Sabtu, 18 September 2010

Ada apa dengan Lambor dan Ikan Tapahnya..

 Gambar nie diambil di simpang masuk ke kampung, tak perasan bile dibina tp tahun lepas pegi takde lagi kot..

Raya tahun nie berkesempatan untuk membuat Raya Tour ke Kampung Gajah, Pulau Tiga dan berakhir di Lambor pada Hari Raya Ketiga. Sanak sedara-ku memang ramai di daerah Perak Tengah ni. Tp yg ramainya di Lambor la. Nak ikotkan susur galur family ayah dan dan mak adalah dari Lambor. Cumanya atukku (sebelah mak) telah berhijrah ke Bkt Chandan, Kuala Kangsar atas sebab memudahkan beliau untuk urusan nobat di istana.

Anyways Ada Apa Dengan Kampung Tua Batu 16 neh?

Kampung Tua ialah sebuah kampung yang terletak di tengah perjalanan di antara Pekan Bota Kanan ke Pekan Baru Kampung Gajah di Parit.

Jarak antara Pekan Bota Kanan ke Kampung Tua, Batu 16 ialah 8 km dan dari Pekan Baru Kampung Gajah ialah 12 km. Kampung Tua merupakan sebuah perkampungan Melayu yang tertua di dalam Mukim Lambor Kanan. Ini adalah dipercayai bahawa bermulanya sejarah pembentukan kampung ini oleh Sultan Muzaffar Shah (1). Mempunyai bilangan penduduk seramai 850 orang yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian, bekerja di sektor Kerajaan dan Swasta.

Sejarah kampung ini (Wikipedia):

Asal nama

Sekembalinya rombongan Pembesar Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Sumatera bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Pertama yang dijemput menjadi pemerintah Negeri Perak yang pada ketika itu tiada mempunyai Raja. Di dalam perjalanan modek melalui Sungai Perak dari Betin Beras Basah untuk mencari tempat tempat bersemayam, Baginda telah mengenal pasti suatu tempat yang didiami beberapa keluarga. Baginda telah memberhentikan perjalanan dan mendarat ditebing Sungai Perak dan menamakan tempat tersebut sebagai Kampung Tua.

Lagenda ikan tapah
Ikan tapah.jpg
Lagenda ikan tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja.

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.

Bermulanya Kisah

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ia menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Ayam

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.

Pertarungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya. Dan di pihak Sultan pula, Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:
Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.
Ikan tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.

Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. 

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ia berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. 
Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.

******

Sejauh mana kebenarannya?!  Kami ingat dongeng semata2 cerita nie tapi bila dah terkena dengan saudara dekatku baru terkedu. Sebabnya, ayah saudaraku (adik kepada ayahku) telah termakan ikan tapah sebelum ini. Setelah di sapu dan minum air penawar rendaman Emas Kerongsang Ikan Tapah tu, alhamdulillah surut gatal kulit yg dialami (Dengan izin Allah). 

Agak pelik tp mungkin benar! Wallahualam..

10 ulasan:

  1. i like this entry k.mas.btw thanks 4 shearing =))

    BalasPadam
  2. salam,

    ada cite raya, asal-usul, cite rakyat, mitos macam-macam ada hehe..

    BalasPadam
  3. @nurul: Thanks for the visit. Nanti nak tulis pasal nobat Perak pule ;)

    BalasPadam
  4. @en_me: ape yang dighitew-kan itu..? ;)

    BalasPadam
  5. @penjejak maya: crite pak kaduk tue, Wallahualam. Tp adalah kisah benar bile pakcik saya terkena gatal2 dan cari smpai ke kampung penawar itu..haih pelik kan?

    BalasPadam
  6. pasal keturunan yg ada kena mengena dengan ikan tapah tue mmg ade..

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    BalasPadam
  7. aisbatu2003

    Tak minat ke cari salasilah keturunan kalau ada kena mengena dengan waris Tok Kadok ni ?

    BalasPadam
  8. @aisbatu:

    minat juga, tp rasenye satu kampung tua batu 16 tue memang satu keturunan pun.. di antara jiran2 tue sedara mare juge kalo tak silap..

    BalasPadam