Memaparkan catatan dengan label wishes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wishes. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2011

Eid Mubarak!

Eid Mubarak bagi kawan-kawan Muslim sekalian.

Mohon maaf jika ada kata2 yang aku tulis dalam blog picisan nie tanpa sengaja mengguris/menyakitkan/etc hati korang semasa membacanya. Mohon maaf di atas setiap keterlanjuran kata.

Aku biasala, tetiap tahun kami sekeluarga akan balik ke Bkt Chandan, Kuala Kangsar. Opah dan sedara mara di sana sedia menanti kami tetiap tahun untuk balik beraya. Malam nanti baru bertolak. Agak2 highway Plus Utara-Selatan jem tak? (consider soalan pandai ka nie?)

Nways,Seumpamaya, masjid Ubudiyah sedang menggamit2 neh.
Source

Ada sesiapa yang solat raya di Ubudiyah tahun ini?

Isnin, 1 Ogos 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Bulan istimewa ini telah tiba lagi,

Mari kita sama-sama rebut segala peluang yang ada,

selagi hayat masih ada, peluang itu mari kita guna dengan sebaiknya,

kerana, kita tidak tahu adakah kita berpeluang untuk menikmatinya tahun depan...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan al Kareem..

Kepada rakan-rakan Muslim sekalian, selamat menjalani ibadah puasa dan moga2 tahun ini punya Ramadhan membawa sejuta keberkatan dan rezki yang melimpah ruah bagi sesiapa yg begitu menghayatinya..

Ameen..

Khamis, 9 September 2010

Salam EidFitr Kepada Semua Teman-teman Muslim sekalian..

Hari yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba. Besok Hari Raya!

Tahun nie kami sekeluarga balik Kuala Kangsar lewat sket. Biasanya 2 hari sebelum raya mesti dah balik. Sebabnya ayahku serta adik lelakiku, turn cuti tahun nie lepas raya. So malam nie, InshaAllah jika tiada aral, kami akan bertolak ke hometown ibuku di Bukit Chandan,Kuala Kangsar. 

Balik kampung kali ini yang agak lewat bukan alasan untuk kami escape menyediakan juadah makanan raya di kampung nanti. Jadinya sejak malam semalam kami anak beranak dah potong-potong bawang dan blend apa-apa yang patut..Untuk raya tahun nie kami akan masak Rendang Ayam sebab orang di kampung plan nak sediakan Rendang Kerang dan Lemang.

dan pagi ini, sejak awal lagi kami dah start masak. 

Segala bawang+serai+lengkuas etc yang telah diblend..


Sampai la kering..Memang berejam ngadap rendang nie..
.....

........

terliur tak? 

Lepas nie nak packing baju untuk berangkat ke kampung lepas iftar nanti. Hopefully highway tak la jem masa balik nanti..

Kuala Kangsar..nantikan kedatangan kami sekeluarga tengah malam nanti..:))

Masjid Ubudiah ade sentimental value yang tersendiri bagi penduduk tempatannya. Dan disinilah, arwah atukku disemadikan..

Anyways, SALAM EID FITR kepada kalian semuanya. Terima kasih sebab meluangkan masa menjengok blog yang tak seberapa ini..
Till then, semoga bergembira di samping orang-orang tersayang di hari yang ditunggu-tunggu ini. Jaga pemakanan sebab statistically proven, ramai orang kena ghaot+jantung lepas raya nie..Begitu juga kes diabetic meningkat. Bagi sesiapa yang menggunakan lebuhraya, berhati-hati memandu..