Setelah cubaan untuk renew passport secara online gagal malam semalam,
maka pagi tadi dari jam 8am aku dah tercongok kat Pejabat Imigresen cawangan Wangsa Maju.
Mak aihh sampai2, boleh tahan juga barisan untuk beratur. Aku pun join le untuk beratur ambil giliran. Tapi yang aku pelik, tak gerak-gerak barisan itu ke depan. Then, ada announcement, system tengah down sekarang. what??
Pegawai di sana menasihatkan, kalo dah terdesak untuk renew passport etc, cuba pegi di cawangan2 yang lain. Sistem di cawangan wangsa maju mungkin tergendala dalam 2-3 jam.
So sekarang aku dah tahu kenapa aku try nak renew online semalam gagal!
Sebab memang aku tengah terdesak ni, nak travel hari Isnin minggu depan, passport TERLUPA nak renew pule, maka aku pun bergegasle ke Pusat Bandar Damansara. Traffic jam memang amat menyakitkan hati on the way ke sana. Tapi cekal jea la.
Sesampai di Damansara, aku terus ke kioks renew passport. Tapi kioks itu tak boleh guna. Apakah??? Adoiiii!
Then, terpaksalah buat juga secara manual, naik atas tingkat 2 dan kena beratur lagi la untuk ambil no. giliran. Then, again system kat sini PUN TENGAH MENGONG. aihh.. agak2 apa yang korang rasa kalo jadi aku?
SABAR itu separuh dari Iman. So aku sabar jea la. Dalam hati, kalaulah system ini mengong sepanjang hari ini, mau nye cancel trip aku next week.
Dalam jam 10.20am, system kembali berfungsi. Fuh sangat lega di kala itu. Lama juga aku berdiri beratur sambil menahan sabar dengan masalah2 sistem sebegini.
Jam 12.45pm segalanya telah selesai. YAy, saya sudah ada passport baru!
:-)
p/s: Hari ini memang menguji kesabaran!