Memaparkan catatan dengan label learning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label learning. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2011

BerTidorus or BerTadarus?

Pix Source
Tadi aku ada singgah ke laman web Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sedikit maklumat ingin aku kongsi di sini perihal amalan  tadarus.

Bukan tidorus yea. :)

Sedikit info berkaitan amalan tadarus yang amat digalakkan untuk mengisi masa terluang semasa bulan yang penuh berkat ini.

Apa yang dimaksudkan dengan Tadarus?

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud) 
Sumber: Al-Jami’ As-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 7776 (Soheh)

Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).

Ganjaran nya?

Dari sudut pahala, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama –yakni seorang membaca dan yang lain mendengar-, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud);
“Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran
(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)
Sumber: Al-Jami’ as-Soghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 9165 (Soheh)

Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah). Firman Allah (bermaksud);
 “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204).
Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)
Sumber: Al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, hadis no. 8425 (Dhaif)
Banyakkan faedahnya? Jom kita rebut sama2 ganjarannya.

Jangan rasa rendah diri jika kamu gagap dalam membaca al-quran. Gunakan sesi tadarus macam ini untuk polish mana2 yang patut. Takkan sampai bila-bila mahu gagap kan.. At least, kalo dapat ajar anak sendiri mengaji hingga lancar membaca al-quran dah cukup besar dah maknanya. Kan?

Untuk info lanjut, boleh klik SINI.

Khamis, 16 Disember 2010

Selasa, 14 Disember 2010

its ok' for not being a SUPERWOMEN..

lilin membakar diri..

Tengahari nie baca surat kabar, agak tertarik dengan satu artikel dalam NST :

Pertaining to how to strive balance in life for career women, particularly those who are married and have children in hands.

In juggle things between career and family, whatever role you are in, focus on it and dont stress over your other roles. What i always see is, women are also always subordinating themselves to other people's needs, especially at office. They are afraid to offend, upset or dissapoint others, and the result is an imbalance in their lives because they know how to give but not know how to receive. At some points, women always eager to please but what they really need to is - learned to let go the habit. For instance, when it comes to a crucial decision, women need to stood their ground instead of taking the route that would please others.

At few cases, women work hard but fail to make their bosses realise just how much they do. They then end up frustrated and resentful when those who dont do much get promoted. Its very important that women not "buy into" the things people say about them. When people put u down, its always because they have low self-esteem, and the article suggests we can deal with such negative people in three ways. First option, u can have nothing to do with them- eliminate them in your life. Secondly, if you cant do the first option, try to minimise contact with them. Thirdly, put on an "invisible shield" so you have the ability to deflect the negatives things which come their way.

At this point, yes, theres little we can do to control what people dish out to us, but we can always choose how we are going to react to it. Isnt it?

First task:

After finished your work hour, can you keep your mobile phone "switched off" from any job-related thingy..?

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kadang kala PERASAAN itu datang..

Bulan ini sudah Oktober dan lagi beberapa bulan untuk mengakhiri Tahun 2010. Mengikut perkiraanku, kalau nak diikutkan hanya tinggal lagi 9 bulan untuk aku mengakhiri zaman 20-anku dan menganjak ke-30-an. Sedar tidak sedar, masa memang berlalu begitu pantas.

Rutinku seharian, bekerja dan balik dari kerja everything sudah ready. Makanan dan segalanya. Aku amat bertuah, masih tinggal bersama keluargaku. Dan mereka ada di sampingku pada setiap masa dan ketika. Aku memang senantiasa berada di comfort zone ini sepanjang perjalanan hidupku ini. Syukur kepadaNya.

Walaubagaimanapun,ada ketikanya, bila umur semakin meningkat, persepsi pemikiranku serta kehendakku untuk hidup secara sendiri akan datang sekali sekala dan semakin kuat. Bukannya tidak mensyukuri segala keselesaan yang ada pada masa sekarang tetapi aku kira ia lumrah kehidupan, apabila sudah sampai tahap usia tertentu, kita ingin hidup di atas tapak sendiri dan belajar untuk rasa hidup berdikari. Aku pernah meminta izin dari keluargaku untuk menyewa di luar dan cuba hidup berdikari beberapa tahun lepas, walaubagaimanapun, tidak semua orang boleh faham akan kehendakku yang satu ini.

Tiba-tiba aku berangan;

Nanti bila sudah ada rumah sendiri, aku akan:

1. cat umah kaler putih, feature wall kaler biru.
2. seating L-Shape sahaja. Perabot takkan banyak. Menyemak sahaja sebab rumah pun bukannya besar mana.
3. Tv kena ada walaupun tengok pun jarang-jarang.
4. Ada satu ruang dinding untuk gantung gambar yang di snap sendiri dan di frame dengan white frame. (Kesan terpengaruh dengan ke-kreativian Emmy dan Ayu dalam menggunakan pic sendiri semalam. Korang aku masih bersin sampai sekarang ni. Adus..sengsara..)
5. Set bilik tidur kaler putih.
6. Rumah akan banyak gantung cermin sebab mahu nampak kesan ruang rumah yang lebih luas.
7. Dapur pun simple sahaja. Set dapur warna hitam. Meja makan pun muat untuk sorang dua sahaja.
8. Ada satu ruang ilmiah untuk aku bekerja.
9. Balkoni yang ada satu dua pokok dan ada benches untuk menikmati keindahan malam dari tingkat 23
10. Kunjungan kerap dari adik-adikku serta mak ayahku ke rumahku yang akan memeriahkan suasana walaupun aku tahu setiap hujung minggu pasti aku balik ke rumah mereka untuk menumpang kasih :)
Mak: Apa susah, kalau nak hidup berdikari, cepatlah decide untuk menikah. Mak tak kisah mas nak pilih sesiapa pun. Mak terima.


Aku: Bukan semudah itu mak.. Ada banyak lagi ingin kukecapi sebelum masa itu sampai..

Ahad, 3 Oktober 2010

ADA APA DENGAN JOGJA: Borobudur

Entry on Jogja ni adalah sambungan kepada Part 1 dan Part 2. Agak berkurun juga sambungannya dari entry-entry jogja yang lepas sebab jogja-travel-journal hilang sebelum ini(letak tah kat mana). Anyhow, its never too late to compose something about Borobudur, an icon for Jogja. 


Semasa lawatan, kami telah dieskot oleh Pak Sony..tourist guide kami untuk Borobudur ni. Dah lebih 20 tahun dia kerja di sini dan based on his extensive explaination regarding the place, we know how the place meant so much on him.


tetap berkobar2 walau panas terik..

mas dhani yang senantiase pandai mencari angle2 best utk foto2 kami

Ini la dia Pak Sony. He's a proud Muslim. Dan his perspective on the candi memang berbeza dr tourist guide yg lain. So kalo ade peluang ke sana, request la dia utk dijadikan guide. Free promo nie.

Pemandangan dari atas candi. Secara amnya, candi nie tempat penganut Buddha bermeditasi. Setiap tahun, bulan Mei, Hari Wesak akan disambut di sini.

Ini adalah stupa. Bahagian paling utama candi di akan dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Dan setiap patung buddha tersebut terletak dalam stupa yang berlubang2 nie.

Ok, this part is beautifully narrated by historian. Keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah. Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap bentuk boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan diterima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan.

A glimpse: Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Resulted anak luar nikah.

So the community di sekeliling akan bercerita dari satu mulut ke satu mulut yang lain dan setersnya menyebabkan perbalahan and so on.
Dan seterusnya..hukuman dijatuhkan di dunia dan ade juga arca2 hukuman yang diterima di 'dunia selepas kematian'. Agak menarik actually. It shows dat not onli Islam promoted healthy social relationship between man and female. Even semua agama juga melarang SEX BEFORE MARRIAGE.

Lengkungan nie memang cantik.

aha, sempat lagi. ;)

OMG: hey both of you, lain macam jea genggaman tangan..ngee

Satunya patung yang tidak berada di dalam stupa. Tak ingatla reason being.
With miss Raina.



Memang senantiasa khusyuk...


Ok, we have done with Borobudur. Background belakang merupakan stupa utama simbolik kepada pengabdian seorang Buddha yang berada di tahap yg tertinggi.


entry jogja seterusnya akan menyusul kemudian..