Ahad, 31 Julai 2011

Experiencing Temasek aka Singapore 10: DuckTours Wacky Quacky!

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Kehangatan bola dengan team Harimau melawan Singa yang lepas menaikkan kerajinanku untuk menyambung entry Experiencing Singapore aku nie. Kali ini aku nak share mengenai  Duck Tour. Kalau sebelum ini aku dapat panorama river cruise seperti di SINI dan SINI, kali ini aku nak cuba tengok dari angle yang lain, melalui laluan lautnya pula.

Source
Kenapa dipanggil DuckTour? Sebab tour nie cover jalan di darat dan air. Macam itik la..bole keja orang dengan laju di darat dan kejar itik betina di air dengan laju gak ;p
Nways, kenderaan yang diguna untuk Duck Tour ni pun comel sebenarnye.

Semangat sungguh memasing!

Ok, besar sungguh kereta itik ini. Survived Taufan Katrina!









Waktu kami naik DuckTours dalam pukul 6 petang dah. Pasal tue agak kelam jea awan masa tu. Afterall, aku enjoy trip duck tour nie. Especially masa dia nak masuk dalam air dari darat. Confirm sesiapa yang duduk seat sebelah KIRI akan basah dengan percikan air laut yg masin itu. Jadinya, kalo korang naik bende nie in near future, ambil port sebelah kanan yea. kalo tak basah macam aku nanti. Anyhow, walau basah tapi best!

:)

Sabtu, 30 Julai 2011

Bukit Tabuh, Ulu Kelang a.k.a Klang Gate Quartz Ridge

Jika kamu berjalan menghala ke Hulu Kelang, kamu pasti akan nampak bukit ini dari jauh. Dari MRR2 memang agak jelas.

Source
Nampak dari jauh memang  melazatkan. Iya, agak menggeramkan bagi seorang pendaki. Pada aku, bukit ini bukan sebarang bukit. Di antara bukit yang agak sukar untuk aku daki.

Agak bahaya jika tidak berhati-hati.

Batu-batu yang tajam membuatkan tanganku bercalar-calar.

Tetapi, panorama yang dapat kamu lihat dari atas bukit itu memang sangat cantik. Berbaloi-baloi bagi setiap peluh yang telah dikeluarkan.

Dalam pendakian menuju ke puncak bukit, kamu akan nampak pemandangan sebegini...
Klang Gate Dam
Kawasan perumahan Taman Melawati juga akan kelihatan semakin tinggi anda daki.

Taman Melawati compound
Di antara spot2 yang menggayatkan. Kaki aku ada sedikit menggigil masa lalu kawasan ini. Kiri kanan adalah 80% steep drop. Tapi alhamdulillah, aku dapat atasi rasa gayat itu dan meneruskan pendakian.

Dangerous Ridge
Batu-batu yang harus dipanjat memang tajam. Tak percaya, tengok sendiri. Bukit ini sebenarnya bertahtakan batu Quartz. Pasal itu nama bukit ini Quartz Ridge. Ramai orang ingat, batu yang orang nampak dari jauh ni adalah limestone/batu kapur. Tapi sebenarnya tidak. Limestone yang nampak di KL ini hanya terdapat di Batu Cave. Limestone yang lain semua berada bawah tanah.
The Quartz
Bila sampai di puncak bukit, vegetation yang ada juga berlainan. Rumput yang ada di atas sana macam carpet. memang agak berbeza keadaannya dari bukit/gunung lain. Itu yang membuatkan bukit ini special. 

yay!
Aku ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak bukit. Iya agak panjang sebenarnya masa yang aku ambil untuk sampai. Banyak kali aku berehat sebab laluannya agak memenatkan. Mental dan fizikal.

Kalo korang berminat untuk daki bukit ini, aku suggest korang naik awal pagi dalam pukul 7.30am. Sebab KL nie, asal petang jea hujan kan. Lagipun, sangat bahaya kalau naik masa hujan. Sangat slippery, kalau jatuh memang..hmm fatal.

Oh yea, entrance untuk start pendakian adalah di Taman Melawati. Cari Puncak Niaga punya substation. Ada banyak kereta parking di situ dan laluan masuk memang agak tersorok. Cuba tanya local people, kalo tak jumpa.

Till then.





Jumaat, 29 Julai 2011

Khamis, 28 Julai 2011

Rabu, 27 Julai 2011

Jumaat, 22 Julai 2011

shipwreck..

tah kenapa tah zambrotta plak ade di sini.

hari itu kami berjumpa.

perjumpaan kedua bagi tahun ini.

pelik.

keadaan diri dia lebih sihat,

berbanding bulan februari yang lepas.

tetapi masih kurus dan nampak tidak terurus.

meruntun rasa kasihan di hatiku.
 
rambut dia semakin panjang,
sudah boleh diikat.

lebih menampakkan rupa persis orang Rom di atas.

dalam hati, aku rindu dia yang dulu, tapi apa yang telah berlaku begitu menyakitkan. Perlu gagah untuk tutup buku itu.

the end.

Khamis, 21 Julai 2011

Pre-KoreaBackpacking 6: Car Rental in Jeju

Ini adalah entry sambungan sesuka hatiku dari SINI.

sedar tak sedar sekarang dah nak masuk hujung bulan Julai. Bulan depan sudah mula berpuasa dan sebulan lepas itu EidulFitri. and after that, bermula jelajahku yang seterusnya.

Dalam sebulan nie, aku gigih mencari lubang dalam mendapatkan harga yang paling murah untuk menyewa kereta semasa di Jeju nanti. Jeju nie saiznya 3 kali ganda dari Langkawi. Besar juga sebenarnya. Pasal itu aku prefer untuk menyewa kereta bila tiba di sana. Bole terjah memana sesuka hati.

Namun, setelah aku skodeng sana sini, aku rasa agak mahal juga harga menyewa kereta di sana. Mungkin sebab nanti aku divide bertiga sahaja dgn teman2 aku. Di antara quotation yang aku dapat dari Hertz:
Compact Car type : (CDAR) Hyundai Avanti Auto or similar
Total Rental Rates : KRW 136,800.00 per unit for 02 rental days (lebih kurang dlm RM394.00)
Rates inclusions :
Unlimited Kilometres, Taxes, Personal property insurance and Loss Damage Waiver(Subject to damage excess KRW 300,000.00) only.

Rates exclusive (Must pay / Can purchase at local Hertz office) :
An additional equipment:- (Suggest to add on upon reservation)
* Infant / Child
* GPS system (Korean language version only)

Important Items to note :
- An International driving license is required for driving in South Korea.
- Driver must present an International driving license (present together with national driving license) to local Hertz officer upon car pick up.  (Contact person Allyssa Lee, E-mail : alyssalee@discover-kul.com)
Alright, last note untuk driving di Jeju itu yang membuatkan aku terus menguburkan niat aku untuk berroad trip semasa di sana nanti. Ingin memandu di Korea nie, perlu ada International Driving License. Itu yang lecehnya. Kalo di Australia or New Zealand, translated Malaysian Driving License sudah memadai (harga dalam RM12 shj, valid for lifetime)

Tapi di Korea, perlu ada lesen international. Kalo nak amek, harga dalam rm250** dan valid for 1 year. Hmm rasa macam tak berbaloi la pule.. so aku tukar plan aku, instead of road trip, aku akan guna public transport yang ada di sana dengan sepenuhnya. Aku rasa aku akan bergantung penuh dengan bas yang ada. Well, tengokla macammana nanti.

till next time.

(Updated) **Ada kesilapan info di sini. Actually bayaran utk dptkan permit memandu di oversea adalah RM150 utk setahun. Untuk info lanjut boleh click SINI.

Rabu, 20 Julai 2011

smokers out there.

Situasi: Lunch di cafe bangunan sebelah. 

A Fully air-conditioning cafe.

TETAPI, ada juga spesis manusia yang mahu merokok kat tempat itu. 

Apa ke jenis agaknya manusia yang macam ni. Terpampang Sign Kawasan Larangan Merokok. Bajet bila merokok kat tepi tingkap (yg dibuka sikit), asap rokok itu pandai la tak pegi ke tempat lain, terus keluar bangunan. Agak-agak kalo dah 10 ekor “hansaps” buat macam tue, dapat agak tak macammana keadaan café beraircond itu. 

Wahai spesis manusia yang sebegini, tolongla berkesedaran sivik sikit.  

Janganla jadi bodoh lagi sombong lagi angkuh.  Please la,

DO NOT LET OTHER PEOPLE BREATHE WITH YOUR SMOKE..

haihh..

Isnin, 18 Julai 2011

RIVER OF LIFE (ROL): Let’s Play Our Part Now!

"The Klang River and Gombak River have the potential to become a revitalised waterfront area for social-economic activities and spur high-value investments by leveraging on its central location as well as the surrounding key heritage buildings such as Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Central Market, Petaling Street and Masjid Jamek,"
"Once RoL is fully realised, the public can do things like bicycle safely and seamlessly from Titiwangsa to Brickfields, take part in various water activities, enjoy the many public and green spaces along the waterfront and benefit from the economic activities and investments in the area."
~ KL Mayor Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Do you know that the public will have a 20 per cent say on which master plan to adopt in KL City Hall's "River of Life (ROL) International Master Planning Competition"?
 
Just click HERE.
 
Connect yourself with Facebook and VOTE!
I think this approach is very interesting. You can view the submissions and participate in the voting system.

Oh, I just voted for X! hehee. Why don’t you make your vote count? FYI, voting will be closed at precisely 12.00am on 28th July 2011. Hurry hurry!!!

Isnin, 11 Julai 2011

Mind Vs Parachute

The word "parachute" comes from the French para, meaning "to prepare for" or "to protect against," originally from the Latin parare, and chute, the French word for "fall," and it was originally coined, as a hybrid word which meant literally "that which protects against a fall," by the French aeronaut François Blanchard (1753–1809) in 1785.
Source
Minds are like parachutes, they only function when they're open.

Jumaat, 8 Julai 2011

Khamis, 7 Julai 2011

JOJO: My Beloved OKU pet

Kali ini punye entry aku nak share pasal kucing aku yang bernama Jojo. Jojo ini berumur dalam setahun lebih la.. Macam dalam peringkat remaja kalo ikut umur kucing.
Inilah Jojo permata hati kami sekeluarga.
Hari itu hari Isnin. Malam itu dia ada buat hal. Jadi aku ade agak marah la sikit kat dia. Marah-marah sayang la tapi kan. Biasela kucing kan. Kalo tak curik2 ikan or lauk memang tak sah kan. So malam itu, ade la termarah sikit kat dia. Lepas tue, aku buka jea pintu depan, dia terus meluru keluar dari rumah. Panggil2 tak jawab. Hmm berjalan la tue. Maklumla jantan kan. Tapi biasenya malam dia jarang keluar. Tapi malam itu dia keluar. Besok kot baru balik.

Keesokan pagi  Hari Selasa, dalam Jam 5pagi, kami dikejutkan oleh suara ngiawan kucing yang nyaring dan kuat. Tanpa berhenti ok. bebetul kat tepi tingkap bilik aku. Adik lelaki di bilik sebelah pun keluar untuk tengok. Dan amat mengejutkan, Ia adalah kucing kami JOJO. Apabila ditengok dengan betul-betul, Ya Allah, kaki sebelah kanan hingga ke panggal peha sudah tiada. Hancur.
Keadaan dia mase itu memang agak lemah. Tapi masih mampu berjalan. terhencot-hencot. Darah dia memang sudah kering, tiada lagi darah mengalir. Kami suspect kaki dia kena gilis dengan motor. Cuma tak sure pukul berapa dia eksiden nie sebab, luka di kakinya itu telah kering. Walau dekat mana berlakunya eksiden itu, dia kuat semangat untuk balik ke rumah mencari kami. Hmm sangat sedih mengalir air mata bila teringat-ingat masa itu. Pandangan mata dia memang sayu. Memang meminta kami untuk merawat dia ketika itu.

Jadinya dalam jam 8pagi, ayahku telah membawanya ke klinik haiwan. Doktor cuba untuk mencuci luka kakinya yang sudah hancur itu dan advice untuk membuat minor operation. Kami bersetuju. Namun, operation terpaksa ditangguhkan sebab tekanan darah Jojo begitu rendah ketika itu. Boleh mati jika diteruskan. Mungkin sebab terlalu kepenatan. Doktor suruh bawak balik dan kembali ke klinik untuk pembedahan pada Hari Khamis (Hari Rabu klinik tutup). 
Bila dibawa balik ke rumah, Jojo memang semakin lemah. Walaupun doktor ade bekalkan ubat, tapi dia memang tak mahu makan. Bukan saje ubat,  makanan dia pun dia tak lalu untuk jamah. Air pun dia tak mau minum. Sedih sgt keadaan masa itu. Sepanjang menunggu hari khamis itu, dia memang tak mau makan dan minum. Kami memang paksa dia utk minum dengan memasukkan air dalam mulut. Bila dia mengiaw, apa yang boleh kami buat hanya mengusap kepala dia sampai dia tido balik. Kami tahu dia memang dalam kesakitan. 
Hari Khamis yang ditunggu tiba. Jojo sepatutnya dibedah hari itu. Tetapi, apabila diperiksa, tekanan darah dia masih rendah. Risiko mati yang sgt tinggi jika proceed dgn pembedahan. Doktor advise utk bawak balik dan datang kembali ke klinik hari Isnin minggu depannya. Mungkin tekanan darahnya  sudah tinggi sedikit bila hari Isnin nanti. Alright aku semakin risau. Di samping itu, aku perasan yang kakinya itu semakin membusuk. Tulang paha dia yang terkeluar itu memang menyebabkan hati semakin sayu bila melihatnya. Kami tanya doktor apa alternatif lain yang kami boleh buat. Doktor itu ada suggest, untuk dibawa ke Hospital Universiti Veterinar (UVH) di Serdang. Dekat sana memang ada menyediakan wad untuk haiwan2 kesanyangan nie. Cuba ongkosnye memang agak tinggi.

Hari Jumaat, kami nekad untuk bawa JOJO ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad. Doktor di UVH check dan inform pembedahan hanya boleh dibuat hari Isnin nanti. Sementara itu, semasa rawatan di dalam wad, blood test akan dibuat dan JOJO akan dimasukkan air sebab dia masih tidak mahu makan. Kami setuju dan tinggalkan dia di situ. Aku tengok doktor dia pun memang macam penyayang pada kucing. So aku agak konfiden untuk tinggalkan JOJO di situ.
Hari Ahad kami datang untuk melawat JOJO di wad. Bila kami masuk wad, dan dia nampak kami, dia terus mengiaw. Hmm memang agak sebak. Kami menggunakan masa melawat selama sejam itu dengan sebaik-baiknya. Aku memang agak lega sebab, dia sudah mahu makan walaupun sikit. Jadila, sebab semasa di rumah dia memang tak mahu makan langsung. Di samping itu, tiub berselirat juga sebab badannya dimasukkan air.
Masa di dalam wad, baru aku tahu, bermacam juga penyakit yang boleh kucing dapat. Ada yang masuk wad sebab demam(OMG, sayang gile kot tuannya sampai demam pon nak masuk wad), ada yang sakit buah pinggang tapi banyaknye sakit batu karang la, kencing berdarah.
Jojo semasa kami melawat di hari Ahad (sehari sebelum pembedahan)
Hari Isnin, 6 hari selepas eksiden, JOJO telah selamat dibedah. Aku hanya boleh datang melawat pada hari Selasa, keesokan harinya.

Jojo selepas sehari pembedahan. Kaki kanannya telah dipotong hingga ke pangkat peha.. Sedih.. Yang berbalut itu adalah untuk tujuan masukkan air.
JOJO yang kuat semangat untuk terus hidup.
Hari Rabu, Jojo sudah boleh discharge dari hospital. Kami bawa dia balik ke rumah dan fully nursing oleh ayah aku dah sudah pencen.
Si manja JOJO selepas 2 minggu pembedahan.
Sayang dia.
Hari ini selepas hampir sebulan pembedahan, dia semakin sihat. Sudah boleh berlari dan memanjat kembali. Memang agak sedih melihat keadaan dia yang sudah cacat, tapi kami semakin sayang dia.

Jahitan pembedahan semakin tidak kelihatan. Jojo saya sudah sembuh 100%.
Harap2 tiada lagi insiden yang tidak diingini terjadi selepas ini.

Ahad, 3 Julai 2011

Final Wimbledon 2011: Nadal Vs Djokovic

Alright, here we go. Its been almost 2 weeks since the tournament started. And tonight is the climax. Wimbledon 2011, the Finale. Will be played by both outstanding players, the unbeatable Nole Djokovic (unofficially:he's currently the World No. 1) and my longtime-sweetheart, Rafa Nadal. ;)

huhhh berdebar-debar neh..

1st set:
9.13pm: 1st game begins with Nole starts serving!
9.21pm: 1-1
Nole is doing well to defend his game. Rafa started to return serving well. but his backhand seems a bit weaker at the moment. Crashed on net twice already. Anyhow, still tight now.
9.30pm: 2-2
First volley from Nole. Nice one. so does Rafa's. beautiful as well.
9.38am: tight 3-3
Game is getting interesting. Nole holds his game beautifully. Ace and another ace by Rafa. Powerful service but at times, Nole still can return it very well. nways, game still tight.
9.46pm: 4-4
Drop volley by Nole. Beautiful working in front of net. Nole holds his game. Rafa's serve is getting even more stronger. beautiful angle from Nole to get the 30-15. Then 30-30. Pressure on Rafa thou. 40-30 with Nole leads. Seriously im nervous. and wow..
9.56pm: Nole win the set, 6-4.

2nd Set:
oh dear, rafa has chance to lead the next game but dont use it properly. Nole holds his game. Unforced error by Rafa is getting increased. at times, long return out of the baseline. and 40-30 with nole leads. and hmm i dont like this..
10.08pm: Nole leads with 2-0. Alamak, its an emergency for Rafa fans.
Rafa saves few points. but thats not enough. Nole is playing very good at this time. Put a lot of pressures on Rafa. Nole holds his game. still leads with..
10.13pm: 3-0
Nice two aces from Rafa. I dont know how he handles the pressure. and he holds still.
10.17pm: Rafa wins his game but Nole still leads with 3-1.
rafa is trying his best to seal the game but Nole is too good to hold it.
10.21pm: Nole still leads with 4-1.
Spectacular returns from Nole on the line. Unforced error by Rafa again, weak backhand. Hmm Nole really plays good points at this moment. and again, 
10.26pm: Nole leads 5-1. Honestly i am puzzled. What happen to Rafa actually.
Less intensity from Rafa i guess. Unshackable play by Nole and he seals the game.
10.28pm: Nole wins the set with 6-1. Outstanding play by Nole actually. Flawless!

3rd set:
Disbelieved, yes. I am expecting Rafa to fight back.
alright Rafa, for this set u really need to bring it on. u have to win this set or else, Nole will win the final match in straight set. And i know its not an easy task.
10.34pm: Rafa leads with 1-0.
and yes, Rafa breaks the point for the first time in the match. and..
10.40pm: Rafa leads with 2-0.
10.41pm: Rafa still leads with 3-0.
Unforced error by Nole increased. But he gives good serve. hmm tweening Rafa not working this time la pule..Nole holds on.
10.47pm: 3-1, with Rafa still in the lead.
Rafa is getting more comfortable in his game. He seals it. Fighting at his very best. (He has to!). First double fault of the match from Nole and Rafa has the advantage.
10.57pm: Rafa still leads with 5-1.
40-0 and,
10.59pm: Rafa at last, win a set. 6-1

4st set:
ok, u still need to win this set Rafa. or else you will loose this final match. i know you are in great pressure now, but i hope that u can handle it very well. U always do it before, and hope that u will be able to do it again, now.
Nways, back to the game.
To win the first game with Nole on serve is very important. Rafa is fighting  for it. but just not enough. Just not yet. Nole holds his game. On the other hand, forehand Rafa went long. and he failed to seal his game. So unlucky for u Rafa.
11.12pm: Nole leads with 2-0
Good serve by Nole but surprisingly, Rafa managed to seal the next game. oh dear, crucial part of the game in this set. Rafa has to seal one more game to get on track. and he managed to hold on. Thank God.
11.20pm: its tight 2-2
Nole is trying to win his next game. But Rafa is doing the same thing. Better chance to win this set if he can get a break point. But Nole holds on. Either way, its Nole now try to seal Rafa's game. Good service by Rafa helps him to hold on.
11.30pm: still tight 3-3
Nole starting with good-awesome serve,difficult for Rafa to return it. Good service game thou. And Nole holds it again. Rafa better do the same thing in the next game or Nole will seal it. But Rafa did his first double fault at this hour. Not good dear, not good.  0-40 with Nole in the lead. This is very dangerous for Rafa. I think Rafa need to do an ace. but he didnt. oh dear..Rafa loose his game.
11.38pm: Nole leads with 5-3.
I think at this time Nole couldn't wait to win his game. Backhand Rafa stuck in the net. 30-15. Rafa try to hold 30-30. 30-40..hmm championship point for Nole. and he made it.
11.43pm: 6-3, Nole wins his first Wimbledon title. 

So unlucky for Rafa. but Nole deserves it. He played better tennis tonight. He's too determined to win his first Wimbledon. He outplayed Rafa very well.

Alright Rafa, thats not the end of your world yet. I still love you thou.

His last words at the match:
Congratulations Novak for today and an amazing season. Wimbledon for me has always been the most special tournament, when I won for the first time the emotion was very high so I know how that feels for Novak today. Thank you for the organization and everyone who makes this tournament possible. It's a dream to have been in the final but it wasn't my day. I will try again next year. 
YES, YOU WILL RAFA! *HUGS*