Selasa, 26 April 2011

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser: Entiti itu ada di situ.

Last weekend, aku bersama keluarga tercinta telah menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser, Pahang. Aku sewa satu bilik besar di Banglo A dengan harga RM58 semalam. Murah kan? Jika anda kakitangan kerajaan, bolehlah book online dari SINI.


Memang cantik kawasan rumah peranginan persekutuan itu. Tenang dan damai. Perfect place for bird watcher macam aku ini.


Pagi itu, masa sebelum pukul tujuh pagi dalam jam 6.55am, aku berjalan-jalan di luar kawasan banglo untuk menghidup udara segar pagi Fraser Hills. Di samping itu, aku sempat juga terhendap-hendap mencari burung-burung yang mula bising berkicauan di kala pagi itu. Waktu itu, matahari sudah timbul tapi kelam-kelam sahaja. Kabus dingin memang meliputi hampir keseluruhan kawasan luar banglo itu.


Sangat tenang.


Adik aku duduk mengereng di satu pondok/wakaf luar banglo. Aku snap satu gambar dia ketika itu. Tidak kusangka, aku tersnap juga gambar hamba Allah yang lain..

Keseluruhan gambar, bila tengok jea gambor ini, terasa macam asal macam ada 2 orang?

then, gambor di zoom lagi.., alamak..asal macam banyak jea rambut adik aku nie sbb rambut dia nipis jea. nak ikutkan dia ikat kemas rambut dia ala2 poneytail pagi tue..

bile zoom lagi dan lagi..hmm alamak nampak pula mata,tanduk dan rambut entiti itu..,
Takpe, dia makhluk Allah jua.
Terus meremang kan..?

56 ulasan:

  1. Adik u cakap apa? dia ada rasa tak kehadiran entiti?

    Saya tak tahu nak komen apa..maybe betul ada hamba Allah tu..maybe optic effect aja..

    Kalau bukan gov servant, boleh sewa tak?

    BalasPadam
  2. alamak...

    takutnyaaa.. tak berani la pegi fraser hill

    hehe

    BalasPadam
  3. hishhhh! memang meremang!

    penah pegi sini tp long long long long ago!

    masa tu umur MDT baru 9 thn..skrg anak pun dah 11 thn..haha! lama gilerrr

    BalasPadam
  4. hehe fraser hill memang banyak heheheheheehehehhehehe

    BalasPadam
  5. Terima kaseh kerana memberi tahu uncle kat mana yg tak sepatotnya bercuti....

    BalasPadam
  6. pernah dengar pasal kat FH mmg ada benda alah tu. tapi ko berjaya snap secara tak sengaja. hm.

    harap2 dia tak ikut korang balik rumah~

    BalasPadam
  7. @daddy ziyyad:
    adik saya idokle rasa apa2. biasala, kita menumpang tempat dia sebenarnya..

    rumah nie hanya untuk staff kerajaan saje daddy Z.

    BalasPadam
  8. @h4ni3:

    alamak jangan la takut ke sana. takpe, asalkan makhluk tue tidak kacau kita..

    BalasPadam
  9. @MDT:
    lame tueeeeeeeeeee sejak umor 9 tahun?

    BalasPadam
  10. @ayu:

    cube ko tgk file asal pix tue yang aku email kat kot..geeeee

    BalasPadam
  11. @bujal:

    book jea la..best tau trekking dalam hutan kat sana..

    BalasPadam
  12. @gedek:

    eh jangan la macam tue uncle..

    BalasPadam
  13. @GB:

    aku harap pun macam tue GB. moga2 dilindungi Allah.

    BalasPadam
  14. fraser baru sekali pergi. akak suka sangat kat sana , tapi hari tu pegi sekejap je.meremang bulu roma akak nengok gambar tu, mas.

    BalasPadam
  15. @kak ida DDC:

    itu la kak..saya yg menagkap gambo itu lagi seriau..

    BalasPadam
  16. entiti tu blkg adik hg ke? aku nampak tanduk je..bijik mata aku tak nampak..takpela, tak nampak lg bagus kang takleh tido.

    aku skip la FH pasni. takpun pegi balik hari. huhu~

    BalasPadam
  17. bergambar dengan entiti?
    bole masuk cite alam misteri nih!

    BalasPadam
  18. eh, nyah suka citer2 seremm ni mak... nak tengok original copy buleh?

    mmg meremang terus off lappy masa nyah baca entry ni jam 1 pg tadi...euwww... siang2 12tghari ni berani la tenung2. hahaha

    BalasPadam
  19. @fatt:

    entiti tue ada kat depan adik. macam bertindih dia dok depan. yang konfem rambut kat depan tue memang bukan rambut adik aku. gambor ori pix nampak jelas la..aku boleh emelkan kalo ko teringin mau tengok..

    tapi takpe, bole jea pegi lagi sebenarnya. sebab dia tak ganggu pun kita. selagi kita jaga apa2 yang patut. Sebelum nie dah bayk kali ke sana buat trekking and bird watching tp x penah plak nak tido kat sana. balik hari ja. tp bila dah tidor ari itu, tertangkap pula gambor entiti itu. kebetulan saje.

    fraser hill, one of my feveret hillstation.

    BalasPadam
  20. @akak gorjes:

    tertangkap kak...hmmm

    BalasPadam
  21. @kish:

    x mau la..nanti takut ade scandal la plak..hahhaha

    BalasPadam
  22. @ckNorm:

    bole jaa, meh kasi email kat aku.

    eh aku wanita tulen dan bukan mak orang. :)

    BalasPadam
  23. salam...
    cuma nak tanya, bilik besar tu sesuai utk berapa orang? saya ada 3 anak, agaknya selesa tak amik bilik besar...
    dan bleh memasak tak kat situ.1st time pi RPP BF nih...

    cerita tentang entiti nih, di memana saja mmg ada. amalan yg selalu saya buat, sebelum masuk bagi salam & cakap je kita nak menumpang sehari dua dlm rumah tu. yang penting jgn wat maksiat & buat kotor. insyaAllah takde apa gangguan.

    kpd tuan blog, thanks for info.

    BalasPadam
  24. @kenoi:

    saya sekeluarga 7 orang mase duduk di bilik besar itu. MUATTT sgt! :)

    and yeah, boleh masak. peralatan masak semua lengkap.

    nanti i buat satu entry interior bilik itu yea.

    :)

    BalasPadam
  25. seram la mas.. isk..adakah itu penyebab hotel ini murah?

    BalasPadam
  26. @fatin:

    bilik nie murah sebab rumah peranginan persekutuan, bukan sebab keras ke apa. jgn riso..

    BalasPadam
  27. mas, boleh akak pinjam gambar? nak maklum kepada riders group akak yang kaki tegar naik fraser LOL :)

    BalasPadam
  28. @kak jay:

    sila sila, bole kasi tunjuk kat geng yang lain..mana tau next time entiti ni bleh tumpang membonceng kat belakang..kalo nak gambo asal pun bole, tinggalkan emel add, nanti saya forward.

    BalasPadam
  29. thanks mas.. akak dah post gambar tu kat closed forum since kami pun tahu fraser hill adalah terbaek nak test jentera sambil layan corner corner sempit itu... reaksi diorang? jum ramai ramai naik fraser lagi..huhu... ingat nak insaf tapi lagi seronok nampak gaya... by the way, one of the Seekers team member pun kawan rider kami jugak.. dia pun impress dengan gambar entiti ni... manalah tahu selepas ini ada liputan kat sana? jeng jeng jeng!

    BalasPadam
  30. @kak jay:

    jeng jeng jeng.....

    tetibe saya rase seram sejuk.....

    BalasPadam
  31. alo cik. kalo saya plan bulan mac ni nak pergi fraser hill, sempat tak book rumah persekutuan tu?

    aini,
    intan kiara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x sure pula kalo lap sebulan, u just go thru website n check is there any available room to book. biasanya dah takda, tp who knows? dalam website dia semua ada.

      Padam
  32. cube tgk btol2 pic tu... tu pic daun la.. haha... blkang tu bru gurl.. bla bertindih, dgn chya yg x sberapa tu yg nmpk mcm tu... effect je tu.... dont worry...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami dari sandakan sabah pernah bercuti d fraser hill pada tahun 2009. kami tinggal di silver park selama 5 hari 4 malam tapi tak terasa punmenyeramkan yang kami rasa kedamaian, ketenangan dan kesyukuran dengan keindahan ciptaan Allah tapi mungkin kami tinggal di tempat yang berbeza dengan tempat tadi. Syukur alhamdulillah kami tidak mengalami kejadian yang menyeramkan tu klu tidak, tak seronoklah percutian kami.

      Padam
  33. ooo..saya tgk dlm web bph..umah baglo ni semalaman rm200

    BalasPadam
  34. alamak nk cari tmpt menarik kt fraser hill terus nmpk gmbr ni..dh la mmg tdo kt situ lak tu

    BalasPadam
  35. Kak n abg.. kite nie kat dunie bkn manusia je....ade jgk makhluk len...samada yg nmpk or ghaib....so x heranlah klu akk n abg sume nmpk bnde gitu...asl kan kite x kcau dye...klu x kcau bnde tu pon x kcau....bak lata pepatah 'lu langgar wa pecah'

    BalasPadam
  36. Biasala tu..dia pon makhluk Allah jgk..tp tempat ni nmpk mmg cantik..indah dan tenang..bagi saya,pedulikn lah ttg entiti tu..klo nk ikutkn..kat mne2 pon ada..saya jgk seorg gov servant..so tempat ni adalah pilihan saya utk honeymoon for my 2nd wedding..hihi..bkn kawin 2 tau..tp kawin utk kedua klinye setelah menduda..bestnyee..sejuk n sunyi..tempat idaman ni..BalasPadam

    BalasPadam
  37. Satu lg nk tanya..water heater n air kat sini ok tk?..sbb saya bru blik dri rrp cameron..kebanyakan bilik water heater rosak n air utk tgkat atas perlahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa saya pegi ni no problem dgn water heater. semua berfungsi dgn baik :-)

      Padam
  38. Saya skg ni ada dlm banglo rrp blok A ni...skg waktu saya mnulis feedback ni pukul 12.08 pagi atas katil bilik A1..sebelah je ngan pondok tu..hari ni hari kedua..alhamdulillah..xde apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis..boleh masak.ke.kat sana..ada petu ais yer..

      Padam
  39. Aku rasa tu bunga dengan daun je. Depan tu kan ada bunga bertangkai panjang.

    BalasPadam
  40. salam bro. byk kenangan aku dok sini sbb aku site engineer projek ni selama lebih 8 bulan pada tahun 2000 sehingga siap sepenuhnya. projek ni pernah terbengkalai seketika dan kompeni tpt aku kerja buat kerja2 sambungan segingga siap. Ttg entiti ni aku rasa dah rezeki Kau dpt gamba dia. Kat banglo ni masa pemasangan perabot seorg pekerja cina histeria sampai di azan baru dia sedar. Ptg tu kami mg dh ajak subcon ni tido kat kongsi tp dia x mau.

    Mmg best lepak sini pengalaman x dilupakan. Sejuk mlm2 kami tiap mlm pasang unggun api.

    BalasPadam
  41. Pernah tido sorg dlm bilik banglo ne,tp tido xberani atas katil....selimut / bantal semua tarik bawah dan tido pun xtutup lampu.....baca2 jg sebelum tido

    BalasPadam