Khamis, 27 Januari 2011

Tenkiu Cipah for "the pos Ekspress"

Sampai rumah petang tadi dapat satu bungkusan pos ekspress dari Kuantan.
Kawanku, cipah telah menghantar segala pamplet pasal singapore and nota-nota penting. Thanks Cipah, ko memang DA BOMB! Tang notes tulisan tangan ko tue yang paling best!
Memang plan pi Singapore ini adalah plan "tiba-tiba"-ku. Tetiba terasa nak ke sana dan maklumat sebegini memang amat2 membantu. Information di Internet pun sangat banyak dan membantu. 
So far, hostel aku dah book semalam. Alhamdulillah, baru dapat confirmation dari sana. Memang agak saspen memula sebab lebih dari 5 tempat aku tanya, semua dah penuh. Naseb baik dapat juga akhirnya. 

Ada satu lagi perkara yang sangat penting dan tidak buat lagi. Tiket keretapi aku tak beli lagi! wohohoho! Memang gamble. Ingatkan sat lagi nak pi KLSentral carik tiket. Mintak-mintakla masih ada tiketnya.

cross fingers on that!

till then, xoxo.

p/s: Hari ini 27th January. Happy 36th birthday, wherever you are now.


**bad news from KL Sentral>> cita-cita untuk menaiki keretapi tanah melayu terpaksa dikuburkan. Hmm.. tiket sudah HABIS! ;'(

Selasa, 25 Januari 2011

Rabu, 19 Januari 2011

Hujan lebat yang turun_nightmare for pedestrian

Hari ini merupakan hari keduaku menggunakan pengangkutan awam.

Petang tadi balik dari pejabat, hujan sangat lebat. Aku tunggu sampai 5.10pm tapi hujan masih lebat.

Hmm..tak bole jadi. Aku kena juga gerak untuk balik rumah.

Berbekalkan payung (besar stok payung kereta), aku meredah hujan dan berjalan ke stesen monorel berhampiran.

Setengah perjalanan ke sana, skirt labuhku sudah lenjun. Itu tak kira kasut baruku yang aku beli khas untuk keselesaanku berjalan jauh. Basah juga. Terasa berat dan lenjun. Payung sebesar mana pun memang tidak begitu berfungsi secara keseluruhannya jika hujan lebat amat.

Pedestrian walkway juga memang bergenang dengan air hujan. Tiada pilihan lain. Terpaksa diredah jua. 
 Pix: Ihsan Google

Sampai rumah pukul 5.45pm.

Sekarang aku perlu mendapatkan clarinase untuk selsemaku sekarang. Moga besok pagi hingusan yang ada kering.

Perjalanan balik pada hari kedua, percubaanku menggunakan pengangkutan awam penuh dengan dugaan.

Tetapi belum lagi melemahkan semangat aku untuk mengharungi hari ketiga besok.

xoxo

Selasa, 18 Januari 2011

The Italiannese, Tq Naju!

Surprised birthday party yang dikepalai oleh temanku Naju bagi Emmy, Akil, Ama dan Ayra begitu best kali ini. Tempat yang telah dipilih adalah di Italiannese, The Curve. Aku pernah makan di sini, satu ketika dulu dan pasta dia memang superb. Itu yang aku suggestkan pada Naju untuk sesi belanja makan yang dia mahu adakan.
Inilah dia geng Underdesk aku. Kenapa underdesk? sebab masa di hostel dulu, masa prep kitorang slalu makan bawah meja prep. Buat kenduri pule di bawah meja di kala membawa juadah makanan bekalan dari rumah. haih..memori sungguh!

p/s: hari ini sampai ofis pukul 7.42am. cepat sikit dari semalam..

Isnin, 17 Januari 2011

Hari ini Permulaannya. Go Lo-Co2!

Sejak minggu lalu, dengan tiba-tiba aku ingin mengubah mode of transportation ku ke pejabat. Selama ini aku memandu kereta sendiri. Mungkin sebab lokasi pejabatku tidak berapa jauh dengan rumahku. Parking di pejabat juga percuma. Hanya memerlukan tempoh perjalanan yang agak singkat. Jika musim cuti sekolah, aku boleh sampai ke pejabat dalam 10-15minit memandu. Namun jika hari biasa, perjalanan ke pejabatku memakan masa 30 minit. Biasanya jika aku keluar rumah 7.05am, aku akan sampai pejabat dalam pukul 7.35am.


Hari ini, 17hb Januari, aku telah mencuba mod pengangkutan awam, LRT. Jam 7.00am aku keluar rumah dan berjalan kaki ke stesen LRT berhampiran dalam tempoh 7 minit. Naik Star-LRT dan bertukar ke mod yang lain, Monorel di Stesen Hang Tuah. Dari sana terus ke pejabatku. Aku sampai pejabat, tepat jam 7.46am. Hmm terlebih 16 minit pula dari tempoh perjalanan biasa dengan kereta.


Tempoh percubaanku adalah selama sebulan. Jika sepanjang tempoh percubaan ini aku selesa, aku akan teruskan. Untuk hari pertama, aku rasa selesa dengan perjalanan hari ini. Badan terasa segar lain macam. Mungkin kerana berjalan kaki di awal pagi.


Aku suka.

p/s: Lo-Co2 >> Low Carbon, mari kita ke arah Low Carbon Society!