Ahad, 12 Februari 2012

Once Upon A Time In Universal Studio Singapore 2

Awas: Entry banyak gambor!

Sambungan anti klimaks dari SINI.

Bila nampak pintu gerbang USS, maka rombongan Cik Ro pun berpusu-pusu masuk ke dalam. YAY!
berduyon-duyon umat manusia..
Dalam USS nie ada 7 theme la semuanya. Ada Hollywood, New York, Far Far Away, Ancient Egypt, Sci-Fi City, Madagascar dan Lost World. Banyak sangat. Tak pegi semua pun sebab banyak masa memang untuk beratur jaaa ;p

Masuk jea dalam, kami terus ke Hollywood. Masuk kedai jual trofi Oscar, tangkap2 gambo sket, tapi belinya idak. kikiki. Apa yang best, diorang x kisah pon kite nak tangkap gambor jea. Tetibe teringat ari tue gie Central Market(CM), then Masmz kena tegur sebab tak bole tangkap gambor. WTH?!
Credit n Tq to John sebab snapkan pix ini. I loikee..
Dari Oscar, kami terus masuk ke Stephen Spielberg section, movie special effect show.



Masa beratur takde la rasa lama sangat. Mungkin sebab excited bergambo segala. Nways, show ni tunjuk setting untuk create major hurricane Category 5. Serious sangat best!. Tak reti macamana nak elaborate tapi cuba tgk Video INI!. Wajib masuk sini jika kamu sampai ke USS.

Dari special effect hurricane show, kami beralih ke hyper-realistic 3D thrill ride pulak, Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle.

Strategy kami untuk tak nak que lama adalah guna que utk Single Ride. Takpe pun kalo tak dapat satu group  masa ride sebab rasanya sama ja. Beratur panjang yang lama adalah lagi seksa dari tak naik ride sesama okeh!


Transformer ride nie memang sangat real seolah2 decepticon tue memang nak kejar n bunuh kita ok! Cuba tengok video ini! dalam video ni gambor yg sepatutnya 3D tue memang tak nampak sangat la sebab camera x pakai 3D glass. erk ;p


Keluar dari Transformer Ride kami ke Ancient Egypt pula.

Yes, The Mummy Ride. Agak skeri juga sebenarnya. Untuk masuk ini kena beratur yang amat panjang. Berbelok-belok, tp ride dia memang agak best!




Abis jea ride memasing nak tgk hasil gambar yang di snap mase tgh ride. Hasilnya? OMG. Overst!!! Pepehal, aku takkan lupa expression muka aku sendiri masa tue..ROTF okeh!

Selesai The Mummy Ride, kami berlegar-legar mengambil gambor di kawasan sekitar. Kawasan theme Shrek "Far Far Away", Madagascar dan Jurassic Park. Sebenarnya masa tue nak try masuk Jurasic Park, tapi que dari luar memang luar biasa panjang, tunjuk waiting time 2 jam. uff... Dalam berlegar tue, cuaca pun memang yang amat panas..Adus berlengas, tapi positif- panas2 tue elok untuk tangkap gambor sebenarnya...


Memasing perut sudah lapar dan kami hinggap di satu restoren fast food dalam Far Far Away. Ada fried chicken, burger and the like. As sebelah paginya tadi aku dah melahap satu pinggan nasi, maka pada masa lunch tue, aku masih kenyang lagi untuk makan heavy meal. Nasib baik cup cake sedap Lily dan coklat goodies kak anash ada untuk memaniskan mulut.

Selesai lunch, kami beratur pula nak masuk Waterworld. Beratur memang agak lama, siap duduk lagi. Terlelap pun ada juga. Tapi bila show start memang rasa berbaloi la masuk Waterworld nie. Sesiapa yang nak basah, silalah duduk di seat kaler biru dan coklat. Confirm korang akan lenjun dengan semburan sesuka hati pelakon2 yang ada sebelum diorang start action Waterworld nie. kikkiki aku selamat sebab duduk kat seat kaler hijau. ;).


Apa yang memang menarik bagi show Waterworld nie adalah aksi real letop meletop dan juga firing. Tengah2 crite tue tetiba ada mini aircraft plak mendarat atas air tue..hahahah walopun aku tak sure atas sebab apa, tapi memang dahsyat la performance nie. Death defying stunts+Sensational live water show!

Ada setengah dari kami yang duduk di seat depan memang basah. Walaupun, diorang dah prepare pakai poncho, tapi tetap basah. huhuhu. Basah tapi enjoyable. Dari waterworld, kami berpatah balik ke The Lost World. Nak juga merasa Jurassic Park Rapid Adventure. Masa untuk beratur adalah dalam 120 minit or 2 JAM!!


 OMG, beratur sangat lama dan berliku2. Aku tak tahu dari mana datang kesabaran untuk menunggu dengan begitu lama, tapi mungkin sebab aku dok beratur dengan travelholics yang tak putus2 ngan cerita klakar yang macam2, maka memang 2 jam tue diabaikan..huhuhu. Untuk naik rapid ride ni kena pakai poncho sebab memang akan basah. Jadinya prepare la apa2 yang patut okeh. Tunggu sampai 2 jam, maka expectation aku pasal adventure yang akan aku dapat memang agak tinggi.




Tapi tue la, ridenya tak berapa menerujakan (bagi aku laa..). hehehee pening kepala ada laa. Cuma part best, ada setengah dari kitorang yang macam kena simbah ngan air gamaknye..kikikiki kesiannnnn..;p. mesti kena sumpah dengan pakcik muka ketat sebab potong que dia..heheheeeee. Nways, i enjoyed the ride most at the end.

Akan di sambung kendian...

related edition:


Khamis, 9 Februari 2012

Once Upon A Time In Universal Studio Singapore

Amaran: Entry ini terlalu panjang aku rasa.

Setelah perancangan yang agak rapi lagi efisyen oleh segerombolan anak2 muda, dengan diketuai oleh Cik Rodiah, maka hari yang ditunggu-tunggu tiba jua.

Untuk kali ini, aku volunteer untuk membawa kereta kecilku. Byya, Kak Anash dan Amy akan sekereta denganku. Dalam jam 10.30 malam, aku dan Amy menjemput Byya yang dengan gigihnya menaiki komuter dari Shah Alam dan lrt utk ke Ampang Park. Setelah menjemput Byya, kami meneruskan perjalanan ke R&R Seremban untuk berkumpul dengan 3 biji kereta yang lain.

Punyela sedap berborak ngan Byya dan Amy pasal "TUTTT", aku tak perasan yang aku dah terlajak dari R&R Seremban..kuang kuang kuang. Serious, aku x familiar sgt R&R yang menghala ke selatan neh, jadinya memang aku tak perasan yang R&R Seremban nie ropenye sgt dekat ngan KL. Jadinya, tempat kumpol kami telah ditukarkan ke Perhentian Senawang. Sorry yea kengkawan. Kami sampai di Senawang dalam jam 11.30pm, disusuli dengan Biqque+Shahrul+Lyn, dan lepas tue Na+Cawan+Icam. Satu lagi kereta tak tau sangkut kat mana. Dalam jam 12 lebih malam juga kami bertolak dari Senawang selepas John+Lily+Masmz+Janggel sampai. Yay!

Kami singgah di Melaka untuk jemput seorang lagi kawan, Kak Anash di Simpang Ampat. Kami singgah di Jejantas Air Keroh untuk isi perut dan melengahkan masa perjalanan. Selepas makan dan borak-borak, kami meneruskan perjalanan ke JB dalam jam 2 pagi lebih rasanya.

Sampai di stesen bas Larkin dalam jam 5.30pagi. Just nice. Subuh di surau best Stesen Bas Larkin, then kami teruskan perjalanan untuk ke Singapore dengan menaiki bas SBS No. 170. Punyela ramai orang beratur naik bas tue. 

 Rege tiket bas dari Larkin-Singapore(Kranji) adalah RM1.80. huh?? Yea, murah jea pasal tue beratur yang amat panjang especially masa dekat Imigresen Malaysia dan Singapore. 2 kali turun bas untuk settle imigresen dan beratur panjang. siap dengan selamber potong que lagik. kuang kuang kuang. tp bile tengok bebetol...mak aih ramai gak yg potong que rupenye..huhuhu. so kurang sket rasa bersalah ;p




Sampai di Stesen MRT Kranji, memasing beli EZLink. Aku top jea sebab kad lama masih boleh pakai. Aku top up $10. Bagi sesiapa yang baru nak beli kad EZLink tue, regenye dalam $12($5 harga card+$7 nilai duit yang boleh dipakai).


Dari Kranji, kami naik MRT North South Line (kaler merah) sampai ke Dhoby Ghaut. Maunye kejang otot kalo berdiri sampai 16 stesen utk ke Dhoby Ghaut ni weh. Then dari sana tukar train  North East Line (kaler purple) untuk terus ke Habour Front, Vivo City.


Sampai di Vivo City sudah jam 9 pagi lebih. Vivo City ni shopping mall sebenarnya. Perut memasing dah berbunyi dan of course lapar sungguh. Kami cari food court di sana, dan lega sgt sebab banyak stall makanan halal kat sana. Aku makan nasi padang terus. Punyela banyak nasinya, aku buleh habiskan. Dah lupe dah nak makan half pinggan jaa kalo time kebulor cenggitu. huhuhu

Selepas perut terisi, kami meneruskan perjalanan ke Universal Studio dengan Train Sentosa Express di tingkat atas Vivo City tue. Senang ja, pepandai ler cari ikut signboard yang ada yea.



Naik Sentosa Express, exit di Waterfront station and yes, akhirnya kami dah sampai di Universal Studio!!!!!!! Walaupun memasing banyaknye tak tido lagi dari tengah malam semalam, mata memasing terus blink2 bile nampak globe USS di luar pintu masuk..huhuhu


So here we go!


p/s: anti klimaks, bersambung di kendian hari..kikikikiki

related edition: