious sangat best!. Tak reti macamana nak elaborate tapi cuba tgk Video INI!. Wajib masuk sini jika kamu sampai ke USS.

Dari special effect hurricane show, kami beralih ke hyper-realistic 3D thrill ride pulak, Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle.

Strategy kami untuk tak nak que lama adalah guna que utk Single Ride. Takpe pun kalo tak dapat satu group  masa ride sebab rasanya sama ja. Beratur panjang yang lama adalah lagi seksa dari tak naik ride sesama okeh!


Transformer ride nie memang sangat real seolah2 decepticon tue memang nak kejar n bunuh kita ok! Cuba tengok video ini! dalam video ni gambor yg sepatutnya 3D tue memang tak nampak sangat la sebab camera x pakai 3D glass. erk ;p


Keluar dari Transformer Ride kami ke Ancient Egypt pula.

Yes, The Mummy Ride. Agak skeri juga sebenarnya. Untuk masuk ini kena beratur yang amat panjang. Berbelok-belok, tp ride dia memang agak best!




Abis jea ride memasing nak tgk hasil gambar yang di snap mase tgh ride. Hasilnya? OMG. Overst!!! Pepehal, aku takkan lupa expression muka aku sendiri masa tue..ROTF okeh!

Selesai The Mummy Ride, kami berlegar-legar mengambil gambor di kawasan sekitar. Kawasan theme Shrek "Far Far Away", Madagascar dan Jurassic Park. Sebenarnya masa tue nak try masuk Jurasic Park, tapi que dari luar memang luar biasa panjang, tunjuk waiting time 2 jam. uff... Dalam berlegar tue, cuaca pun memang yang amat panas..Adus berlengas, tapi positif- panas2 tue elok untuk tangkap gambor sebenarnya...


Memasing perut sudah lapar dan kami hinggap di satu restoren fast food dalam Far Far Away. Ada fried chicken, burger and the like. As sebelah paginya tadi aku dah melahap satu pinggan nasi, maka pada masa lunch tue, aku masih kenyang lagi untuk makan heavy meal. Nasib baik cup cake sedap Lily dan coklat goodies kak anash ada untuk memaniskan mulut.

Selesai lunch, kami beratur pula nak masuk Waterworld. Beratur memang agak lama, siap duduk lagi. Terlelap pun ada juga. Tapi bila show start memang rasa berbaloi la masuk Waterworld nie. Sesiapa yang nak basah, silalah duduk di seat kaler biru dan coklat. Confirm korang akan lenjun dengan semburan sesuka hati pelakon2 yang ada sebelum diorang start action Waterworld nie. kikkiki aku selamat sebab duduk kat seat kaler hijau. ;).


Apa yang memang menarik bagi show Waterworld nie adalah aksi real letop meletop dan juga firing. Tengah2 crite tue tetiba ada mini aircraft plak mendarat atas air tue..hahahah walopun aku tak sure atas sebab apa, tapi memang dahsyat la performance nie. Death defying stunts+Sensational live water show!

Ada setengah dari kami yang duduk di seat depan memang basah. Walaupun, diorang dah prepare pakai poncho, tapi tetap basah. huhuhu. Basah tapi enjoyable. Dari waterworld, kami berpatah balik ke The Lost World. Nak juga merasa Jurassic Park Rapid Adventure. Masa untuk beratur adalah dalam 120 minit or 2 JAM!!


 OMG, beratur sangat lama dan berliku2. Aku tak tahu dari mana datang kesabaran untuk menunggu dengan begitu lama, tapi mungkin sebab aku dok beratur dengan travelholics yang tak putus2 ngan cerita klakar yang macam2, maka memang 2 jam tue diabaikan..huhuhu. Untuk naik rapid ride ni kena pakai poncho sebab memang akan basah. Jadinya prepare la apa2 yang patut okeh. Tunggu sampai 2 jam, maka expectation aku pasal adventure yang akan aku dapat memang agak tinggi.




Tapi tue la, ridenya tak berapa menerujakan (bagi aku laa..). hehehee pening kepala ada laa. Cuma part best, ada setengah dari kitorang yang macam kena simbah ngan air gamaknye..kikikiki kesiannnnn..;p. mesti kena sumpah dengan pakcik muka ketat sebab potong que dia..heheheeeee. Nways, i enjoyed the ride most at the end.

Akan di sambung kendian...

related edition:


Khamis, 9 Februari 2012

Once Upon A Time In Universal Studio Singapore

Amaran: Entry ini terlalu panjang aku rasa.

Setelah perancangan yang agak rapi lagi efisyen oleh segerombolan anak2 muda, dengan diketuai oleh Cik Rodiah, maka hari yang ditunggu-tunggu tiba jua.

Untuk kali ini, aku volunteer untuk membawa kereta kecilku. Byya, Kak Anash dan Amy akan sekereta denganku. Dalam jam 10.30 malam, aku dan Amy menjemput Byya yang dengan gigihnya menaiki komuter dari Shah Alam dan lrt utk ke Ampang Park. Setelah menjemput Byya, kami meneruskan perjalanan ke R&R Seremban untuk berkumpul dengan 3 biji kereta yang lain.

Punyela sedap berborak ngan Byya dan Amy pasal "TUTTT", aku tak perasan yang aku dah terlajak dari R&R Seremban..kuang kuang kuang. Serious, aku x familiar sgt R&R yang menghala ke selatan neh, jadinya memang aku tak perasan yang R&R Seremban nie ropenye sgt dekat ngan KL. Jadinya, tempat kumpol kami telah ditukarkan ke Perhentian Senawang. Sorry yea kengkawan. Kami sampai di Senawang dalam jam 11.30pm, disusuli dengan Biqque+Shahrul+Lyn, dan lepas tue Na+Cawan+Icam. Satu lagi kereta tak tau sangkut kat mana. Dalam jam 12 lebih malam juga kami bertolak dari Senawang selepas John+Lily+Masmz+Janggel sampai. Yay!

Kami singgah di Melaka untuk jemput seorang lagi kawan, Kak Anash di Simpang Ampat. Kami singgah di Jejantas Air Keroh untuk isi perut dan melengahkan masa perjalanan. Selepas makan dan borak-borak, kami meneruskan perjalanan ke JB dalam jam 2 pagi lebih rasanya.

Sampai di stesen bas Larkin dalam jam 5.30pagi. Just nice. Subuh di surau best Stesen Bas Larkin, then kami teruskan perjalanan untuk ke Singapore dengan menaiki bas SBS No. 170. Punyela ramai orang beratur naik bas tue. 

 Rege tiket bas dari Larkin-Singapore(Kranji) adalah RM1.80. huh?? Yea, murah jea pasal tue beratur yang amat panjang especially masa dekat Imigresen Malaysia dan Singapore. 2 kali turun bas untuk settle imigresen dan beratur panjang. siap dengan selamber potong que lagik. kuang kuang kuang. tp bile tengok bebetol...mak aih ramai gak yg potong que rupenye..huhuhu. so kurang sket rasa bersalah ;p




Sampai di Stesen MRT Kranji, memasing beli EZLink. Aku top jea sebab kad lama masih boleh pakai. Aku top up $10. Bagi sesiapa yang baru nak beli kad EZLink tue, regenye dalam $12($5 harga card+$7 nilai duit yang boleh dipakai).


Dari Kranji, kami naik MRT North South Line (kaler merah) sampai ke Dhoby Ghaut. Maunye kejang otot kalo berdiri sampai 16 stesen utk ke Dhoby Ghaut ni weh. Then dari sana tukar train  North East Line (kaler purple) untuk terus ke Habour Front, Vivo City.


Sampai di Vivo City sudah jam 9 pagi lebih. Vivo City ni shopping mall sebenarnya. Perut memasing dah berbunyi dan of course lapar sungguh. Kami cari food court di sana, dan lega sgt sebab banyak stall makanan halal kat sana. Aku makan nasi padang terus. Punyela banyak nasinya, aku buleh habiskan. Dah lupe dah nak makan half pinggan jaa kalo time kebulor cenggitu. huhuhu

Selepas perut terisi, kami meneruskan perjalanan ke Universal Studio dengan Train Sentosa Express di tingkat atas Vivo City tue. Senang ja, pepandai ler cari ikut signboard yang ada yea.



Naik Sentosa Express, exit di Waterfront station and yes, akhirnya kami dah sampai di Universal Studio!!!!!!! Walaupun memasing banyaknye tak tido lagi dari tengah malam semalam, mata memasing terus blink2 bile nampak globe USS di luar pintu masuk..huhuhu


So here we go!


p/s: anti klimaks, bersambung di kendian hari..kikikikiki

related edition: