Ahad, 31 Oktober 2010

Sepetang di MapKL, Solaris Dutamas

Aktiviti semalam telah diisi dengan menonton filem-filem atau ceritacerta pendek hasil buah tangan anak-anak muda seni dari universiti-universiti tempatan Malaysia. Sebelum ini memang aku tak pernah pun tahu kewujudan MapKL. Apa itu MapKL? Sila click sini.
Located at Solaris Dutamas, MapKL shows the works is an exciting programme of community oriented activities that encompasses the widest possible diversity of creative content.
MAP will provide opportunities for arts and cultural producers from multidisciplinary backgrounds to develop their ideas while promoting compelling encounters to a broad audience. 
As a meeting point between artists, curators, critics and the public, it will also serve as a catalyst for the exchange and exploration of contemporary ideas.
Yea la, aku kan tergolong dalam golongan yang agak skema dan tidak begitu terdedah dengan aktiviti2 seni ni sebelum ini. Jadinya, apabila dua orang teman mengajakku untuk hadir sama dalam salah satu event MIMPILEM nie, aku pun ok jea la nak join.

Setelah mengisi perut yang agak lapar di Meatworks, SohoKL kami terus menuju ke bangunan MapKL ni.

Nice ambience tapi takkan datang lagi makan di sini sebab the cuisin not dat value for money la. Biase jea, x sedap mana pun. Tapi sebab dah lapor, bedal jeala.

Bangunan Duta Solaris nie kalo nak ikutkan tak siap lagi. hampir 85% aku kira. Tak selamat lagi kalo nak diadakan aktiviti2 yang memerlukan crowd yang ramai. tapi aku suka beberapa elemen seni yang ada dalam MapKL nie.


Locationwise: Toilet (Ladies). Cantik kan?
Ok, cuba tengok surau dia pula..
Agak sadis kan? Ini yang agak mengecewakan. Belum lagi tengok details benda2 teknikal yang ada dalam surau nie. Konfem susah nak dapat CF jika dibuat inspection. Memang 'out' la. Moga-moga pihak berwajib peka dengan kemudahan-kemudahan sebegini. Memang dah bagus telah lengkap menyediakannya, tapi janganlah sekadar melepaskan batuk ditangga. Kualiti perlu ada walaupun ianya hanya surau. Toilet dah cantik dah.
Nways, terima kasih kepada Ayen dan Tina kerana jemputan ini. Hasil karya anak2 muda (muda ke?) ;) memang bagus dan refreshing. Tahniah kepada penganjurnya Aloy Paradoks. Begitu juga kepada Hafdzi, walaupun x begitu paham jalan cerita keseluruhan pada masa tayangan semalam tapi scene rebus bra untuk pelaris jualan nasik lemak agak terkesan di hati. hehee klakar la. ;)
 Till then..
hot choc.. i need another cup of that.. shall we?

Sabtu, 30 Oktober 2010

The 'Woow' Factor of Islamic Fashion Festival 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL 
Kuala Lumpur : Jakarta : Monte Carlo

Isu ini telah diperdebatkan dengan penuh meriah dari pelbagai lapisan masyarakat dari UMNO bahagian sehinggalah penganalisis politik pro-kerajaan mahupun barisan pembangkang sejak awal minggu ini.

Mana taknya, kalau kita hayati betul-betul tajuk Festival yang dianjurkan bersama oleh Kuala Lumpur ini di Monte Carlo, Monaco iaitu, ISLAMIC FASHION FESTIVAL tersebut, niat penganjurannya agak murni dan sejuk hati mendengarnya. Ia membuktikan bahawa begitu kuat pengaruh Islam dalam arena fesyen di peringkat antarabangsa sekarang.

Walaubagaimanapun, apabila dilihat setiap rekaan yang terlahir dari pakaian yang dipersembahkan semasa Islamic Fashion Festival itu agak menyedihkan lagi mengecewakan.




Memang "wow" kan?

Especially bila ini yang ditekankan:
It is believed that this festival is to reflect the true spirit of Islam, the beautiful side of Islam, and the modesty. bla bla bla.. 
Hmm, sekali lagi dan lagi "WOW". Memang agak tidak terkata apa-apa apabila diingat-ingat. Apabila terbayang-bayang imej yang cuma diketengahkan di sini dan diagungkan sebagai mencerminkan spirit sebenar Islam tersebut.
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan;
Kesalnya kerana Islam telah dicerobohi secara halus. Pakaian adalah lambang Islam yang sentiasa diperhatikan oleh agama lain, jika dari sudut itu kita sudah gagal mempamerkan Syiar tersebut, apakah terdapat aspek yang lain yang mampu dipamerkan lagi?

Pakaian itu adalah Akhlaq.

Kekesalan ini berdasarkan beberapa perkara yang telah melanggari hukum yang digariskan oleh agama. Antaranya adalah:

1. Dalam festival tersebut, pakaian yang dipamerkan tidak banyak mempamerkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam bahkan jika dilihat ia lebih tertumpu ke arah mahu memodenkan fesyen Islam.

2. Terdapat unsur-unsur penghinaan apabila secara terang-terangan menggunakan kalimah ‘Muhammad’ pada pakaian yang tiada langsung menepati prinsip Islam.

3. Menggunakan label Islam hanya untuk mendapatkan populariti. Ia seolah-oleh mengambil kesempatan terhadap nama Islam yang sedang naik dan mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.

Saya amat pasti, sebilangan umat Islam merasa terguris dengan festival ini. Terguris akibat Islam telah ditafsirkan dengan pandangan yang salah. Click sini bagi kenyataan terperinci.
Tiada masalah untuk berfesyen bagai, tetapi apabila menggunakan nama Islam sebagai tunjang sesuatu Festival, pihak penganjur perlu peka dengan apa yang dipersembahkan. Sejauhmana isi persembahan menepati tema fesyen tersebut dan mencerminkan imej Islam yang sebenar. MISLEADING YANG TOTAL BAGI ISLAMIC FASHION FESTIVAL bagi tahun ini.

Khamis, 28 Oktober 2010

Merapi lagi..

pix: Background belakang merupakan laluan larva panas semasa Merapi meletus tahun 2006. Memang besar laluan tue. even selepas 3 bulan letupan kawasan itu masih berasap panas..
Laluan itu kini dilitupi debu tebal..

Sehingga kini angka kematian semakin meningkat. Moga-moga keadaan tidak menjadi semakin teruk..Kali ini letusannya agak kuat dan berkali-kali..

Rabu, 27 Oktober 2010

Tahniah Buat Adikku..

Hari ini telah ambil cuti bersalin sempena hari graduasi adik aku. Schedule kerja minggu ini memang padat tapi nasib baik dapat juga pelepasan cuti untuk hari ini dari bos. Walaupun dengar ada isu besar yang melibatkan aku hari ini di ofis dan rakan sekerja telah minta aku bersedia bila masuk ofis pagi besok. Adoi, bersedia untuk kena marah ke? hmm..

Nways, hadir ke majlis graduasi adik aku hari ini mengingatkanku pada masa graduasiku dulu, 6 tahun lepas. :).. Dan ada perkara yang masih belum selesai berkenaan hari tersebut walaupun telah 6 tahun berlalu.. Gambar aku amek sijil kat atas pentas tue masih dekat kedai jurugambar lagi ok. Dahsyat kan? Gila.. Dari hari ke sehari aku menangguh untuk ambil gambar tersebut di kedai berkenaan iaitu di sekitar Petaling Jaya sehingga ke hari ini. Adoi bile la nak amek tue. Aku penah telepon skali kedai tue sekitar tahun 2007, nak tanya ada lagi ke gambar tue. Apek tue kata, jgn risau..gambar konvo dari tahun 1999 pun diorang ada simpan lagi..Ya Allah, aku ingatkan aku sorang jea bermasalah dalam kes ini ;)

With her..



 beloved familia..

Konvo adik aku nie dibuat di PICC. Hehehee. Aku usha gak 'atrium berpokok itu'. Masih ada aktiviti ttut. Nothing much can i say about dat then..

Selepas tamat upacara konvo, kami perlu beratur hampir 2 jam untuk tunggu turn ambil gambar bersama familiy. Bukan malas nak cari kedai di luar tapi masa yang diperuntukkan untuk pemulangan jubah sebelum pukul 3pm. So kalo nak bergambar bagai sebelum itu la. Dan pendaftaran untuk sesi bergambar telah dibuat sebelum konvo lagi.

Kenapa perlu beratur sehingga 2 jam? Bagi aku, tiada sistem yang teratur diaplikasikan semasa sesi bergambar dibuat oleh company yang dipilih untuk mengendalikan perkara tersebut. Que system memang out. Lagi teratur jika mereka boleh memikirkan untuk membuat sistem angka giliran atau sebagainya bagi mengelakkan orang menunggu sambil beratur dan berpusu-pusu. Crowd control perlu diperbaiki jika mereka diberi peluang untuk mengendalikan hal-hal seumpama ini di masa hadapan.

Ramai juga orang menyumpah bagai semasa sesi bergambar itu. Memang kesian aku tengok staf company fotography itu kena marah dengan individu-individu lain yang hilang sabar. Itula, next time kalau dapat job sebegini, boleh ambil iktibar dan perbaiki sistem yang digunapakai sekarang supaya masalah ini tidak berulang lagi dan lagi.

Anyhow, tahniah diucapkan kepada adikku itu. Lepas nie kena kerja rerajin dan jangan lupa hulur mak ayah apa-apa yang patut setiap bulan yea. Bila lagi nak senangkan mak ayah kan..?

:)

Selasa, 26 Oktober 2010

Merapi itu mahu meletus..

Ia mahu meletup..

 
 Pix: Di ambil oleh Mas Dhani semasa trip Jogja April 2010
Sumber Utusan:
Mengikut data yang direkodkan semalam, sehingga pukul 12 tengah hari, aktiviti seismik Gunung Merapi menunjukkan berlakunya 90 kali guguran bahan volkanik, gempa pelbagai fasa (MP) 290 kali, gempa volkanik dalam sebanyak tiga kali dan gempa volkanik singkat sebanyak 36 kali.
Pada tahun 2006 Gunung Merapi meletup mengorbankan dua mangsa dan letupan yang sama berlaku pada tahun 1994 mengakibatkan 60 orang terbunuh dan pada tahun 1930 pula ledakan gunung itu menyebabkan 1,300 terbunuh.
Diharapkan letupan Tahun 2010 ini tidak mengorbankan sebarang nyawa hendaknya...Moga-moga teman-teman di sana menjaga diri dan keluarga seadanya. Hati-hati dong..

Kepada Geng Jogja April 2010: 

Masih ingatkah kamu semua dengan persoalan yang aku utarakan kepada Mas Dhani dan Hendra masa dalam kereta berkenaan bagaimana Kerajaan Indonesia dalam memberi kesedaran kepada rakyat mereka terhadap Disaster Management yang mereka ada dalam menangani bencana alam sebegini..?
Adoi, tiba-tiba aku teringat, in case kali nie punye letupan besar dari tahun-tahun sebelum ini...Moga-moga dijauhkan..


Nways satu persoalan lain:
kapan ke jogja lagi?

 Tugu itu sedang menunggu.. :))