Khamis, 9 September 2010

Salam EidFitr Kepada Semua Teman-teman Muslim sekalian..

Hari yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba. Besok Hari Raya!

Tahun nie kami sekeluarga balik Kuala Kangsar lewat sket. Biasanya 2 hari sebelum raya mesti dah balik. Sebabnya ayahku serta adik lelakiku, turn cuti tahun nie lepas raya. So malam nie, InshaAllah jika tiada aral, kami akan bertolak ke hometown ibuku di Bukit Chandan,Kuala Kangsar. 

Balik kampung kali ini yang agak lewat bukan alasan untuk kami escape menyediakan juadah makanan raya di kampung nanti. Jadinya sejak malam semalam kami anak beranak dah potong-potong bawang dan blend apa-apa yang patut..Untuk raya tahun nie kami akan masak Rendang Ayam sebab orang di kampung plan nak sediakan Rendang Kerang dan Lemang.

dan pagi ini, sejak awal lagi kami dah start masak. 

Segala bawang+serai+lengkuas etc yang telah diblend..


Sampai la kering..Memang berejam ngadap rendang nie..
.....

........

terliur tak? 

Lepas nie nak packing baju untuk berangkat ke kampung lepas iftar nanti. Hopefully highway tak la jem masa balik nanti..

Kuala Kangsar..nantikan kedatangan kami sekeluarga tengah malam nanti..:))

Masjid Ubudiah ade sentimental value yang tersendiri bagi penduduk tempatannya. Dan disinilah, arwah atukku disemadikan..

Anyways, SALAM EID FITR kepada kalian semuanya. Terima kasih sebab meluangkan masa menjengok blog yang tak seberapa ini..
Till then, semoga bergembira di samping orang-orang tersayang di hari yang ditunggu-tunggu ini. Jaga pemakanan sebab statistically proven, ramai orang kena ghaot+jantung lepas raya nie..Begitu juga kes diabetic meningkat. Bagi sesiapa yang menggunakan lebuhraya, berhati-hati memandu..
 

Rabu, 8 September 2010

A Must Try Famous Amos Choc Chips Recipe!

Agak terlewat untuk entry biscuit raya nie. Tapi nak share juge sebab choc chips yang aku baru buat semalam menjadi. Minggu lepas ade try satu recipi lain utk wat biscuit nie, tp tak jadi pule. Keras semacam jea. Something missing in the ingredient. So tak puas hati dan carik resipi yang lain. Alhamdulillah, kawanku Kiena telah mendapat satu resipi lain yang InshaAllah menjadi dan aku pun try la lagi (tanpe rase cuak utk mungkin gagal sekali lagik..). Dan..,hasilnya amat memberangsangkan!

Bahan-bahannya:

- 1 buttercup
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan brown sugar
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 2 1/2 oatmeal : sukat dan blend sampai halus
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 1/2 paket Chocolate Chip Hershey (dalam 18oz)
- 1 1/2 bar besar Chocolate Cadbury ( dalam 10oz dan diparut) - lebih sket pun takpe kot. Lagi chocolata!
- 1 cawan chopped nut (utk kali nie guna chopped almond)
- 2 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil asen vanilla

Cara-caranya:
1. pukul butter dan gula hingga gebu

2. Masukkan telur dan asen vanilla, pukul sampai sebati

3. Campurkan tepung, oat,garam,baking powper dan soda bikarbonat

4. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury Bar yang telah diparut dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

5. Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inci

6. Bakar dalam 12 minit pada suhu 150 degree celcius

dan hasilnya..;

Memang crunchy dan confirm sedap. Percubaan kedua dengan recipe ini sangat memuaskan hati. Tidur malam tadi dengan senyuman :)))

Cuba la buat kat umah nanti!

Selasa, 7 September 2010

Terjemahan Iklan Raya TV3 Tahun 2010

Iklan Raya TV3 Tahun 2010 melakar satu sejarah tersendiri dengan menghasilkan satu seni advertisement yang agak pelik dan kontroversi. Baru semalam berpeluang untuk tengok iklan tue dalam YouTube. Nasib baik semalam ada lagi sebab dengar2 start hari ni, even di YouTube pun dah diblock iklan itu.

Nways, memang semuanya agak serba tak kena. Teringin juga nak tau idea ini digarap oleh siapa? Dan siapalah panel yang telah meluluskan iklan ini supaya disiarkan di stesen no. 1 free di Malaysia nie. Mesti dah go through banyak crit session tapi still setiap seorang panel tersebut itu langsung tidak peka dengan kesensitivitian sesuatu kepercayaan/agama. Yes, sangat pelik.

Anyways, nak share satu email yang aku dapat pagi ni berkaitan clip iklan tersebut. Terjemahan beliau (masih menyelidik siapakah pemunya asal artikel tersebut) agak jitu penelitiannya..

Sila baca!

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan.

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.



1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
 

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.



1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
 
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan? Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam.

Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

****#####****

terfikir sejenak,  agak speechless..Adakah terjemahan ini begitu keterlaluan?

Marilah kita fikir-fikirkan..


Isnin, 6 September 2010

PotLuckS

Ramadhan kali ini, aktiviti berbuka puasa di luar agak berkurangan kalo nak compare dengan tahun2 lepas. Bagus juga macam tue, bole save budget and fokus buat benda2 lain serta mengejar bonus2 Ramadhan.

However, ada dua gathering potluck yang aku pi dan tak bole nak miss. The first gathering adalah dengan member2 ex-uia. Venue kami mmg best kat tepi gallery kaed jea...memang sempoi tp best. Seumpanya kaed tue masih kami yg punye, padahal dah 6 tahun meninggalkan alam persekolahan di kaed, uia. huhu. mase potluck tue, aku chop bawak telur bistik dan nasik putih..heheh skil masakan tempatanku agak limited, so tue jea yang mampu dimasak..
 Potongan cili merah tue mmg over!

Potluck yang kedua adalah dengan teman-teman semasa bersekolah di sekolah menengah dulu. yes, kami masih rapat sampai sekarang dan ade routine activity almost everyweek. Walaupun ada dikalangan kami yg dah kawen, tp bile tang gathering..InshaAllah they try to make it. Utk potluck nie, since the theme was western food, so aku sediakan pasta bakar. Agak mudah actually wat pasta nie..cincai cincai jea asalkan ade tomato puree+segala macam cheese. Very fatty indeed!
jeng jeng jeng
...

......

.........

...................

 Sebelum ternoda..



lasagna by ayu
 Pizza by Ama
Choc Cake by Naju
Banana Split By Kiena
 hmm terliur tak?

Jumaat, 3 September 2010

Siaran tertunda: meeting turned to costume party?

sape yang paling over.. mesti yg red devil tue kan?hehee

tapi yang menang costume yg paling canggih malam itu adalah...

....

.....

.......

Mrs Witch!
  ha tue dia. tengok pun takut. kan?

Gambar2 diambil sekitar pertengahan July yg lepas, semasa Mesy Peg Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia diadakan. Actually meeting nie adalah yang kedua diadakan sejak yg pertama pada tahun 2006.

Best jumpa rakan-rakan planner yg lain sbb semua dari state dan PBT turun penang ari tue.. Banyak isu2 yang telah diperbincangkan dan hopefully resolusi2 yang digarap akan mendapat perhatian pihak pengurusan tertinggi JPBD. 

At de end of the meeting, satu costume party telah dianjurkan dan memasing melaram bagai x hengat. hahaha memacam gaya ada. pelik gak sbb nk ikotkan memasing skema jea sebelum nie mase meeting. huhu

However, dalam reramai tue..yang nie yg paling eye-catchy skali adalah Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan tue. Ala-ala pirate dah En Jamil kite nie. Sgt sporting presiden PERSADA kami nie!
Bersama hamper hadiah tempat kedua main volley ball petang tue..

lepas nie tahun bila la pula untuk bilangan mesyuarat yg ketiga?