Memaparkan catatan dengan label experiencing.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label experiencing.. Papar semua catatan

Ahad, 27 Februari 2011

Saman Ekor, terkena juga rupanya.

Di akhir penghujung Februari ini sebelum 1 Mac,

saman trafik (jika ada) lebih baik dilangsaikan, jika tidak nilai samannya akan berganda.

Sudah hampir 5 tahun aku memandu kereta sendiri, tapi tidak pernah aku disaman.

Tadi tanpa sebarang niat aku telah berlayar ke laman sesawang MyEg.

Pergi ke pautan PDRM. Masukkan nombor kad pengenalan. dan,

DAMNED. rupanya ada satu saman pada 1.11.2009 di Kuala Krai jam 10.30am.

tak pernah pula surat saman sampai ke rumah. Saman ekor pun kenalah sampai saman itu ke rumah.

Kesalahannya, SPEEDING. Berapa had laju yang telah aku langgar? Pelik aku.

Rasa tak puas hati pun ada.

Rasanya ramai lagi tak orang selain aku yang tidak puas hati dengan saman ekor yang macam ini.

Macammana nak tentukan memang aku yang memandu masa itu? Kesalahan yang disabit perlu ada bukti.

Gambar pun tak ada.  Kenapa tidak ditahan semasa masa kejadian jika benar aku telah melanggar had laju yang dibenarkan.

Sistem saman ekor sebegini memang tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan di Malaysia ini.

Pemberitahuan kepada pesalah pun tidak dibuat selagi kita sendiri tidak cuba cari maklumat itu.

Hmm apabila sesuatu perkara itu agak mencurigakan dan tidak diterima oleh orang awam, ianya perlu diubah.

Kenapa perlu lagi berada di takuk yang lama?