Isnin, 20 Disember 2010

Rahsia Tarikh Lahir Anda

Sejauh mana kita boleh mentafsir atau membuat jangkaan terhadap kehidupan ini dengan hanya melihat kepada tarikh lahir kita?

Sesungguhnya, aku pun tidak begitu yakin dengan sejauh mana kebenaran jangkaan yang dibuat. Walaubagaimanapun,  banyak kajian telah dibuat dengan teliti oleh banyak pihak dalam mengkaji hubungkait  tarikh lahir dengan personaliti seseorang individu. Percaya atau tidak, dalam banyak kes, hampir 80% hasil keputusan yang diterima agak selari dengan sikap dan juga personaliti individu itu sendiri. Mungkin kebetulan..

Tadi aku ada cuba satu sistem yang telah dicipta oleh Dr Azizan Osman dari Rich Richer Network. Siapa dia ini? Cuba click sini.
Berdasarkan perisian yang telah dicipta oleh Dr Azizan ini, keputusan aku adalah seperti berikut:
No. Akar aku adalah 1 (Logam)
Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan. Mempunyai kuasa analisis yang kuat. Dengan sentiasa membuat analisis, seseorang itu akan menjadi individu berilmu. Tetapi sekiranya seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa, ianya akan menjadi tamak. No. "1" juga merupakan seorang yang teliti dalam semua perkara. Individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikat peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini. Hiburan akan menjadi sesuatu yang baik dalam perhubungan awam. Kekayaan biasanya akan datang apabila umur mencapai 34 hingga 42 tahun. Seseorang yang telah dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai kuasa yang kuat. Mempunyai semangat dalam persahabatan. Banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan.
Dr. Fazillah Kamsah pun ada buat kajian terhadap Rahsia Tarikh Lahir berdasarkan Bulan Kelahiran. Bagi sesiapa yang Bulan JUN, aku share skali apa yang berkaitan:
Berfikiran jauh dan berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Perangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, sangat banyak idea. Bersikap sensitif. Otak sentiasa aktif berfikir. Sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menangguh-nangguh. Sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet. Cepat marah dan cepat sejuk. Suka berdebat dan bercakap. Suka buat lawak dan bergurau. Otak cerdas dan berangan-rangan. Mudah dan pandai berkawan. Orangnya sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah terkena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Kurang pamerkan perasaan. Lambat sebuh bila terluka hati. Suka brangan berjenama. Mudah jadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya.
Untuk tahu rahsia bulan kelahiran yang lain, bole click sini.


Well, sejauh mana ia benar?! Hanya anda / diri sendiri yang dapat menilainya. :)

11 ulasan:

  1. wah menarik ni.. akan ku cuba sebentar lagi hhihihi tq sis :)

    BalasPadam
  2. sis.. cmne nk wat yg segi tiga tu huhuhu xde pn kt page dr azizan tu

    BalasPadam
  3. aku rasa macam betul kene je dkt ko. heheh.

    BalasPadam
  4. @cik fiza:

    harus di cuba. jumpe dah softcopy system tue? kalo belom, leave me your email add. akak email kat awak filenya. ok?

    BalasPadam
  5. @GB:

    yeke? huhuhu ade bende yg kene, ada mende yang sipi2, ada mende yg agak berlarian, ape2 pun, i keep it mysteriously..;p

    ko kenal aku macammanakan..

    BalasPadam
  6. my email fizzie_fiza@yahoo.com.. tq sis.. syg sis!

    BalasPadam
  7. ayo

    kirekan boley?
    nanti aku banje sundae mekdi

    gila malas aku nak buat!

    hahahaha

    BalasPadam