Selasa, 28 Disember 2010

Apabila Jupe mahu dedah dada..

Dalam berita harian hari ini di ruang "berita dunia" ada menyelitkan berita mengenai :

"Jupe Mahu Pakai Seksi Kacau Pemain Malaysia" 
JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok. Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Berita lanjut boleh klik sini.
Hmm, macam itu pula kaedahnya..

.

Apa yang aku nampak, inisiatif beliau ini bukannya akan mengganggu tumpuan Harimau Muda kita, tapi cuba menjatuhkan maruahnya sendiri. Tidak kiralah dia itu seorang Muslim ataupun tidak, tapi tindakan beliau ini merendahkan martabatnya sendiri sebagai seorang wanita. Aset indah yang ada digunakan untuk perkara-perkara sebegini? Adus..amat murahan donk!

Harapnya, tidak adalah artis atau mana-mana perempuan Malaysia yang akan "menyeksikan diri" untuk mengganggu tumpuan Pemain Indonesia pula besok. Very low girl, very low..

p/s: tak selera aku nak insert image si jupe itu..

12 ulasan:

  1. haha. pn mas tak payah susah-susah fikir pasal maruah la. saya baca pun nak tergelak. adakah akan terganggu konsentrasi pemain? ape, dia ingat padang bola tu sebesar katil king size dia kah? adeh.

    p/s - saya ingat orang yang duduk sebelah dia pun pandang dalam padang tonton game, apatah lagi orang yang main game tu. hehe

    BalasPadam
  2. eleehhh.. aweks2 malaysia lg ramai yg cun2 huhuhu xyah la kut nk pakai taktik kotor sebegitu utk menang.. xkn pakai seksi dorg leh sumbat 10 gol huhuhu

    BalasPadam
  3. @redTupai:
    entahnye, konfiden sungguh dia.

    BalasPadam
  4. @cik fiza:
    mmg ramai aweks malaysia yang cun, tapi ceweks indonesia juga ramai yang cantik-cantik, tp lagi cantik jika tahu batasannya. ye dak?

    BalasPadam
  5. dia mesti tak penah baca fakta: lelaki akan melebihkan bola berbanding perempuan walau ketia itu perempuan tu sedang berbogel sekalipun.

    goblok!

    BalasPadam
  6. @GB:

    menarik fakta ko nie. baru aku tau beb ;p

    BalasPadam
  7. @BDC:

    hahaha sabo jea la kan. bajet cantik bangat la dia,,,,

    BalasPadam
  8. Terlebih perasan pulak Jupe nih :)

    BalasPadam
  9. @GLava:
    yes, she is. Minah kontroversi la katakan..

    BalasPadam
  10. wahh i like GB nye statement huahahahaa

    BalasPadam
  11. cikFiza: Gb baca kat dalam Cleo. kikiki!!!!

    BalasPadam