Rabu, 1 Disember 2010

THE 25 RANDOM HABIT

Pix: Permandangan yang aku dapat semasa mendaki Bukit Tabuh, Hulu Klang. :). Rasa macam mahu ke sana lagi..

Earlier this week, cik fiza telah mengetaq aku untuk menjawab 25 Random habit aku. Banyak benor sampai 25 perkara. Tengok la kalo letih nak menaip kesemua 25 perkara itu, aku buat versi sambungan kemudian ;)

Peraturannya adalah:
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
1. Hanya mula bercinta pada umur 18 tahun. (lam-mim-ba-ba kan bab-bab ini ;p)

2. Belajar bahasa arab dari form 1 sampai form 5, tapi setelah ditinggalkan sejak 12 tahun yang lalu.. sekarang, langsung berterabur ingatan terhadap bahasa itu. Sayang bile diingat-ingat..

3. Belajar menikmati  ikan masa masuk asrama form 1. Terpaksa, xda menu lain yg bole dimakan..

4. Aku rasa laksa yang paling sedap dalam dunia ini adalah laksa yang mak aku buat. Serious.

5. Apabila hati begitu marah, mulut akan terlaser. upps terlebih sudah. ;)

6. Ada masanya agak kurang sensitif especially bila bab2 hati nie. Agak cold-hearted.

7. Suka kaler biru, pink, merah kenkadang oren.

8. Bila bekerja agak skema dan serious. Garang? yang tue kena tanya siapa yang pernah bekerja dengan aku.

9. Sangat MEMBENCI rokok.

10. Slalu tertinggal / tercicir hp. Last skali ilang hp mase kt airport perth. tercicir di sana dan kena beli yg baru..

11. Seorang yang agak setia. (Bodoh apabila diingat2)

12.  I speak my mind. Tidak semua orang boleh terima ini.

13. Pernah failed paper GIS mase study dulu; walaupun map GIS studio dulu aku ngan kak z yang prepare. Aku ingat sampai sekarang lecturer itu.

14. Selalu juga berangan percintaan ala-ala fairy tale. haha

15. Pernah langgar blakang kereta orang 2 kali. upps.

16. Start makan ikan keli masa matriks di UIA. Kat cafe Aisyah college. Baru tau betapa sedapnya ikan keli rupanya. Sebelum tue, kalo mak masak memang tak penah nak rasa sebab geli.

17. Terlepas cakap kat parents kalo selepas 30 tahun x kawen lagi, aku akan akur dengan sesiapa yang mereka pilih. (Alamak, rasa nak tarik balik statement itu). Sebelum ini memang degil dengan pilihan sendiri dan engkar dgn pilihan mereka.

18. Dah lama berangan nak pergi kashmir.

19. Begitu mudah untuk membeli barang. Tak payah pusing banyak2 kali. Kalo berkenan terus beli. Ada ketikanya sangat bahaya.

20. Dulu masa kecik-kecik nak jadi cikgu. So lepas spm, kat borang UPU banyak minta course pendidikan, tp tak lekat pule. Pilihan ketujuh yang dapat. Rezeki dengan built environment.

21. Sangat menyukai alam semulajadi. Ajak la trekking memane, kalo free memang senantiase akan join.

22. Pernah lemas semasa snorkelling di Redang pada tahun 2007. Pancit (sebab x bole pakai fin) selepas 15 minit snorkelling tanpa life jacket. Nasib baik life saver ade masa itu..

23. Mau amek lesen scuba diving tahun depan. siapa mau join?

24. Sangat mudah untuk tidur jika penat. Sambil duduk pun bole lena berjam-jam.

25. Selalu mengaku aku orang Perak.

alright, nak tag sampai 25 orang, ramai sangat. So bagi sesiapa yang ditag ini, kalo ada masa bole la jawab ek. :))

1. cik fiza
2. Lyn hamzah
3. Ayen
4. Temi
5. Kakak Gorjes
6. Ayu
7. Amy
8. poyaty
9. En_me
10. talkisaid

ok, nanti aku sambung lagi listing neh..

11 ulasan:

  1. HAHAHA

    KENA LAGIIIIIIIII

    NANTI AKU SAMBUNG JELA ENTRY 10/25.
    YG TU PUN TAK ABEH JAWAB LAGI.

    ;D

    BalasPadam
  2. huhuhuhu...
    kena tag lagi...
    insyaallah akan disiapkan...

    BalasPadam
  3. @lyn:
    hehee sorry lyn, aku suke tag ko. sila siapkan ek ;p

    BalasPadam
  4. aku pun nak gi kashmir. rasa macam best je tampat tu. huuu~

    BalasPadam
  5. memang best pun sana. Cuma sekarang nie bahaye sket nak pegi, kurang aman. nanti dia dah reda sket, kite gie ek ;)

    BalasPadam
  6. xper me pass.. lgpown me dah buat tag nih lamer dahh:

    http://memanglumayan6.wordpress.com/2009/02/13/nostalgia/

    BalasPadam
  7. mas, nak joint yg no 23 tu. kat mn mahu amik?

    BalasPadam