Pagi Selasa tue bangun agak lewat, lepas Subuh landing balik..memang mengantuk sungguh. sedar-sedar dah jam 9 pagi. Pukul 9pagi kat sini aku rasa dah macam pukul 11pagi kot sebab pukul 6pagi dah cerah betul.
Selepas mandi dan breakfast kami keluar GH dalam pukul 10pagi. Kami amek train Subway Line No.5 ke Gwangwamun Station.
Dari sana kami mencari-cari kioks untuk beli pass Seoul City Bus Tour, tapi x nampak. Then selepas tanya orang, kioks tue ada dekat dengan Koreana Hotel. Dari Gwanghwamun station kami berjalan kaki dalam 3 minit utk ke Koreana Hotel. Sepanjang berjalan tue ada la juga patung-patung besar panglima perang dekat dataran di tengah-tengah jalan. Menarik juga!
Gambor di bawah nie adalah kioks yang di cari-cari. Pass bagi Seoul City Bus Tour nie dalam 10,000 KRW dan akan cover hampir 27 destinasi menarik. Klik SINI untuk entry berkaitan pasal bus tour nie.
Perjalanan bus hop on hop off yang cover 27 destinasi nie ambil masa dalam 2 jam untuk habiskan 1 round. So, kami decide untuk buat satu round then turun di tempat2 yang menarik mata kami nanti. Sepanjang perjalanan, setiap destinasi untuk turunkan penumpang akan diberikan information pasal tempat tue. Memang bagus. Antara tempat yang aku rasa macam menarik adalah kawasan Itaewon. Kawasan nie macam hub foreigner la. Memacam kedai ada dekat sini. Cumanya kalau nak shopping dekat sini memang agak mahal la, sebab dia charge harga foreigner. Tapi aku enjoy bangunan colorful di sana. Aku berniat nanti aku nak turun itaewon masa 2nd round nanti.
Bila bus lalu Destinasi yang ke 16, Namsan Seoul Tower, kami decide untuk turun instead. Pemandangan dari Namsan Park tue memang cantik. Nampak the whole Seoul City. Teringin aku nak tengok pemandangan ini kalau waktu malam pula. So aku ingat mungkin malam besok kot nak singgah Namsan Seoul Tower nie lagi.
Namsan Seoul Tower nie memang tempat tumpuan pelancong la kira. Siap ada pakej khas bas untuk round keseluruhan tempat di Namsan Park nie. Yang specialnya basnya semuanya Electronic Bus. Siap ada port untuk charge bus in case kalo bateri nak abis. Aku idak le berkesempatan naik bas tue. Tangkap gambo jea, sebab aku dah commited ngan seoul city bus tour. Rugi la pula kalo x pakai dengan sepulunnya.
Selepas Namsan Seoul Tower, kami turun pula ke Changdeokgung Palace. Entrance Fee: 3,000 KRW. Istana lama nie merupakan salah satu Unesco World Heritage Site. Antara 5 istana lama yang wujud di Seoul nie, Changdeokgung nie yang paling well preserved. Jadinya istana nie yang paling spesel la kalo nak compare ngan istana-istana lain di Seoul. Klik SINI utk info lanjut!
Selepas Namsan Seoul Tower, kami turun pula ke Changdeokgung Palace. Entrance Fee: 3,000 KRW. Istana lama nie merupakan salah satu Unesco World Heritage Site. Antara 5 istana lama yang wujud di Seoul nie, Changdeokgung nie yang paling well preserved. Jadinya istana nie yang paling spesel la kalo nak compare ngan istana-istana lain di Seoul. Klik SINI utk info lanjut!
"The palace grounds are comprised of a public palace area, a royal family residence building, and the rear garden. Known as a place of rest for the kings, the rear garden boasts a gigantic tree that is over 300 years old, a small pond, and a pavilion."
Masa kami di sini, ngam-ngam lunch time. Jadinya kami bukala halaqah kami, bersila di taman, di bawah pokok besar di situ dan buka bekalan makanan kami. Menu hari ini adalah manggi goreng sedap, nasi putih, serunding daging berserta sambal goreng tempe sedap (boleh contact BDC) utk sebarang order berkaitan sambal tempe goreng! ;)
Sedang elok kami dah nak abis lunch, tetiba pak guard datang dekat kepada kami dan inform yang sebenarnya tak boleh makan kat kawasan compound istana. Lerr..nasib baik dah nak abis makan dah, sebab perut memang dari dalam bas dah bergendang. Dah dapat alas perut sket ngan nasi tue, kira dah cukup elok dah untuk misi yang seterusnya. Selepas minta maap kat pak guard tue, kami pun angkat kaki untuk ke destinasi yang seterusnya.Insadong merupakan destinasi kami seterusnya. Terletak bersebelahan dengan Changdeukgung, Insadong nie tempat untuk shopping juga la, bagi barang-barang antik, pottery, kraftangan dan seumpama dengannya. Aku personally suka suasana kawasan nie. Tempat nie hub untuk minum tea terbaik dan juga coffee. Bnagunan-bangunan di sini pun unik-unik.
Bile tertengok turkish aiskrim nie, terus aku terliur. Haa amek, balas dendam dah lama x makan aiskrim. Aiskrim Turkish nie macam aiskrim yougurt la.. SEDAP! So nanti kalo sampai Insadong, carik mamat neh. Pandai buat lawak dia neh.
Selepas berpeleseran di Insadong, kami terus ke Itaewon untuk cari masjid pula..
To be continued...
To be continued...
wehhhh....bapak punye besaq ais-krim tuh! hahaha...real ke tipu?
BalasPadamseoul city bus tu...blh guna only 1 day?
@bdk2:
BalasPadamaiskrim tue real :-))))). siap bole lambung2 lagik..
seoul city bus pass tue valid hanya untuk sehari sahaja.. dari 9am-9pm.
kak, seoul city tour tuh hop on hop off eh?
BalasPadamkalo kte trn kt satu2 tmpt, die akn tggu or kte kene naik next bus?
lampi jap sy *_~
-ala-
@anon:
BalasPadamha ah, dia macam hop on hop off. kita turun, bus tue takkan tunggu. then kita tunggu bas seterusnya. every 30-40 mins, bas city tour yg lain akan lalu...just tunjuk pass then bole naik bebile yg nak.
ko mkn sorang ke eskrem tuh?? aku mmg teruja sikit dgn bebenda yogurtish ni. hihihi~
BalasPadam@GB:
BalasPadamekekekkeke yg sebenarnye aku makan 3 scoup aja. itu budak tue sesaje nak memain ngan aku. excited dia nampak muslim kat Insadong tuh. so layan extra sket la dr customer yg lain..hik hik ;p
sooo...akak rasa untung tak naik seoul city tour ni...dapat cover 27 tmpt tu tak.nasi tu dot mana...mmg bawa rice cooker ke.atau mmg ada kat guesshouse.beras tu dari mesia ke beli sana...saya pun igt nak bawa beras.tp takut kene tahan pulak...sbb penah g HK abes dia campak...mineral water pun dia masuk tong sampah.kijam...mahal tak air kat sana
BalasPadampeh. sempat promote tempe goreng!
BalasPadamHAHAHA
p/s: mamat jual eskrem tu hensem!
*teruja* @_@"
Mati2 ingat ko makan aiskrim tuh.. bila nak abis camtu hehehehe... harus makan berjemaah tuh ;)
BalasPadamSenang naik bas tour nie.. confirm lalu tempat2 yg menarik dah tak payah2 nak fikir mana nak stop sebab ikut laluan jek kan ;)
bestnyer korea, tuh still time summer ke?
BalasPadamcantik nyer weather die~
makan susah x? hostel ade kitchen x mas_zubir?
salam kenal mas_zubir :)
BalasPadamInfo yang sangat menarik! Cadang nak melawat Korea next year tapi nak time autumn..so lambat lagi..hehe
Changdeokgung Palace macam wajib pergi! ;p
thanks for the info, the last time i gi korea was 10 yrs ago, byk dah lain.
BalasPadam@eka:
BalasPadam1. nak ikutkan memang takkan sempat nak cover sampai 27 tmpat tue, so u pilih la tmpat mana yang u berkenan. :)
2. beras tue dari Malaysia. xde masalah masuk Korea. rice cooker kami bawak, small size.
3. air mineral satu botol kecik dalam 1,000KRW= RM 2.95.
tp rasanya, evrything kt sana memang mahal..so pejam mata jea..:-)
@BDC:
BalasPadamehehehehhe sempat...
memang budak aiskrem tue hensem!
@iina:
BalasPadamhehehhe harus berjemaah kalo makan saiz aiskrem yg macam tue :)
rasanya naik bas tue memang senang, tak payah naik turun subway, just straight pegi tmpat2 best, just pilih mana yg berkenan.;p
@shah_rule:
BalasPadammasa pegi nie tengah transition dari summer ke autumn. so matahari terik tapi sejuk...memang x sedar dah sunburn.
makan memang agak limited. tp kami bawak makanan dari malaysia. memang no problemo :-)
semua hostel memang ada kitchen, jgn risau :-)
n internet sgt laju!
@zaim:
BalasPadamsalam kenal!
kalo nak pegi cuba try mid autumn dalam mid october- mid november. memang daun sumer tuko kaler merah dan kuning.
masa saya pegi nie masih macam summer walau dah masuk aautumn dah sebenarnya....
changdeokgung memang kena pegi!
@lily:
BalasPadambyk jauh beza dgn 10 tahun lepas. :-)
nanti pegi la lagi..
bestnye gi korea...gonna love this blog!
BalasPadammas tudung ko cantik. tetiba je ko comel. amboi cantiknya permandangan korea.
BalasPadam@ayuni:
BalasPadamthnx ayuni :-)
@cik ina:
BalasPadamtetibe jea comei? heheheeee
ilusi optik jea tue kak ;)
pemandangan dekat kpg dia lagi cantik kak..
boleh la ada jugak 'kenangan aku' yg di bawa.. *rujuk kepada yg dipegang di tangan kiri dlm gambar eskrem dgn mamat hensem* ;p
BalasPadam@ayu:
BalasPadamia donk.kenangan titipmu dari jogja..ke bandung? ke padang? owhhh ngak ingat yg mana satu donk!byk sgt deh titipnya kalau dikumpul :),
sgt berguna sebab bole masuk passport segala but look cool!
;-)
haha itu from Bali :P
BalasPadamglad it can be useful to all :)
nak kenal yang wat eskem tu jugak! hahahaha
BalasPadamyang gambar bas tu, tengah isi minyak ke tu???
@masMZ:
BalasPadamehehehheh nanti singgah le Insadong. mamat tue ada jea kat situ jual aiskrem. :)
yg bas tue, electronic bus, tengah charge bateri, x pakai minyak :)
pakgad tu tegur baik2 ker, dgn muka garang-misai-melenting??
BalasPadamhehe
geram tengok aiskrim tuuuuu
BalasPadam@h4ni3:
BalasPadampakcik guard tue tegur dengan penuh berhemah..walau semua anggota badan digunakan utk mengexplain, tetap cute dan sampai maksud. :)
@kemang:
BalasPadamsedapppp
salam
BalasPadamjust double confirm..mmg blh bawa rice cooker kan..takut kena tahan kat airport mana tau salah tau bahan yg dianggap flammeble kan..
salam sya nor..nk gi korea end di nih..just double confirm..mmg blh bawa rice cooker kan..takut kena tahan kat airport mana tau salah tau bahan yg dianggap flammable pula..
BalasPadam@anon:
BalasPadammemang bole bawak rice cooker. no worries. kalo nak bawak pistol, itu lain crite, ;)