Ahad, 22 Ogos 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 3 (E-Shed,Kailis, Fremantle Town, Whiteman Park Swan Valley)

7th August

Pagi Sabtu, lepas Subuh sempat landing lagi. Hari nie punya schedule tidaklah sepadat hari2 lepas. Dalam plan, shopping di Fremantle and sebelah petangnya Swan Valley!

Hari ini Black(Abang kepada Ayu) dan isterinya akan sampai dari KL untuk meramaikan lagi memeriahi group kami di sini. Selepas diorang sampai umah kak ara, rehat dalam sejam dua sambil breakfast, dalam jam 9.15am kami bertolak ke car rental centre Bayswater untuk menyewa keta utk black. Selesai urusan sewa etc, kami terus bertolak ke Fremantle, E-Shed market utk beli barang2 souveniour.

EShed Market ni terletak di Victoria Quay. Bebetul depan Fremantle Habour. Business hour onli on Friday, Saturday and Sunday. Memang bukak 3 hari seminggu+all public holiday. 

http://www.eshedmarkets.com.au/

Banyak souvenir dibeli di sini la. Nak ikotkan banyak sangat kedai dalam market di tp ada satu kedai yang kami memang dok lama la dalam tue. The Aussin. Kedai souvenir owned by Indonesian. Agak murah harga2 souvenir kalo nak compare ngan harga kat fremantle market and perth city. Baju ke, patung ke, boomerang ke etc. Nak ikotkan sume barang dia murah kecuali fridge magnet+postcard sbb bole dapat murah lagi di perth city.

Bersama hasil tangkapan masing-masing


Aisyah n kangaroo
http://www.youtube.com/watch?v=V0NnwNsUxrs

http://www.youtube.com/watch?v=JSfGWfGy_H8
 
Aktiviti memancing di Eshed Market berlangsung dalam 2 jam. Hasil tangkapanku, takde la banyak sangat. Berpada-pada la..bukan nye banyak duit pun nak shopping-shopping nie kan. Namepun jenjalan versi bajet.. ;)

Dalam jam 12pm kami gerak ke Kailis. Lacated about 2km from Eshed Market. Pun tepi harbour juge. Restoran makanan sea food yg agak glemer di sini. Saje nak rase fish and chip kat Kailis yang digembar-gemburkan sedap. Tp bila rasa, sama jea..xdela sespecial mana pun. Kat KL lagi sedap kot ;)



http://www.youtube.com/watch?v=NGMDAirhnZg
 
Kami spend masa di Kailis dalam  2 jam. Kol 2.30pm kami terus ke Caversham Wildlife Park yang terletak di Whiteman Park, Swan Valley. Masa nk kuar fremantle tue sempat juge amek video sekitar fremantle.

Fremantle town

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 40minit juge la. Kami sampai di Caversham dalam kol 3.30pm. Agak lewatla utk masuk sebabnya tempat tue tutup kol 5pm. And most of the show dalam zoo tue dah abis. So staff di Kaunter tiket tue tak suggest la utk masuk sbb rugi, bayar AUD22/pax tanpa tgk animal show. Lebih baik datang lain hari, advisable pagi, so value for money la sket. Bagi tidak membazirkan duit, maka kami decide untuk datang dan masuk Caversham pada hari yang lain.
Walopun x masuk, sempat lagi snap barang satu dua tiga foto..
Friendly uncle yg memang tau cakap Melayu!

Setelah tue kami terus ke park yang berdekatan. Actually, Caversham is part of Whiteman Park. So ia dikelilingi oleh taman rekreasi yang bole la kalo nk berpicnic bagai. Nice actually. Parrot di merata-rata. Sgt jinak dan tak takut orang. Ada satu motor museum di situ, tp sudah tutup. maka kami pun berlegar2 la di sekitar taman untuk mancari port2 menarik utk tangkap gambo. Aisyah pun syiok dia main kat playground dgn budak2 yang ada di situ.

http://www.youtube.com/watch?v=wgSGaFSMGOc

Jam 5pm lebih kami bertolak balik Wilson. Perjalanan ke Wilson dalam setengah jam jea. Tak le jauh sangat ke rumah kak Ara pun.

Untuk makan malam hari ni, kami masak sume yang express..Cuba menghabiskan stok-stok makanan yang kami bawak berat2 dari KL. Brahim's ayam masak merah, Brahim's daging masak kurma and kuah satay kacang. Sumer tue makan ngan nasik impit. Di samping tue makan skali ngan sambal ikan bilis, brahim punye juga. Lauk kiranya semua cap Brahim la. Sangat mudah untuk disediakan. Bile tgk bebetul kat ingredient setiap paket tue, ade jea  santan milk. fuhh.. seb baik pegawai kastam tue tak tgk satu-satu product makanan mase kat airport ari tue, dia tgk mana yg dia rasa nk tgk. kalo tak.. tak lepas gak nie..

Selepas selesai makan segala, dalam kol 8pm kami ingat nak wat night tour @ perth city. Saje je nak jenjalan di kala malam di kawasan bandar tue. Sampai di city area, kebanyakan shopping arcade dah tutup la. Hanya ade beberapa kedai souvenir yang masih buka. Supermarket IGA pun bukak sampai kol 11pm. Pubs and bars of course bukak sampai pagi, even the adult X centre ;).
http://www.youtube.com/watch?v=EdUilI67lro
Malam semakin sejuk..jadi dalam kol 10pm setelah puas meronda, kami balik ke Wilson.
Tido malam tue agak lambat sebab dah start batuk..tp sebelum tue sempat gak bincang utk program besok. Perjalanan utk hari esok agak jauh to the southest...dan akan dieleborate more in Part 4.


Malam itu kami tido jam 12am lebih. :)

entry hari keempat tamat.


Khamis, 19 Ogos 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 2 (Lancelin - Avon Valley)

6th August

Pagi hari ini bangun agak awal dalam pukul 6am sebab mendapat tidor yang secukupnya malam tadi. Sangat fresh pagi itu. Di luar, mak ai..sejuk sungguh. Sakit jari jemari..mmg kene pakai proper baju ngan sarung tangan kalo nk jenjalan kat luar bilik motel.

Breakfast kami adalah roti dengan tuna bersama dengan teh o panas. Bile teringat2 kat milo yang x lepas kat airport semalam, kempunan la pule pagi tue..



Kami check out Pinnacles motel pagi tu dalam kol 8am. Dalam plan, untuk hari ni kami akan turun ke Lancelin for sandboarding dan terus ke Avon Valley. But we have something else in mind, Yanchep National Park. However these two places kena lalu jalan yang berlainan. Satu jalan yang terus ke Perth (Yanchep National Park) and Avon Valley masuk jauh ke dalam lagi. So kami tanya kat receptionist motel, which place is more interesting and worth to try out and she advised us to go to Avon Valley. So kami decide to go to Avon Valley instead of Yanchep National Park selepas ber-sandboarding di Lancelin nanti.
Isi minyak sebelum memulakan perjalanan. Dari Perth sampai ke Cervantes, makan minyak dalam setengah tank jea. so pagi nie kami isi dalam AUD 20 jea sbb harga minyak kat Cervantes nie mahal dalam 1 liter AUD1.44 berbanding di Perth AUD1.27

Perjalanan pagi itu dimulakan dengan singgah ke Wind Farm yang kami nampak semalam mase on the way to Cervantas. Name of the place is Emu Wind Farm. Approximately 48 wind mills were built to generate energy for that area and surrounding. Masa kami di sana, langit banyak la pula awan, so dalam gambar tak nampak sgt la wind mill nya. kalo langit biru kosong macam kat perth city, mesti cun gambor. the white wind mill with blue sky as background!




Setelah puas bergambor di sana, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 jam setengah. Dalam pada tue sempat gak brenti tengah2 jalan utk tangkap gambor lagi dan lagi..Maklumla jalan tue sape yg punya..? kitorang yg punya..
 


Perjalanan diteruskan ke Pekan Lancelin. Kami sampai di Lancelin dalam pukul 10.45am dan kami agak kesesatan mencari padang pasir putihnya. Then kami terus ke Tourist Information centre yang dikendalikan oleh seorang staff yang agak warga emas dan dia bagitau di mana harus kami sewa board and direction ke tempat sandboarding tue. Very much informative and helpful.

Kami sewa board di Kedai Lucky 7 bersebelahan tourist information centre dengan harga AUD10 sepapan. Jumlah keseluruhan board yang kami sewa 4. 2 utk board aksi duduk dan 2 utk pose berdiri. Deposit kene letak dalam AUD200, in case kalo jadi apa2 pada board, maka lesapla duit itiew.
Setelah selesai segale urusan sewa, kami terus menuju ke padang pasir berbukit utk aktiviti sandboarding..Inila pun kali pertama buat bersandboarding. Nak daki bukit pasir yg amat tinggi tue punya la seksa. amek masa gak la nak sampai atas. tp bila dah sampai..MashaAllah, permandangan punye la cantik. Waduh..bole nampak laut biru disebelah sana.. tp bile tgk bawah, ade sedikit gayat la..tp ada aku kesah. redah jea la..apelagi..memasing menjadi kanak2 ribena la.....gelongsor!!!!!
Cantik kan view dari atas tue? Setelah gelongsoran pertama, sanggup naik turun balik..rasenya sempat la juge buat dalam 7 kali gelongsor. memang puas hati walaupun matahari agak terik la waktu tue.

Satu tips, kalo nk sewa board jangan beli yang utk berdiri punye. susah actually nk turun..tak smooth. Lebih best dan puas guna board for sitting. Laju je turun bawah.

check it out: http://www.youtube.com/watch?v=moOmspGiO3k


Aktiviti di Lancelin tamat dalam jam 12.15pm. Sampai tengahari kami di sana..mmg agak terbakar la kulit nie, walaupun cuacanya sejuk..Selepas memulangkan board yang disewa, alhamdulillah takde ape2 jadi pada board so dapat balik duit deposit, kami terus berangkat ke Avon Valley..

Perjalanan ke Avon Valley kami jangka amek mase dalam 2 jam lebih. Sepanjang perjalanan, permandangan lebih menarik dari journey ke cervantes. Ini kerana kami dah masuk area2 lembah yang banyak gak la bukit2 hijau yang cantik dan sedap mata memandang. Ada banyak juga la dusun/ladang pokok limau oren. i believed its tangerine. Sumenya nampak tengah berbuah. Begitu juga pokok olive. 

http://www.youtube.com/watch?v=FtMJ6IQ77WM

Setelah 2 jam lebih perjalanan, GPS yang kami guna membawa kami hingga ke satu jalan yang tak boleh nak masuk langsung. Nama Jalan tue, Pickett Road. Yang peliknya, jalan ke kawasan tue adalah memang private property and a no-through road. Sgt pelik sbb macammana GPS bole suggest jalan tue. Even in Google Map pun sama. Tue yang lagi pelik. Dan sesungguhnya kami hilang punca. Sesat? mungkin. Dah la waktu tue dah pukul 2pm lebih. Sayang perjalanan ke sini amek mase 2 jam but we came to an unthrough road.

Last-last kami patah balik cari main road, Chittering Road dan ia membawa kami ke Bullsbrook. Kami singgah ke gas station dan bertanye arah jalan ke sana. Budak cashier yang jage tue pun bila ditanya pasal avon valley dia 'agak blur'. Then kami sebut pasal 2 historic town in avon valley area, the Toodyay and York. Baru dia dapat tangkap and dia inform Toodyay Town is about 45mins drive from Bullsbrook and York lagi jauh la, dalam sejam ke dua jam. So kami decide ke Toodyay Town.

Dari Bullsbrook kami drive terus ke Toodyay Town. Sampai sana dah pukul 3pm lebih. Banyak bangunan sejarah di sana, and its just a small town. Kami jenjalan dalam town kurang dari sejam and decide untuk balik ke Perth. Dalam kotak fikiranku, kenapela receptionist kat Cervantes Pinnacle Motel tue suggest kami untuk ke Avon Valley, kononya banyak tempat best dan menarik bole explore tp yang kami jumpa hanya Toodyay...





Yup, dalam hati ade rase ketidakpuasan sket la. Rasa tak puas jea spend banyak masa untuk ke Avon Valley tapi tak banyak mende bole buat bile berada di sana. Sepanjang perjalanan balik ke Perth memasing dah keletihan dan kami sampai Wilson, Perth dalam pukul 7++pm. Tido malam tue dalam kol 10.00pm kot.

*******************************
Nota: Bile dah balik KL, aku masih tak puas hati lagi pasal Avon Valley tue. bole? heheheh..sebab kat mane2 pamplet suggest utk ke sana, tp bile kami di sana rase cam takde ape2 pun. google punye google..SEBENARNYA memang banyak mende bole dibuat di sana. its just dat tak sangka plak kawasan Avon Valley tue sebenarnya sangat luas dan besar. Its consist of altogether 7 towns(Toodyay one of it) and each town area offers different attraction activities. Adussss....sayang yea. Mungkin masa yang kami allocate dalam 3 jam utk cover seluruh avon valley tue sgt tidak mencukupi.





Di antara aktiviti/tempat yg bole dikunjungi di Avon Valley sebenarnya:

1. Oliomio Olive and Lavender Farm (Sebenarnya kami lalu oliomio nie..tp x singgah :(. Dalam tue ada lavender and olive farm. Dedua tengah blooming actually. Siap ade taman yang menarik dalam tue..)

2. York Town : York town nie nak ikotkan lagi besar dan menarik dari Toodyay. Locationwise dalam sejam dari sana Toodyay.Memacam tempat menarik bole pegi bile kat York nie sebenarnya. Such as The York Mill, Mount Brown Lookout , Yenyenning Lakes, Cloud Base Paragliding etc.

3. Northam Town : Dalam 20-30 mins dari Toodyay. Pun memacam sebenarnye bole buat, such as Windward Balloon Adventures, Mount Ommanney Lookout, Old Railway Station Museum - Northam, Northam Flour Mill etc
4. Beverly: Beverley Aeronautical Museum

hmmm sayang kan..sebenarnya  banyak benda boleh dibuat and cover kawasan yang sangat luas untuk diexplore. Setengah hari mmg tak cukup sebenarnya. Takpela, next time kalo ade peluang ke sini lagi, harus pergi ke tempat nie..

nota hari ketiga tamat.

hehe..ade 4 hari lagi nih..to be continued!

Isnin, 16 Ogos 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 1(Wilson, Perth - Pinnacles, Cervantes)

Hi,

Agak excited untuk update entry kali ini. Entry pertaining to my journey exploring the south-western part of Australia. From Perth, we went to the north up to cervantes and to the south down to Augusta. yups, we had a great wonderful time on the road trip!

4th August 2010

4th august was a hectic day. i was still in Perlis that morning thou. I was in Perlis since 1st August attending a meeting which i cant get excused with. And the meeting supposed to finished on afternoon, the 4th.

Walaubagaimanapun, since my outbound travel plan was confirmed prior to the meeting date,  boss telah memberi green light for me to leave meeting earlier in the morning (Many thanks to her!).

So dalam pukul 7 pagi, aku amek cab dari kangar putra palace hotel terus ke airport Alor Setar. Sampai airport ngam ngam dalam pukul 8.10am and terus check in flight. Flight departured on 8.55am dan touch down KLIA dalam kol 10am.

Sesampai di KLIA, settle luggage segale and terus amek ERL ke KL Sentral and arrived dalam kol 11am. Dari sana, aku amek cab dan sampai ke rumah dalam kol 12.00pm.

Sgt penat bile sampai rumah actually. However, kene do the packing dulu. Seb baik dah wat checklist ape yg nk dibawa, so masuk jea segala barang yang diperlukan from clothes-toiletteris-electronic equipments. Habis packing segale baru brani taking a nap zzzzz.

Dapat tido dalam 2 jam dan bangun bersiap utk ke KL Sentral. Adikku hantar ke sana dan kami bertolak dr umah kol 4.30pm. Sebab jalan agak jammed  ke sana (mmg dah agak dah sebab weekday, org balik koje), kami sampai KL Sentral dalam kol 5.30pm. Janji dgn Emmy, Akil dan Nazura jumpe di sane kol 5.45pm sbb nk amek skybus kol 6.00pm.

Aw yeah, Emmy dan Nazura adalah kawan aku sejak 1997, member nakal semasa skolah di smakl dolu dan masih rapat and gossipping sampai hari ini. and Akil adalah husband kepada Emmy.

Back to the story> tunggu punya tunggu member2 x sampai-sampai lagi. Diorang pun sangkut kat traffic jam dari menjalara, kepong. Sambil menunggu, ingat nk ke booth Air Asia utk print itinerary tiket tp que punya la panjang..kene tunggu dalam 100 org lagi. Adus, menyesal sungguh tertinggal itinerary kat opis. Terpakse burn duit nak naik skybus nanti.

Tunggu punya tunggu (yes..penungguan satu penyeksaan), aku sempat solat n makan kt McD, last2 aku amek bas dulu kol 7pm utk standby que check in kt lcct nanti. The rest sbb lmbat sampai, diorang amek bas kol 7.15pm.

Sampai LCCT dalam kol 8.10am. Counter check in bukak dalam kol 9.30pm. Mase check in, Air Asia informed that flight will be delayed for 2 and half hour. so our new departure time would be on 5th August, 2.30am. Adus..mmg tensen sungguh. dah la memasing excited dah utk berangkat, delay pule. Utk mengubat duke kelewatan, air asia kasi voucher makan McD rm10. haih..sabo jea la...terpaksa adjust travel plan for the next day..

5th August 2010

Flight take off LCCT dalam kol 2.30am. Lps isi perut dengan nasik lemak air asia, we sleep like a baby..Beberapa kali gak la terjage sepanjang 5 jam setengah tue. standard la..krusi tido pun gitu2 jea. bayor murah, itu le pun yg dapatnya. We booked the flight with return tickets onli cost rm1K. if you r lucky, u can get down to rm700-800 for the ticket. mmg murah air asia nie. x sabo nk tunggu air asia sampai New Zealand..mesti lagi panjang kakiku menjelajah..

We arrived Perth Airport approximately on 8am++. Temperature on the ground dalam 5 degree of celcius. Fuhh mmg sejuk..Teringat mase kat atas gunung kinabalu..lagi sejuk dari tue kot.. Dah la sweater lupe nk masuk dlm hand luggage. seb baik bawak sarung tangan. ok sket..

Mase nk scan barang masuk perth tue yang agak berdebar sket. Maklumla..byk gak stok makanan yang dibawa. tapi mmg declare bawak makanan. Masa dia check bag ada 2 barang kami yang x lepas : Milo 3 in 1 and our Old Town White Coffee 3 in 1. Sebabnya, its a dairy product.. so pasrah jea la.. Naseb baik barang makanan yang lain lepas, all de sardine, maggies, brahim's etc. Kalo tak kene beli la utk makan kendian.

Dalam kol 9am, segala urusan immigration dapat settle dengan lancarnya. Then kami tunggu Kak Ara (kakak kepada Emmy) untuk jemput kitorang di airport. Tp cuaca di sana waktu pagi mmg sejuk. however, matahari masih terik memancar. very sunny!

 Naju, me and Emmy @ Perth Airport

Kak Ara dan ashaari (husband kepada kak ara) bersama cutey Aishah (anak diorang) datang dengan 2 kereta menjemput kami di airport. Salah satunya adalah kereta sewa kami, Toyota Corolla Hatch (Auto) yang akan kami lenjan sepanjang kembara kami di bumi Australia. Kami sewa utk 7 hari dengan pakej termasuk GPS dan Insurance, unlimited KM etc dengan cost AUD 320 dari company car rental, Bayswater 'no bird' . Reputasi Bayswater nie mmg bagus dan diantara yg murah gak la kalo nk compare dgn Hertz. Deposit kene bayor dalam AUD 300 dan akan lesap jika terjadi ape-ape pada kereta.

check this website if interested : http://www.bayswatercarrental.com.au/ratesWA.aspx  


Kami sampai rumah kak ara di Fern Court, Wilson dalam kol 10.00am kot. Sampai sana rehat2, lepas rindu dendam dgn Aishah, tido for couple of hours, packing baju barang utk perjalanan seterusnya ke Cervantes.


'Putri' Aishah kesayangan semua!

Seterusnya dalam pukul 2pm, kami berangkat ke Nambung National Park, Cervantes utk menikmati Pinacles di waktu sunset. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 3 jam setengah dari Wilson.


Bergambar sebelum start road trip

Sepanjang perjalanan, permandangan mmg cantik. Kami melalui beberapa National Park yang terbentang luas dengan padang rumput yg menghijau.Pokok Wild flowers berwarna kuning ade jea sepanjang perjalanan kami. Tp sayang, mase kami pergi nie musim winter, kesemua winery area, pokok anggurnya tinggal batang jea tanpa daun..So kempunanla nk bergambar dengan ladang anggur yg rimbun..
inilah ladang pokok anggur yg tinggal batang jea..


Nampak Wind Farm tapi tak singgah sebab nk kejor Sunset di Pinnacles.


Kami sampai di Pinnacles, Nambung Natioanal Park around 5.15pm. Sampai2 orang yang jaga entrance counter dah takde. Kami pun confuse juga dah tutup ke untuk ke Pinnacles Drive. Tak lama kemudian, ada sorang aunty datang utk tunjuk cara nak bayor entry fees ke sana. Rupa2nya, dekat situ ada satu peti dan sampul surat utk bayor sendiri. Masukkan duit dalam sampul dan masuk ke dalam peti yang disediakan. Disebabkan memasing duit yg ade dapat purse besor2, takde la plak 11 dolar. Yang ade cuma AUD10. yg lain sumer note 50. So aunty tue kate takpe kitorang bayor jea AUD10. kira halal la..hehehe bole la plak cenggitu. ;)




Then, kitorang pun masuk la utk menikmati kejadian busut-busut pasir yg unik di situ.






















Some Wikipedia info about Pinnacle's Formation:


The raw material for the limestone of the Pinnacles came from seashells in an earlier epoch rich in marine life. These shells were broken down into lime rich sands which were blown inland to form high mobile dunes. This represented the raw material for the formation the Pinnacles....
The mechanisms through which the Pinnacles were formed from this raw material are the subject of some controversy, with three possible mechanisms having been proposed:
  1. The Pinnacles were formed from lime leaching from the aeolian sand (wind-blown sand) and by rain cementing the lower levels of the dune into a soft limestone. Vegetation forms an acidic layer of soil and humus. A hard cap of calcrete develops above the softer limestone. Cracks in the calcrete are exploited by plant roots. The softer limestone continues to dissolve and quartz sand fills the channels that form. Vegetation dies and winds blow away the sand covering the eroded limestone, thus revealing the Pinnacles. 
  2. The Pinnacles were formed through the preservation of casts of trees buried in coastal aeolianites where roots became groundwater conduits, resulting in precipitation of indurated (hard) calcrete. Subsequent wind erosion of the aeolianite would then expose the calcrete pillars.[1]
  3. On the basis of the mechanism of formation of smaller “root casts” occurring in other parts of the world, it has been proposed that plants played an active role in the creation of the Pinnacles, rather than the rather passive role detailed in 1 and 2 above. The proposal is that as transpiration draws water through the soil to the roots, nutrients and other dissolved minerals flow toward the root. This process is termed "mass-flow" and can result in the accumulation of nutrients at the surface of the root, if the nutrients arrive in quantities greater than needed for plant growth. In coastal aeolian sands which have large amounts of Ca (derived from marine shells) the movement of water to the roots would drive the flow of Ca to the root surface. This Ca accumulates at high concentrations around the roots and over time is converted into a calcrete. When the roots die, the space occupied by the root is subsequently also filled with a carbonate material derived from the Ca in the former tissue of the roots and possibly also from water leaching through the structures. Although evidence has been provided for this mechanism in the formation of root casts in South Africa, evidence is still required for its role in the formation of the Pinnacles.
Bundance of information, isnt it? :)

Setelah puas bermain hide and seek di pinnacles dan hari semakin gelap, kami bertolak ke Pekan Cervantes dengan tujuan mencari tempat utk bermalam. Backpackers lodge menjadi pilihan utama tp kalo dapat harga motel yang same lebih kurang dengan hostel, kami prefer ke motel. Sampai di pekan, kami terus try masuk ke Pinnacles Motel. Harga bilik yang mempunyai dua katil single(bole muat dua org setiap satu), with clean toilet and bathroom plus cosy environment adalah lebih kurang AUD120. So kami terus memilih utk stay di situ semalam.

Setelah membersihkan diri segale, kami pun buatla maggi utk makan malam. Memasing dah kebulor dan maggi amat mengenyangkan di saat2 sebegitu. Di samping maggi, bekalan roti juge kami bawak utk makanan tambahan. and of course all de jajan SMITH!

Dalam kol 10pm, kami tido!

check it out our room @ pinnacles motel : 
http://www.youtube.com/watch?v=ux8LA3WYjEY

and our pinnacles drive:
http://www.youtube.com/watch?v=a43hK1VQYRo