Jumaat, 4 Julai 2014

DIY Umrah Ziarah_ Umrahaj Travel and Service Review

Ini adalah sambungan Entry dari  DIY Umrah Ziarah_ Visa Umrah dan Ground Arrangement

Kali ini aku nak  buat sedikit review tentang agen umrah kami iaitu Umrahaj Travel Sdn. Bhd. Berdasarkan entry terdahulu, ramai benor yang bertanya aku amek agen untuk buat umrah visa dengan siapa? Jadinya, hari ini aku reveal la maklumat berkaitan agen tersebut. Agen ini boleh dihubungi di no. 03-40224444 dan person in charge adalah Haji Lokman. Boleh BUKA SINI untuk terus ke laman web agen tersebut.

Aku percaya pengalaman bagi setiap orang yang ambil dengan agen-agen umrah ini masing-masing berbeza. Serupalah dengan pemilihan wedding planner, wedding photographer dan sebagainya. Ikut nasib, ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi kali ini aku nak cerita pasal arrangement agen umrah kami.

Aku tulis review ini adalah semata-mata bagi tujuan perkongsian atas pengalaman sendiri  dan masing-masing ambil iktibar dengan pemilihan agen umrah mereka nanti. Di samping itu, juga sebagai persediaan mental jika ia mungkin berlaku pada sesiapa yang berminat untuk buat DIY umrah ini especially dengan agen umrah yang aku pakai ini atau mana-mana agen yang lain.

Semasa kami di sana, pengalaman yang kami dapat memang agak menduga kesabaran kami suami isteri. Namun, alhamdulillah, walaupun arrangement yang telah dibuat oleh agen umrah  kami "kacau bilau", tapi perjalanan semasa menjalankan ibadat umrah di Mekah berjalan dengan sempurna. Itu yang penting kan!

Daripada Istanbul, kami menaiki Saudi Airlines dan mendarat terus ke Madinah. So tentatively, kami akan ziarah ke Madinah al Munawarah dan berada di sana selama 4 malam terlebih dahulu sebelum memulakan ibadat umrah di Mekah al Makarramah. Since ini adalah DIY, dan hanya melibatkan kami berdua, secara mentally, kami memang sudah agak bersedia dengan segala kemungkinan, especially en. suami la yang memang cool nak banding dengan aku yang akan terlebih emosi dalam beberapa situasi. huhuu

Dugaan #1:

Apabila kami sampai di airport Madinah, kami dijemput wakil syarikat Muassasah (org arab) yang telah dilantik oleh Umrahaj iaitu Al-Yamama Umra. Memang prosedur di sana, sebelum kita keluar dari airport, Arab Saudi akan make sure kita  ada muassasah yang akan standby di airport dan bertanggungjawab terhadap kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas kita sepanjang di Madinah dan Mekah. Selain dari muassasah, Umrahaj juga telah melantik wakil mereka (2 orang) di Mekah dan Madinah untuk urusan pengangkutan, hotel dan mutawif kami di sana. Jadinya selepas berjumpa dengan wakil dari syarikat muassasah kami di sana, kami cuba untuk contact wakil agen umrah kami di sana, En. X dan Y (melalui Umrahaj). Mereka ni memang telah dipertanggungjawabkan untuk urusan pengangkutan dan hotel kami di madinah tersebut. Malangnya, apabila cuba dihubungi, line macam tak clear dan bila cuba dihubungi berkali-kali, telefonnya telah OFF terus. Haaaa, saspen tak???

Jeng jeng jeng. Kami inform muassasah kami tentang org yang sepatutnya bawa kami dari airport ke hotel tidak dapat dihubungi. Setelah muassasah try call hamba Allah yang 2 orang itu pun gagal, maka dia pun just panggil teksi sapu di airport yang sentiasa standby di situ, untuk bawa kami ke hotel yang telah "dibooking terlebih dahulu" oleh agen umrah kami sebelum ini. Pada waktu itu, malam dah agak lewat di sana. Badan memang dah letih. Maklumlah, masa di Turki memang kami all out sepanjang 8 hari di sana. So bila jadi perkara2 yang tak dijangka macam ni, especially di tanah suci ni, memang kena sabar je la kaedahnya. Nak cakap sembarangan pun kena berpada-pada. Makanya, kami tanpa berlengah bersetuju je la naik teksi sapu yang ada di situ. Niat memang nak sampai cepat ke hotel dan berehat. Tambang teksi dari airport ke hotel telah dibayar oleh wakil muasasah kami itu. Haa bagus kan depa. Nasib baik tak kena bayar sebab kami dah bayar RM 2,100 kepada agen umrah di Malaysia untuk  pengangkutan yang sepatutnya mereka uruskan di Madinah dan Mekah.

Dugaan #2:
Berbekalkan salinan confirmation emel dari Haji Lokman Umrahaj untuk hotel penginapan kami di Madinah, kami terus menuju ke hotel dengan teksi sapu. Sampai di hotel, seorang lagi wakil syarikat muasasah kami dah standby di sana in case jika ada masalah lain di sana yang muncul. Bila kami try check in dan tunjukkan salinan confirmation emel untuk hotel booking, receptionist hotel itu tak boleh nak terima. Katanya, booking kami dan nama En X dan Y yang terdapat di dalam confirmation emel itu tidak sah dan pihak hotel tidak recognize. Seolah-olah tiada booking telah dibuat untuk hotel tersebut untuk kami berdua. Jeng jeng jeng sangat kan?? hehee.

Kami cuba contact En. X &Y lagi in case kalo hp mereka dah ON balik. Tetapi malangnya masih tidak dapat dihubungi. Pada ketika ini, aku memang dah nak start naik angin. Tapi aku senyap jea la. En Suami je yang cool. Muassasah kami pesan, "dont worry, we will find another hotel for you tonight".

Kami dibawa ke satu hotel lain, yang kebanyakan jemaah yang hire depa directly, duduk di situ. Keadaan bilik yang available memang agak mengecewakan, dengan berabuk dan tidak bersih seperti dah lama tidak dihuni. Kami minta supaya cadar dan selimut diganti sebab tahap kemiangan memang tinggi. huhuu. Disebabkan badan sudah terlalu penat, kami menerima seadanya dan berfikiran positif jea la..maklumla kebanyakan masa akan diisi di masjid dan hotel hanya tempat untuk tidur sahaja. Nways, kami tinggal di hotel tersebut sepanjang kami berada di Madinah.

Dugaan #3:

Akan di sambung kemudian :-)

Rabu, 2 Julai 2014

Im so back In KL

hi hi hi,

Terasa lama sungguh tidak menjenguk rumah di sini. Entry Umrah DIY pun banyak yang tertangguh. huhuu. Akan cuba diusahakan untuk dihabiskan jika berkesempatan.

Ramadhan tahun ini agak berlainan dari tahun-tahun sebelum ini.

Ramadhan tahun ini, aku sambut sebagai seorang isteri. and yes, i am heavily pregnant now. 7 months. :-)

alhamdulillah dah 2 hari berpuasa, semuanya berjalan lancar. Aku baru dapat bertukar kerja ke Kuala Lumpur. Sangat bersyukur sebab di saat-saat ini, aku memang nak suami aku dekat dengan aku. cukuplah hampir 2 tahun aku berkhidmat jauh dari keluarga dan orang-orang tersayang.

Tempat kerja baru, logistiknya ada sedikit cabaran. Kalau dulu masa di sri iskandar, nak ke pejabat, punch jam 8am, 7.50am baru nak kuar dari rumah. Sekarang, kena keluar rumah seawal jam 6.45am untuk mengelakkan tersangkut dalam traffic jam yang maha dahsyat area Jalan Dungun-Semantan, Damansara ini. Dan satu lagi masalah besar bekerja di kawasan ini, adalah parking. Amat susah nak dapat parking even yang berbayar pun. Daily parking dalam rm36/hari. Monthly parking yang mungkin available sekarang (itu pun waiting list) dalam rm250/month. haih.. Buat masa sekarang, aku dihantar dan dijemput oleh en. suami. Tapi mungkin untuk sementara waktu. Ada 2 option yang ada jika satu hari nanti dapat parking space di kawasan ini.

1. Driving ke pejabat dengan kos estimated monthly dalam rm 500 (minyak:rm150, parking:rm250, tol: rm100) 

2. Guna komuter dari batu caves sampi ke taman wahyu station, then car pool dengan ofismate dengan kos estimated monthly dalam rm 200 (train tiket: rm100,  park & ride: rm100)

Tak banyak pilihan yang ada kan? Nak tak nak, memang kena harung juga.

Apa-apahal pun, yang penting, family dekat dengan aku sekarang. Itu yang terbaik!

Nways, Salam Ramadhan al Karim kepada semua. :-)