Khamis, 9 September 2010

Salam EidFitr Kepada Semua Teman-teman Muslim sekalian..

Hari yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba. Besok Hari Raya!

Tahun nie kami sekeluarga balik Kuala Kangsar lewat sket. Biasanya 2 hari sebelum raya mesti dah balik. Sebabnya ayahku serta adik lelakiku, turn cuti tahun nie lepas raya. So malam nie, InshaAllah jika tiada aral, kami akan bertolak ke hometown ibuku di Bukit Chandan,Kuala Kangsar. 

Balik kampung kali ini yang agak lewat bukan alasan untuk kami escape menyediakan juadah makanan raya di kampung nanti. Jadinya sejak malam semalam kami anak beranak dah potong-potong bawang dan blend apa-apa yang patut..Untuk raya tahun nie kami akan masak Rendang Ayam sebab orang di kampung plan nak sediakan Rendang Kerang dan Lemang.

dan pagi ini, sejak awal lagi kami dah start masak. 

Segala bawang+serai+lengkuas etc yang telah diblend..


Sampai la kering..Memang berejam ngadap rendang nie..
.....

........

terliur tak? 

Lepas nie nak packing baju untuk berangkat ke kampung lepas iftar nanti. Hopefully highway tak la jem masa balik nanti..

Kuala Kangsar..nantikan kedatangan kami sekeluarga tengah malam nanti..:))

Masjid Ubudiah ade sentimental value yang tersendiri bagi penduduk tempatannya. Dan disinilah, arwah atukku disemadikan..

Anyways, SALAM EID FITR kepada kalian semuanya. Terima kasih sebab meluangkan masa menjengok blog yang tak seberapa ini..
Till then, semoga bergembira di samping orang-orang tersayang di hari yang ditunggu-tunggu ini. Jaga pemakanan sebab statistically proven, ramai orang kena ghaot+jantung lepas raya nie..Begitu juga kes diabetic meningkat. Bagi sesiapa yang menggunakan lebuhraya, berhati-hati memandu..
 

Related Posts:

  • Salam EidFitr Kepada Semua Teman-teman Muslim sekalian..Hari yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba. Besok Hari Raya! Tahun nie kami sekeluarga balik Kuala Kangsar lewat sket. Biasanya 2 hari sebelum raya … Read More
  • A Must Try Famous Amos Choc Chips Recipe!Agak terlewat untuk entry biscuit raya nie. Tapi nak share juge sebab choc chips yang aku baru buat semalam menjadi. Minggu lepas ade try satu recipi … Read More
  • Sate Padang Kg BharuIni adalah Sate Padang. Memang enak dimakan dengan kuah yang harus banjir. Memang glurp.. Sate Padang ini telah diperkenalkan oleh teman baikku Ayu ya… Read More
  • PotLuckSRamadhan kali ini, aktiviti berbuka puasa di luar agak berkurangan kalo nak compare dengan tahun2 lepas. Bagus juga macam tue, bole save budget and fo… Read More
  • KEBAB -booom!pix: Doner Kebab @ Mandurah, WA. Normally could cost you around $8.90 for each.  Kebab adalah  makanan yang sering di cari-cari oleh pengemb… Read More

2 ulasan:

  1. salam aidilfitri juger wat akak mas ittewww.. ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin, maaf zahir batin dr me yg jauh dimata..

    BalasPadam