Ahad, 27 Februari 2011

Saman Ekor, terkena juga rupanya.

Di akhir penghujung Februari ini sebelum 1 Mac,

saman trafik (jika ada) lebih baik dilangsaikan, jika tidak nilai samannya akan berganda.

Sudah hampir 5 tahun aku memandu kereta sendiri, tapi tidak pernah aku disaman.

Tadi tanpa sebarang niat aku telah berlayar ke laman sesawang MyEg.

Pergi ke pautan PDRM. Masukkan nombor kad pengenalan. dan,

DAMNED. rupanya ada satu saman pada 1.11.2009 di Kuala Krai jam 10.30am.

tak pernah pula surat saman sampai ke rumah. Saman ekor pun kenalah sampai saman itu ke rumah.

Kesalahannya, SPEEDING. Berapa had laju yang telah aku langgar? Pelik aku.

Rasa tak puas hati pun ada.

Rasanya ramai lagi tak orang selain aku yang tidak puas hati dengan saman ekor yang macam ini.

Macammana nak tentukan memang aku yang memandu masa itu? Kesalahan yang disabit perlu ada bukti.

Gambar pun tak ada.  Kenapa tidak ditahan semasa masa kejadian jika benar aku telah melanggar had laju yang dibenarkan.

Sistem saman ekor sebegini memang tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan di Malaysia ini.

Pemberitahuan kepada pesalah pun tidak dibuat selagi kita sendiri tidak cuba cari maklumat itu.

Hmm apabila sesuatu perkara itu agak mencurigakan dan tidak diterima oleh orang awam, ianya perlu diubah.

Kenapa perlu lagi berada di takuk yang lama?

8 ulasan:

  1. pelik betul kan sistem yang macam ni..

    BalasPadam
  2. orang singapore x bayar saman juta2 pown kiter xleh nak wat ape kanns.. uhuhu

    BalasPadam
  3. sistem kat negara kite sokmo boleh dipertikaikan. pertikai2 pun aku terpaksa bayo juga. sigh...

    BalasPadam
  4. saya memang sangat sakit hati dengan saman ekor ni .. pernah kena 2 kali .. entah kereta siapa, sebab kita tak pernah pun pergi ke tempat tu pada masa itu. sekali lagi kesalahan langgar lampu merah tetapi nombor kereta kita .. sedangkan pesalahnya membawa motorsikal.

    BalasPadam
  5. @norh:

    itula memang pelik sebab kabinet decide masih yang teruskkan saman ekor neh. kalo nak teruskan mungin boleh tapi kene upgrade sistem sedia ada. at least kasi gambar ke, bgtau brape banyak had laju yang telah dilanggar ke etc sebagai bukti. ini tidak, masih cam tue juga. mana orang tak puas hati..

    BalasPadam
  6. @en_me:

    oo yeke? yg tue saya tak tahu..

    BalasPadam
  7. @GB:

    hmm itu la..diorang ada banyak mende lain yang tak kena tgk kot..

    BalasPadam
  8. @al-lavendari:

    itu la. saman saya siap kat kuala krai lagi. saya ni kat KL. Kampung pun di Kuala Kangsar Perak. itu yg lagi pelik.

    pasrah sungguh tp susah nak redha.

    BalasPadam