Khamis, 15 September 2011

OH PENAT: banyak sistem di ofis imigresen mengong hari ini!

Setelah cubaan untuk renew passport secara online gagal malam semalam,

maka pagi tadi dari jam 8am aku dah tercongok kat Pejabat Imigresen cawangan Wangsa Maju.

Mak aihh sampai2, boleh tahan juga barisan untuk beratur. Aku pun join le untuk beratur ambil giliran. Tapi yang aku pelik, tak gerak-gerak barisan itu ke depan. Then, ada announcement, system tengah down sekarang. what??

Pegawai di sana menasihatkan, kalo dah terdesak untuk renew passport etc, cuba pegi di cawangan2 yang lain. Sistem di cawangan wangsa maju mungkin tergendala dalam 2-3 jam.

So sekarang aku dah tahu kenapa aku try nak renew online semalam gagal!

Sebab memang aku tengah terdesak ni, nak travel hari Isnin minggu depan, passport TERLUPA nak renew pule, maka aku pun bergegasle ke Pusat Bandar Damansara. Traffic jam memang amat menyakitkan hati on the way ke sana. Tapi cekal jea la.
Sesampai di Damansara, aku terus ke kioks renew passport. Tapi kioks itu tak boleh guna. Apakah??? Adoiiii!
Then, terpaksalah buat juga secara manual, naik atas tingkat 2 dan kena beratur lagi la untuk ambil no. giliran. Then, again system kat sini PUN TENGAH MENGONG. aihh.. agak2 apa yang korang rasa kalo jadi aku?

SABAR itu separuh dari Iman. So aku sabar jea la. Dalam hati, kalaulah system ini mengong sepanjang hari ini, mau nye cancel trip aku next week.

Dalam jam 10.20am, system kembali berfungsi. Fuh sangat lega di kala itu. Lama juga aku berdiri beratur sambil menahan sabar dengan masalah2 sistem sebegini.

Jam 12.45pm segalanya telah selesai. YAy, saya sudah ada passport baru!

:-)

p/s: Hari ini memang menguji kesabaran!

Related Posts:

  • hello again..been awhile since the last time i post an entry here. things are upside down here, from my workload till up to my unstable love life.  ha ha, any… Read More
  • ikan itu berdua..pix: kolam ikan di rumah opah, Bkt Chandan, Kuala Kangsar. Melihat ikan-ikan itu berkejaran-kejaran sesama sendiri amat mengasyikkan. tapi apabila dit… Read More
  • Smiling Back Am back after few days off. With a smile of course. :) Nways, Hari ini adalah hari Ahad, 7th November, birthday salah seorang dari adik lelakiku… Read More
  • THE 25 RANDOM HABITPix: Permandangan yang aku dapat semasa mendaki Bukit Tabuh, Hulu Klang. :). Rasa macam mahu ke sana lagi.. Earlier this week, cik fiza telah men… Read More
  • its ok' for not being a SUPERWOMEN..lilin membakar diri.. Tengahari nie baca surat kabar, agak tertarik dengan satu artikel dalam NST : Pertaining to how to strive balance in … Read More

15 ulasan:

  1. wohooo~ COBAAAANNNN

    senyum sket! ;)

    BalasPadam
  2. Hahhahaha..moral of the story, kalau nak travel obersi, 1st thing kena tengok dulu (selain RM) ialah passport!! :)

    BalasPadam
  3. @h4ni3:

    senyum sokmo dua, tiga hari ni..:p

    BalasPadam
  4. @daddy z:

    betul tue, check passport due bile. saya punya due 6 bulan akan datang. ngam2 x layak nak guna lagik. caitttt!

    BalasPadam
  5. perghhh Mas, mmg leceh kan kalo kene beratur lama2. btw, aritu aku bwt, nasib baik kwn aku punye kazen keje imigresen. mintak tlg die je...sejam je dh siap.

    kalo nk bwt passport ni, kalo ade org dalam lagi bagus..

    inilah hasil bimbingan kak mah skali lagi! hahaha

    BalasPadam
  6. alo alo ciannya ingatkan dah setel. sabau nak jalan kena sanggup berkorban.keh keh

    BalasPadam
  7. @bdk:

    heheeeee hasil bimbingan sape?? ko memang fans dia kan kan kans ;p

    kalo ada member kat imigresen memang senang, tp masalahnye, memang takde buat masa nie...so marilah la kita que! :))

    BalasPadam
  8. @cik Ina:

    itula memang tengah bersabau nie. hasilnya, yay dapat renew passport :))

    BalasPadam
  9. nak kena renew pasport family 5 orang (sambil sapu peluh di dahi)

    BalasPadam
  10. kak.. nak pi korea ke senin ni? slmt pergi n pulang yekk ;)

    BalasPadam
  11. sonoknyer nak jalan jauh kanns.. uhuhu

    BalasPadam
  12. machine rosak yek... i dulu gina machine sonang and suka sesangat

    BalasPadam
  13. @uncle gedek:

    bebile bole le renew online! :)

    BalasPadam
  14. @lily:

    ha ah la..masa i nak guna ari tue machine kioks x bleh pakai..

    BalasPadam