Khamis, 7 Julai 2011

JOJO: My Beloved OKU pet

Kali ini punye entry aku nak share pasal kucing aku yang bernama Jojo. Jojo ini berumur dalam setahun lebih la.. Macam dalam peringkat remaja kalo ikut umur kucing.
Inilah Jojo permata hati kami sekeluarga.
Hari itu hari Isnin. Malam itu dia ada buat hal. Jadi aku ade agak marah la sikit kat dia. Marah-marah sayang la tapi kan. Biasela kucing kan. Kalo tak curik2 ikan or lauk memang tak sah kan. So malam itu, ade la termarah sikit kat dia. Lepas tue, aku buka jea pintu depan, dia terus meluru keluar dari rumah. Panggil2 tak jawab. Hmm berjalan la tue. Maklumla jantan kan. Tapi biasenya malam dia jarang keluar. Tapi malam itu dia keluar. Besok kot baru balik.

Keesokan pagi  Hari Selasa, dalam Jam 5pagi, kami dikejutkan oleh suara ngiawan kucing yang nyaring dan kuat. Tanpa berhenti ok. bebetul kat tepi tingkap bilik aku. Adik lelaki di bilik sebelah pun keluar untuk tengok. Dan amat mengejutkan, Ia adalah kucing kami JOJO. Apabila ditengok dengan betul-betul, Ya Allah, kaki sebelah kanan hingga ke panggal peha sudah tiada. Hancur.
Keadaan dia mase itu memang agak lemah. Tapi masih mampu berjalan. terhencot-hencot. Darah dia memang sudah kering, tiada lagi darah mengalir. Kami suspect kaki dia kena gilis dengan motor. Cuma tak sure pukul berapa dia eksiden nie sebab, luka di kakinya itu telah kering. Walau dekat mana berlakunya eksiden itu, dia kuat semangat untuk balik ke rumah mencari kami. Hmm sangat sedih mengalir air mata bila teringat-ingat masa itu. Pandangan mata dia memang sayu. Memang meminta kami untuk merawat dia ketika itu.

Jadinya dalam jam 8pagi, ayahku telah membawanya ke klinik haiwan. Doktor cuba untuk mencuci luka kakinya yang sudah hancur itu dan advice untuk membuat minor operation. Kami bersetuju. Namun, operation terpaksa ditangguhkan sebab tekanan darah Jojo begitu rendah ketika itu. Boleh mati jika diteruskan. Mungkin sebab terlalu kepenatan. Doktor suruh bawak balik dan kembali ke klinik untuk pembedahan pada Hari Khamis (Hari Rabu klinik tutup). 
Bila dibawa balik ke rumah, Jojo memang semakin lemah. Walaupun doktor ade bekalkan ubat, tapi dia memang tak mahu makan. Bukan saje ubat,  makanan dia pun dia tak lalu untuk jamah. Air pun dia tak mau minum. Sedih sgt keadaan masa itu. Sepanjang menunggu hari khamis itu, dia memang tak mau makan dan minum. Kami memang paksa dia utk minum dengan memasukkan air dalam mulut. Bila dia mengiaw, apa yang boleh kami buat hanya mengusap kepala dia sampai dia tido balik. Kami tahu dia memang dalam kesakitan. 
Hari Khamis yang ditunggu tiba. Jojo sepatutnya dibedah hari itu. Tetapi, apabila diperiksa, tekanan darah dia masih rendah. Risiko mati yang sgt tinggi jika proceed dgn pembedahan. Doktor advise utk bawak balik dan datang kembali ke klinik hari Isnin minggu depannya. Mungkin tekanan darahnya  sudah tinggi sedikit bila hari Isnin nanti. Alright aku semakin risau. Di samping itu, aku perasan yang kakinya itu semakin membusuk. Tulang paha dia yang terkeluar itu memang menyebabkan hati semakin sayu bila melihatnya. Kami tanya doktor apa alternatif lain yang kami boleh buat. Doktor itu ada suggest, untuk dibawa ke Hospital Universiti Veterinar (UVH) di Serdang. Dekat sana memang ada menyediakan wad untuk haiwan2 kesanyangan nie. Cuba ongkosnye memang agak tinggi.

Hari Jumaat, kami nekad untuk bawa JOJO ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad. Doktor di UVH check dan inform pembedahan hanya boleh dibuat hari Isnin nanti. Sementara itu, semasa rawatan di dalam wad, blood test akan dibuat dan JOJO akan dimasukkan air sebab dia masih tidak mahu makan. Kami setuju dan tinggalkan dia di situ. Aku tengok doktor dia pun memang macam penyayang pada kucing. So aku agak konfiden untuk tinggalkan JOJO di situ.
Hari Ahad kami datang untuk melawat JOJO di wad. Bila kami masuk wad, dan dia nampak kami, dia terus mengiaw. Hmm memang agak sebak. Kami menggunakan masa melawat selama sejam itu dengan sebaik-baiknya. Aku memang agak lega sebab, dia sudah mahu makan walaupun sikit. Jadila, sebab semasa di rumah dia memang tak mahu makan langsung. Di samping itu, tiub berselirat juga sebab badannya dimasukkan air.
Masa di dalam wad, baru aku tahu, bermacam juga penyakit yang boleh kucing dapat. Ada yang masuk wad sebab demam(OMG, sayang gile kot tuannya sampai demam pon nak masuk wad), ada yang sakit buah pinggang tapi banyaknye sakit batu karang la, kencing berdarah.
Jojo semasa kami melawat di hari Ahad (sehari sebelum pembedahan)
Hari Isnin, 6 hari selepas eksiden, JOJO telah selamat dibedah. Aku hanya boleh datang melawat pada hari Selasa, keesokan harinya.

Jojo selepas sehari pembedahan. Kaki kanannya telah dipotong hingga ke pangkat peha.. Sedih.. Yang berbalut itu adalah untuk tujuan masukkan air.
JOJO yang kuat semangat untuk terus hidup.
Hari Rabu, Jojo sudah boleh discharge dari hospital. Kami bawa dia balik ke rumah dan fully nursing oleh ayah aku dah sudah pencen.
Si manja JOJO selepas 2 minggu pembedahan.
Sayang dia.
Hari ini selepas hampir sebulan pembedahan, dia semakin sihat. Sudah boleh berlari dan memanjat kembali. Memang agak sedih melihat keadaan dia yang sudah cacat, tapi kami semakin sayang dia.

Jahitan pembedahan semakin tidak kelihatan. Jojo saya sudah sembuh 100%.
Harap2 tiada lagi insiden yang tidak diingini terjadi selepas ini.

18 ulasan:

  1. :(

    pengajaran utk dua2 pihak

    huhuhu..wpun aku penggeli kucing
    aku sgt simpati dgn nasib JOJO..

    BalasPadam
  2. nicely written mas, mengalir air mata aku baca.
    sedihnya cerita ni, Jojo mmg kucing yg beruntung. walaupun pd awalnya mcm takde hrpn tp aku rasa dia pun kuat smgt sbb u sekeluarga sygkn dia. insya Allah hanya Dia yg akan membalas jasa baik u sekeluarga. pernah kan dgr cerita psl pemuda yg bantu seekor anjing yg haus? wallahualam. semoga Allah membalas semuanya. ameen~ :)

    BalasPadam
  3. ko memang manusia yg baik hati Mas.

    i always knew.

    Jojo sangat bertuah. :)

    BalasPadam
  4. sedihnya MN baca.
    ternanges sudah.
    semoga Jojo terus sihat
    owh..kucing ni comel kan?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Bertuah Jojo dapat tuan macam anda!!

    Macam mana Jojo berjalan/berlari??

    BalasPadam
  7. @BDC:

    kalo ko penggeli kucing, aku plak sangat alergik ngan kucing. Gile gatal hidung aku lepas main2 dgn dia. tp tue la kan, kucing nie kan comel.

    BalasPadam
  8. @fatt:

    itula fatt, dia pandang direct tau kat mata kita. memang sebak mase tue. tp alhadulillah, sengat dia pun kuat juge utk survive, kalo tak mesti dia takkan balik ke rumah cari kami lepas eksiden tue..
    aku rase kalo ko berade di tempat aku pon ko akan buat bende yg sama juga Fatt. Ehsan pada binatang..

    BalasPadam
  9. @GB:

    ko pon akan buat mende yg sama kalo kucing ko parah macam JOJO. percayela..

    BalasPadam
  10. @miss nina:

    itula, so far positive. operation yg berjaya tanpe ade komplikasi lain.cuba dia sekarang agak pasif dan masih fobia dengar bunyi kucing menjerit kuat. mungkin dia teringat mase dia eksiden ari tue kot..

    BalasPadam
  11. @daddy Z:
    thnx, sekarang nie kalo dia berjalan memang terhencot2 la. agak slow. cuma kalo berlari dia laju. pelik kan.

    BalasPadam
  12. vahhh, tido terbongkang jojo tewwww.. ehehe

    BalasPadam
  13. @en_me:

    skang nie dah tak berape nak terbongkang dah..

    BalasPadam
  14. kak mas, sedeynye. sian sgt jojo. tp slalu kucing mmang kuat smangat hdup. kucg2 ayi kebanyakannye mati sbab batu karang. mmang rsau sgt bile kucg x lalu makan, tp nk wat cane dah die xde slera.. bgus la jojo makin sembuh. fighting jojo..!

    BalasPadam
  15. bertuahlah jojo ada insan yang sayang dia cam mas. sapa yang sayangkan haiwan, dia orang yang penyayang. dari pemerhatian akak sendiri. Mesti jojo tak rasa kekurangan sebab ada tuan cam mas yang sayang dia sangat.

    BalasPadam
  16. salam kenal...
    kesian jojo... dah hilang sebelah kaki..nasib tuan lagi menyayangi dia daripada duit...
    kucing yg demam tu bukan deman biasa kot...

    kalau doc tu x sayang haiwan dia takleh jadi doc haiwan.. hehe...

    BalasPadam
  17. bertuah nye Jojo.. kesian kat dia..untung jojo surrounded by loving people :)

    BalasPadam