Khamis, 6 Februari 2014

DIY Umrah Ziarah_ Di sini bermulanya

Alhamdulillah, kami dah selamat tiba di Malaysia setelah hampir 3 minggu berjalan. Highlights travel kali ini adalah yang paling bermakna dalam hidup aku sebab dapat mengerjakan umrah buat kali pertama dengan orang yang aku paling chenta dalam doniya ini, selain dari keluarga dan kawan2 tersayang, iaitu en suami. 

Pada mulanya, di awal perancangannya, kami berhasrat untuk mengerjakan umrah dengan pakej travel agency, ala yang femes bangat untuk pakej umrah ziarah tu, Andalusia. Yela senang kan, nak relax2 sahaja lagipun ini honeymoon trip sekali. Kami juga merancang untuk ke Turki , maka kami pun approach Andalusia untuk tanya mengenai Pakej Umrah Ziarah Turki. Bila aku tengok tentative program dia, depa singgah Turki dalam 4 hari sahaja, cover Istanbul dan juga Bursa. Apa yang aku suka dengan Andalusia ni, tarikh departure memang hampir setiap hari ada group yang pergi dengan depa pada bulan Januari tu. Bulan-bulan yang lain pun sama kot. Since aku dan en. suami adalah kaki jalan, maka 4 hari di Istanbul... hmm mana cukupppp!

Maka kami pun requestla untuk terbang ke Istanbul lets say on 11th January (join departure group  lain), then join group umrah ziarah andalusia yg start on 14th January. Jadinya sebelum kami join group umrah ziarah andalusia tu, kami nak terjah bahagian tengah Turki di wilayah Cappadocia atau Kappadokyya. Malangnya, depa tak dapat nak entertain request2 yang sebegini memandangkan bila buat group booking ticket dengan Turkish Airlines tu tarikh pergi dan balik kena sama. Kalau nak pergi awal dari tarikh group yang kita nak join tu, maka harga pakej akan jadi lain, bertambahla, since harga tiket flight berbeza. Kami faham, then kami request berapa harga pakej dengan tiket flight kalo gi awal, aku minta emelkan pada aku, 2 kali aku call, NAMUN SAMPAI SEKARANG, reply dari Andalusia nan hado. Ok fine, mungkin depa ingat kami tak mampu atau mungkin depa malas nak layan sebab ramai lagi orang yang depa nak layan selain dari kami kot. well, kami terus ke Plan B.

Plan B kami, apa kata kita pi turki, dok sana seberapa lama yang kita nak, then kita buat umrah secara DIY? Maksud umrah secara DIY ini, kami approach mana-mana agensi yang buat visa umrah dan boleh offer hanya ground arrangement. Untuk makluman, kita tak boleh apply visa umrah tanpa agen umrah dari Malaysia yang disahkan.

Maka pencarian info dimulakan dengan gigih especially dari en. suami la. Memang dia yang bebetul pulun cari info pasal ini. Di samping itu, ada juga orang lain yang pernah buat secara DIY dan mereka share di dalam blog, itu memang sangat-sangat membantu. Terima kasihla..

So first step, korang pegi link ini, Approved Umrah Travel Agents : Malaysia

Dalam link ini, ada 27 syarikat/agensi yang telah disahkan oleh Ministry of Hajj, Saudi Arabia. Hanya 27 agensi ini sahaja yang boleh apply Umrah Visa untuk mana-mana jemaah umrah dari Malaysia. Haaa.. jadinya, korang approach la satu-satu company ni. Kebanyakannya tak terima request yang nak amek buat visa umrah+ground arrangement sahaja. Ada yang buat, tapi minimum pax yang depa nak untuk satu group itu 10 orang. Tapi aku suggest, korang try je la tanya satu-satu. Kami hari tu, tanya a few company sahaja sebab masa pun suntuk. Dan akhirnya kami ambil dengan XxX Service Sdn. Bhd. 

So, apa jenis ground arrangement yang XxX Service Sdn. Bhd ini boleh offer dan ok ke?

Aku akan cerita dengan lebih lanjut dalam entri akan datang.

ps: Ada sebab aku namakan agent umrah visa kami ni dengan XxX ni. Akan aku ceritakan kemudian. :-)

Isnin, 13 Januari 2014

Wedding Slideshow during Reception :-)

Wedding Slideshow yang telah ditayangkan semasa majlis perkahwinan kami dibuat sendiri oleh en. suami. Dalam masa 2-3 hari sebelum majlis, video ini dibuat dan siap sehari sebelum majlis. saspen sangat!

Klik SINI untuk tontonan :-)



Best tak?

Terima kasih kepada The Styliss Photography dan juga #travelholicawesome members sebab rela menangkap gambo2 yg awesome semasa pre-wed kami. Itula.. sangat beruntung ada kawan-kawan travel yg suka amek gambor nie. 

:-)

Rabu, 8 Januari 2014

Isnin, 6 Januari 2014

Istanbul - Cappadocia - Kayseri: CouchSurfing

Pengalaman pertama aku dengan CouchSurfing bermula di Delhi dan Kashmir. Memang seronok berjumpa dengan orang tempatan, menyelami apa yang sebenarnya mereka rasa dalam menempuh kehidupan yang lain dari kita di sini. Kita tidur di rumah mereka, kita kongsi apa yang mereka makan dan all good and bad stories. 

Sebab itu, untuk trip honeymoon kami, aku suggest untuk try ber-couchsurfing di sana. Especially di Kayseri, SEBAB accommodation di sana agak mahal berbanding di Cappadocia and based on observation aku, orang turki ini agak peramah. Setelah mendapat green light dari suami, maka bermulalah Host hunting aku di Kayseri.

Aku postkan Itinerary ini di account CouchSurfing aku:
"Hi!!
We are an avid travelers from Kuala Lumpur, Malaysia. Both of us are in construction business but traveling the world is always be top priority and we love to write about our travel in our blog,
www.danarif.com/blog and also theponderofme.blogspot.com.
We are just married and planning to have our honeymoon in Turkey for a week. We plan to spend 3 days in Istanbul and the rest in Cappadocia and Kayseri. Would love to meet few CSers along the way or maybe some of you can offer us a place to stay and chit chat. Would glad to meet and get to know the local people thou.
Do leave us with some good news! Kayseri and Istanbul Aku Datang!"
and guess what, aku terima banyak jemputan dari CSer dari Istanbul dan Kayseri! Bagus sangat depa ni!

Di antara yang telah meng-offer kami:




We will meet both of them, InshaAllah.
This is the sweetest invitation that i've ever got!
Ini adalah di antara sebahagian jemputan yang kami dapat. Setelah membuat background check bagi setiap host (Ini adalah sangat penting okeh) , maka kami decide untuk berjumpa beberapa orang dari mereka. 

Aku harap pengalaman CS yang akan aku dapat di sana nanti semuanya indah-indah. CS project is awesome if you really know how to benefit from it.

Best advice: Try it!

Khamis, 2 Januari 2014

Pre-Travelling: Istanbul - Cappadocia - DIY Umrah-Ziarah : Flight Tix Secured!

Akhirnya... masa untuk Honeymoon hampir tiba! Kami tunggu hampir 3 bulan lebih dari tarikh kami kahwin untuk berbulan madu. Tempoh "financial recovery" yang agak lama. Masing-masing pun gigil terlebih sebab dah lama tak naik kapal terbang. Dan yang paling bermakna, kami akan  buat umrah sekaligus.. secara DIY, InshaAllah :-).

Alhamdulillah, semua tiket flight telah berjaya kami booking!

1. Kuala Lumpur - Istanbul, Jeddah - Kuala Lumpur
2. Istanbul - Madinah
3. Istanbul - Kayseri - Istanbul

1. Kuala Lumpur - Istanbul, Jeddah - Kuala Lumpur (Qatar Airways)

Tiket ini kami beli setelah jenuh menggodek-godek website Skyscanner.net. Special thanks to En. Suami sebab dia yang paling gigih. Jenuh juga membuat comparison airlines mana yang boleh offer best rates sebab kami nak cari bukan return air flight tix tapi untuk multiple destinations, dari Kuala Lumpur ke Istanbul dan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Dan kalau boleh nak dapatkan yang paling murah (ketika itu).

Kebetulan Qatar Airlines ada buat promotion ketika itu. Maka kami terus ke website Qatar dan buat booking yang sepatutnya. Untuk multi city flight tix yang kami booking, harga yang kami dapat dalam rm2.4k/pax. Kami akan transit selama 7 jam di Doha untuk tix Kul-Istanbul dan direct flight untuk tix Jeddah-Kul.

Just nak share, jika korang nak direct ke Jeddah untuk Umrah, korang boleh cuba cari tiket dari Air Asia X. At times, untuk return tickets KL-Jeddah-KL, boleh dapat sampai rm800-1000 per pax (harga masa first launching). Sapa yang untung? Haaa silalah alert dengan promo dari AirAsia X ni yea.

2. Istanbul - Madinah (Saudi Arabian Airlines)

Tiket ni kami beli kemudian selepas dapat confirmation dengan agen visa umrah berkenaan  umrah DIY kami yang boleh bermula dari Madinah. Selepas digodek-godek, Saudi Arabian Airlines yang boleh offer paling murah dan kami pun rembat dengan rm1.06k/pax.

3. Istanbul - Kayseri (AtlasJet Airlines)

Alang-alang bila dah sampai Istanbul ini, kami plan nak lajak ke Cappadocia. Mula la nak tamak kan. haishh. Nak tengok Magical Cappadocia during Winter katanya. Harapnya ada la salji masa tu kat sana. Jadinya kami ke website AtlasJet Airlines, ala-ala Air Asia la ni, dan dapat rembat tiket sehala dari Istanbul ke Kayseri dalam rm96/pax. Sebenarnya nak beli return tix, TETAPI timing balik dari Kayseri-Istanbul ni pukul 7pagi. Terlalu awal sebab kami plan nak tengok tempat skiing di Mount Erciyes, Kayseri. Iya, tamak juga di situ. Makanya terpaksalah cari airlines lain yang fly lewat sket dari Kayseri ke Istanbul iaitu Turkish Airlines.

p/s: Ada satu lagi company, Pegasus Airlines yang offer domestic flight sekitar turkey dan europe ni. Lagi murah dari Atlasjet. TETAPI untuk ke Kayseri dari Istanbul, airportnya di Sabiha Gocken airport bukan Atarturk Airport (Asian side of Turkey). Itu yang problemnya sebab Sabiha Gocken ni lebih jauh dari Istanbul. Transportation ke sana mungkin lebih mahal dan tempoh perjalanan lagi lama.

oh yea, kalo nak travel dari Istanbul  ke Cappadocia (Kayseri/Gerome) dengan bas pun boleh. Tambang dalam 18-28 lira (rm30-48). Separuh harga murah kalau nak dibandingkan  dengan naik flight. Tetapi, travel hours dalam 11jam la. Kalo korang ada masa yang lama di Turki, memang aku suggest naik bas. Mungkin boleh enjoy view sepanjang perjalanan (kalo travel waktu siang la). Kami hanya ada masa dalam seminggu sahaja di Turki, jadinya naik flight adalah mode transportation yg paling ideal la untuk kami ketika itu.

Check out this WEBSITE . Intercity bus route.

4. Kayseri - Istanbul (Turkish Airlines)

Demi mahukan masa yang lebih sket di Kayseri, kami beli tiket jam 3pm. Dapat harga tiket rm160/pax. Mahal dalam rm64 dari tiket pergi. Rasanya berbaloi juga sebab itu harga promo dari Turkish Airlines, untuk full board airlines, aku consider harga tu murah la kan..huhuhuu

Jadinya untuk kesemua tiket-tiket di atas, total loss dalam RM3.7k/pax. Okla tu sebab kami naik 4 airlines yang berbeza dan destinasi pun pelbagai. Bila dah secure tiket ni, maka bolehlah dengan gigih untuk merancang itinerary kami di Turki dan Saudi Arabia! Bak kata mr president #travelholicawesome, no ticket no talk! :-)

Till next time..