Jumaat, 25 Februari 2011

Experiencing Temasek aka Singapore 2: Pasir Ris Public Housing

Entri hari ini adalah sambungan dari Entri Ini

Selepas mendapat tidur yang nyenyak di Rumah Cik Samsuri di Pasir Ris, kami berangkat untuk menyambung balik kembara kami pagi itu. Cik Samsuri tinggal di Kawasan Perumahan Awam Pasir Ris. Sebab aku ni jenis yang banyak tanya, memacam la info aku korek dari cik samsuri dan cik maryam ini berkenaan rumah yang diorang duduk nie.

Sebelum ini mereka memiliki rumah persendirian (private property). Walaubagaimanapun, atas desakan pembangunan Singapore, kerajaan telah membeli private property mereka melalui land acquisition. Wang pampasan yang mereka dapat memang banyak dan berbaloi dengan nilai hartanah semasa kawasan itu. Mereka telah diberi pilihan untuk membeli unit rumah di salah satu skim perumahan awam di situ. Rumah yang kami tumpang tu aku rasa keluasan ruang lantai dalam 1300++ meter persegi. Ada 4 bilik keseluruhannya. Memang selesa. Harganya juga besor le, dalam SGD350K. Mereka beli rumah itu cash. Tapi duit pampasan masih banyak yang berlebihan dan disimpan untuk kegunaan masa depan. Nways, harga semasa based on current property value adalah dalam SGD550-600K. Memang berganda nilainya selepas hampir 10 tahun duduk di situ.
Management Corporation public housing memang sangat strict. Merokok di kawasan playground memang dilarang sama sekali. Penguatkuasaan memang effiisien kerana semua org sgt prihatin dan jika ada yang melanggar peraturan, aduan akan sampai ke pihak management. Jika ada kelibat budak sekolah atau underage menghisap rokok, ibu bapa akan didenda.
Setiap kereta perlu park kereta mereka di bangunan multistorey parking yang disediakan (monthly fee: SGD90). Parking di depan bangunan hanya untuk tujuan loading unloading sahaja. Jika ada juga individu yang tak ikut peraturan, denda adalah balasannya.
Sebarang rayuan terhadap denda yang dikenakan boleh dibuat melalui emel sahaja. Pihak pengurusan memang tidak favor utk berjumpa atau telefon. Jika justification dalam emel munasabah, denda boleh dikurangkan atau ditarikbalik. Jadinya, potensi birokrasi atau rasuah memang tiada.

Kawasan persekitaran perumahan awam ini memang bersih. Larangan No Littering memang berkesan sebab penguatkuasaan memang tegas. CCTV merata2. Sekolah terletak berhampiran dengan kawasan perumahan ini. Linked covered walkway memang disediakan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Begitu juga laluan pedestrian dan dedicated bicycle lane. MRT station is just within 400meter (5 minutes walking distance). Orang hanya perlu berjalan kaki atau berbasikal jika mahu ke Stesen MRT Paris Ris.

Coretan kembara dan pemerhatian akan di sambung di entri seterusnya nanti..

Kesimpulannya, perbezaan besar yang ketara dengan Skim Perumahan Awam di Malaysia. Memang pun, polisi yang digunakan berbeza. Modus operandi berbeza, Kerajaan juga berbeza. Tetapi yang mana satu memberi keselesaan kepada rakyatnya?

ohyea..Citizen's attitude juga berbeza.

16 ulasan:

  1. kita bole mencontohi mereka kan?

    BalasPadam
  2. betul
    memang kagum tgk cara kerajaan diorg menguruskan negara
    serba-serbi cekap
    baik dari segi penguatkuasaan undang2, public transportation, etc
    kat sana kalau nak jalan kaki pegi kedai pukul 1-2 pagi pun tak takut

    BalasPadam
  3. negeri kecik senang nak kontrol.. ohoho, salamm cik mas ittewww

    BalasPadam
  4. paling best

    chewing x allow ok kat sana!
    munyra ashikin penah cite dulu

    nenek dia dtg mesia
    balas dendam beli chewing gum byk2

    harhar,

    kewl~

    BalasPadam
  5. @syida gorjes:
    yes, banyak perkara bole dijadikan teladan...

    BalasPadam
  6. @lyn:

    itula peacefull jea housing area dia walaupun highrise..

    BalasPadam
  7. @h4ni3:

    yea betul, government dia sendiri sebagai developer. tiada orang tengah. itu yang effisyen tuh..bukan profit oriented sgt

    BalasPadam
  8. @en_me:

    bukan hanya sebab kecik shj en me, delivery + enforncement memang bagus. corruption level pun sgt sikit.

    BalasPadam
  9. @BDC:

    huhuhu seb baik aku boleh hidup tanpa chewing gum ;p

    BalasPadam
  10. Negara kita pun boleh bersih cam tu, dengan syarat denda membuang sampah diperketatkan. Yang paling penting didik anak sedari kecil,buang sampah tempat sepatutnya.

    BalasPadam
  11. kak mas, bestnya lah tgk akk jenjalan sana sini. i wish i could too :(

    singapore mmg bersih. suka sgt

    BalasPadam
  12. menariknya. backpacking ke kulai pun boleh jugak.
    boleh kita sambung ke tanjung piai :)

    BalasPadam