Isnin, 26 Ogos 2013

Happy #TravelholicAwesome. Heart All of them.

PreWed Photoshooting with TravelholicAwesome. Pix credit to KakiBerangan and JanggelTrekker
Di dalam masa yang singkat, kami berjaya untuk mengumpulkan sebahagian dari member #TravelholicAwesome untuk sama-sama berkumpul sempena hari raya dan photoshooting video utk tayangan video mega masa majelis akan datang. heheee

Tu dia memasing proper..ehsan pix Kak Anash aka Coconutz
Terima kasih korang sebab sanggup bangun pagi dan ada di Taman Saujana Hijau, Putrajaya yang ala-ala oversea itu untuk gathering raya tahun ini. Tempat berkumpul yang dicadangkan oleh Mr. Shahrin aka Janggeltrekker ini memang terbaik lah. Tak sempat nak explore semua kawasan pagi itu sebab masa pun suntuk dek kena pergi program-program lain selepas itu.

Terima kasih Kak Anash sebab bawa semua props penting untuk photoshoot ini. Lengkap tau, amat2 menghargainya, dah la set teko tu memang berat2 belaka. Dannnnn, kek pelangi tu MEMANG SEDAPPPP!!!!

Ehsan pix Kak Anash aka Coconutz
Terima kasih kepada Chawanna, Na sanggup datang pepagi buta bawak anak kecik lagi comei, Aqilah dan bawak plak sandwices sedap. Cawan pula datang straight dari shift keja malam dia untuk join sama. Lepas tu tertongeng2 haaa amek gambor ngan camera canggih memasing..

Terima kasih kepada Biq+Sharul, bawak nasi lemak yang sangat sedap you alls...BANYAK plak tuh.. Selain bawak nasi lemak, Biqque ni di kira nadi la utk buat video ni. Banyak betul idea dia utk skrip-skrip setiap orang. Heart u!!

Terima kasih kepada kepada blogger travel tersohor kami, JohnKakiBerangan. haaa berpeloh2 haa amek gambor, kasi idea utk dapatkan shot2 best. Yang paling x bleh blah, ko suruh Dan macam terkam aku tu kikikikii. terbaek la..

Terima kasih juga untuk Dato' Masnona yang datang jauh dari Ipoh sambil bawak kereta Wahyu dia, pepagi buta mengukur jalan dari sana untuk join photoshoot ini. Bawak pula pelbagai jenis camera utk ambil gambo..Gigih tau!!!

Terima kasih kepada Miss B aka Baya sebab datang juga. oh baru tau, ada kereta baru jugakkk. kelas tau korang Honda memanjang!!!

and last but not least, terima kasih kepada cinta hati, Dan Arif sebab  jadi co-star utk video ni, sanggup teman i ke mana-mana selama ini. Lepas ni kena gigih buat video tue pulak. hehee buat cepat tau.. x sabar kitorang nak tgk video tuhh..heheee ;)
Shot Ini yang terbaek la!!!! pix kak Anash yang punya jugek!
Bagi ahli geng  lain yang x dapat hadir sama.. kami ingat dekat korang jugak. Harap-harap semua orang bleh joinla utk next gathering event!!

Khamis, 18 Julai 2013

The #TravelholicAwesome

Ehsan pix dari henfon JanggelTrekker, tak semua yang ada dalam nie!!

Ehsan pix dari henfon JanggelTrekker juga!

Dalam sedar tak sedar, sudah hampir 2 tahun aku kenal mereka. Aku sangat bertuah untuk dapat berkenal rapat dengan mereka semua ini. Walaupun mereka ini blogger travel tersohor katanya, tapi masing-masing masih belum lupa diri dan kekalkan imej tak boleh blah masing-masing. Itu yang aku suka sangat. Dan apa yang mengikat kami adalah kami kongsi minat yang sama iaitu travel. Harap persahabatan kita kekal sampailah ke tua nanti yea!


oh yea, mereka juga yang telah menyemarakkan (gitewww kosa kata??) bunga-bunga cinta di antara aku dan dia. Sampailah dah nak kahwin ni pun. kikikikii. Orang-orang penting nih!

how can i not love u all??

muah muah

#entrytetiba

Jumaat, 12 Julai 2013

Premier toilet at Cenang Mall




Pantai Cenang Langkawi sudah banyak berubah sejak kali terakhir aku ke sini setahun yang lepas. Sekarang sudah terbina Cenang Mall, pusat membeli belah 2 tingkat yang menempatkan beberapa kedai souvenir dan cafe2 best di situ seperti the Loaf, StarBucks Coffee dan McDonald.

Public Toilet di dalam Cenang Mall ini ada 2 buah. 1 buah di tingkat bawah adalah toilet biasa, yang mana ketika saat2 aku begitu memerlukannya, toilet itu ditutup atas sebab tiada air. Ketika aku di sana, Langkawi telah dilanda banjir dan hampir kesemua hotel di sana bekalan airnya ada masalah. 

Pilihan lain yang ada adalah Premier toilet di tingkat 2 Cenang Mall yang bayaran masuknya RM1. Bila dah terdesak, pengunjung yang ada memang tiada pilihan la untuk guna juga Premier toilet yang disediakan.

Cuma yang aku pelik, ada pula bekalan air di tingkat 2 Cenang Mall ini kan. Tingkat 1 atau bawah takde la pula. Satu lagi, disebabkan ianya adalah premier toilet dan aku bayar mahal untuk masuk, makanya expectation aku memang tinggi la dengan keadaan dalaman toilet tersebut. 

Namun, agak hampa sebab takda bau wangi pun. Aku tak kisah interior dia macammana pun, tapi kalau tak wangi, aku memang kisah. Aku harap kalau lah management team Cenang Mall ini terbaca entry ini, silalah dapatkan "air refreshner Serai" untuk menambah aroma yang segar di dalam toilet premier anda yea. Memang tiada bau hancing di dalam toilet anda namun bila dah dibayar mahal untuk masuk, orang akan mahukan lebih dari itu. 

Tandas itu WAJIB bersih, kemas dan wangi. Perfect atmosphere for RM1 toilet fee entrance.
 

Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan al Kareem

Salam Ramadhan al Kareem bagi semua pembaca Muslim sekalian.

Aku kongsi sedikit di antara amalan yang boleh kita sama-sama amalkan bagi mencapai BONUS Ramadhan tahun ini.

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770). 

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). 

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). 

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki). 

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. 

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
 
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar, 
 
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957). 
 
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

9)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib). 

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Info dari http://www.zaharuddin.net/

Isnin, 8 Julai 2013

Shipping ZALORA so fast!

hi,

aku just nak kongsi pengalaman pertama aku beli barang dari ZALORA

Ada seorang insan berhati pemurah telah beri aku voucher rm50 untuk beli apa saja dari ZALORA ni. Then aku tanpa berlengahnya, teruslah menggodek-godek apa yang ada di website itu. 

Yay, aku dah dapat apa yang aku nak, iaitu cardigan. hehee bolehlah nak pakai semasa berpeleseran di pulau Langkawi katanya. Apa yang menarik, sampai aku nak kongsi di blog ini adalah, betapa cepatnya proses penghantaran ZALORA ini. Aku tak sure, depa ni memang selalu cepat macam ini ataupun aku yang bernasib baik. So, ini rentetannya:
3 July, 12.10pm : Order confirmed.
3 July, 3.32pm : Order has been shipped by FOOD PANDA
3 July, 10.30pm : Arrived at doorstep!!
 Seriously? Laju benor kan?? Harapnya ZALORA kekalkanlah prestasi yang sebegini ok. Good job!

inilah dia cardigan yang telah dibeli dengan suksesmya ;)