Khamis, 3 Mei 2012

menjejaki si dia

my fren's note. her real handwriting.
Salam everyone..

Lama sungguh tidak menulis panjang di sini. Tapi hari ini rasa ada keperluan..

Hari ini ada satu hasrat yang ingin dipenuhi. Aku tak sure adakah seswai untuk aku salurkan melalui blog picisan aku ini, tapi siapa tahu, kalo menjadi memang ada jodoh le "korang berdua". Mungkin.

Dalam pix di atas itu, aku ada attached sekali nota kaki yang kawan aku soh tepek kat dalam blog aku nie. Haa dah jadi blog mencari jejak cinta pula blog travel aku neh..;)

Nways, ceritanya macam ini...

Satu hari kawan aku berseorangan di KL Sentral. Flight dia untuk ke NZ malam itu dan dia decide untuk naik SkyBus Air Asia dari KL Sentral.

Dengan bagpack yang agak besar dan juga hand luggage yang penuh.. dia gigih keluar dari KL Sentral dan menuju ke eskalator turun ke bus centre di bhgian bawah KL Sentral.

Haa..masa tue la, ada seorang Hamba Allah yang tidak dikenali sama sekali datang approach dia dan meng-offer untuk bawakkan hand luggage dia. Gentleman dak?

Mamat tue pun nak turun dengan tangga menuju ke tempat yang sama. TAPI member aku nie macam jual mahal tak rela di tolong oleh mamat itu pada masa itu.. Walaupun diorang duduk dalam bas yang sama menuju ke LCCT, mereka hanya saling berpandangan.

Sampai di LCCT, kawan aku ingat nak tegur balik mamat itu, tapi dia dah lesap di sebalik orang ramai di sana.

Sepanjang perjalanan ke NZ, berada di sana seminggu lebih dan kini dah balik pun ke Malaysia (quite sometime already), dia masih rasa TERKILAN, kenapa dia tak ambil peluang untuk just kenal mamat nie at the very first place.

Sampai sekarang OK dia rasa macam itu.

Jadinya,

JIKA ANDA RASA ADA BERADA DITEMPAT KEJADIAN, TARIKH 20 FEBRUARI 2012, DAN ANDA ADA CUBA UNTUK MENOLONG SEORANG GADIS DENGAN BEG BESAR TP DIA TAK MAU DITOLONG(KETIKA ITU), 

Sila PM saya yea. Serious, kawan saya ini memang teringin nak kenal kamu dengan lebih lanjut.

till then..

p/s: aku akan gigihkan juga sambung cerita kashmir aku lepas nie. :-). penyakit malas aku menyerang sudah..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 1 Mei 2012