Selasa, 25 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 7, Part 2: Seongsan Illchulbong (Haenyo Women Diver)

Ini adalah sambungan kembara dari SINI,

Dari Trick Art Museum, kami meneruskan perjalanan dengan bas awam ke Pyoseon Town. Dari sana kami akan naik satu bas yang lain untuk ke Seongsan Illchulbong. Perjalanan ke Pyoseon dari Trick Art Museum mengambil masa dalam 30 minit.

Apabila sampai di Pyoseon, Abang driver bas waktu nie memang baik. Siap nak turunkan kami bebetul ke tempat bus stop yang ada connecting bas ke Ilchulbong. TAPI, by the time kami hampir sampai di depan bus stop tersebut, lalu pula bas yang kami nak naik tue. Aihhh selisih la pula. x sempat kami nak turun dan tukar, bas yang kami mahu naik itu telah tinggalkan kami. Cait! Next bas after 30 minit!


Jam ditangan sudah jam 1.00pm. Kami perlu sampai di Ilchulbong pada jam 1.30pm untuk tengok live performance "Nenek2 Hebat" di sana. Kalau tunggu bas seterusnya, makanya tak sempatlah kami tengok performance itu.  Jadinya, terpaksalah naik taxi yang sentiasa standby di merata-rata Pekan Pyoseon itu.

Seongsan Illchulbong dari udara, Ehsan Mr. GOOGLE
Gambar di atas adalah tempat yang aku mahu pergi (gambo udara). Tempat ini adalah dari letusan gunung berapi 100ribu tahun lepas. Kawah gunung nie lebar diameternya adalah dalam 600meter dengan tinggi dalam 90meter. Sekarang pokok-pokok memang tumbuh dengan suburnya di dalam bekas kawah itu. Sebab keunikannya, tempat ni telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage. Wajib pergi sini jika kamu sampai ke Jeju!


Alright, dari Pyoseon, kami naik teksi dan perjalanan mengambil masa dalam 25 minit untuk sampai ke Seongsan Illchulbong. Kami sampai sana ngam ngam jam 1.30pm dan nenek-nenek penyelam wanita atau The Women Divers a.k.a "Haenyo" tengah bersedia untuk turun ke laut mencari rezeki.

Sebelum Haenyo ni turun ke laut, mereka akan menyanyi satu lagu sebagai doa supaya mereka selamat semasa berada dalam laut. Memang aku agak kagum dengan stamina yang mereka ada. Rata-rata umur mereka dalam 55-70 tahun, tapi masih larat untuk turun menyelam TANPA TONG GAS OKSIGEN!

Aku pun suka juga kalo bab-bab menyelam nie KLIK SINI, tapi memang tak setanding langsung la dengan Haenyo kat sini. Lama tue diorang tahan nafas untuk cari sotong, tiram dan ikan di bawah dasar laut tue. Aku nak kejar nemo masa di Redang dulu pun tak sampai seminit dah tak cukup nafas. Inikan mereka yang dah taraf umur-umur opah aku, tapi nafas panjang. Memang OHSEM. Memang mereka adalah the living legend!

Kerajaan Korea Selatan memang sedaya upaya cuba berusaha untuk mempromosikan aktiviti Haenyo di sini selagi mana yang boleh. Cuma yang sedihnya, golongan Haenyo nie memang nampaknya tiada pelapis. Satu hari nanti aktiviti Haenyo nie akan pupus, yang tinggal hanya museum.

Setelah Haenyo kembali ke darat, kami bertiga mencari port untuk makan tengahari di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa di situ dengan dingin nyaman memang mengajak  kami untuk duduk lama di situ. Menu lunch kami hari itu adalah nasi dan juga rendang daging Brahim. Memang asik! Sambil makan, aku usha-usha juga rock creation di sana. Unik dan cantik.
 Di antara kawasan teluk yang cantik!

Selain dari Haenyo, Seongsan Illchulbong ini juga terkenal sebagai tempat untuk melihat matahari terbit yang cantik di Jeju. Kalau rajin, bolehla mendaki sampai atas Seongsan di waktu selepas Subuh untuk tembak Sunrise di sana. Memang cantik. Dari atas sana, selain dari sunrise, bole juga tengok kawah gunung itu yang telah ditumbuhi pokok-pokok rimbun.
Kami sampai di Seongsan dalam jam 1.30 tengahari dan selepas hampir 3  jam  berada di sana kami meneruskan perjalanan ke Seopjikoji.
Siapa sangka itu adalah speaker!
To be continued..

22 ulasan:

  1. subhanallah.. indahnya permandangan.. seronoknya dia dah smp korea.. akak cuma tgk dlm gambar dan dlm tv saja.. he..he..

    BalasPadam
  2. @hanis:

    InshaAllah next time kak hanis pula sampai sana..:-)

    BalasPadam
  3. cantik! cantik! best nyerrrrr!!!!!!

    maszuber, korang panjat tak masuk dalam Seongsan tu??? yang padang tu kat keliling-keliling dia yerrrr????? cantiknya~!!

    "Nenek2 hebat beraksi" tu memang dalam pukul 1.30 ke??? yang dimaksudkan tu yang menyelam2 nih??? Aku pun sosak napasss takat2 seminit dua boleh aaaaa.... blurp blurppppp ooooo tulun. tulun..

    BalasPadam
  4. @masMZ:

    aku tak panjat sampai puncak seongsan tue, waktu aku sampai tue tengahari, terik juga la walau sejuk. kalo nak panjat lewat petang atau pepagi seswai.

    yang padang tue keliling seongsan tue..buleh guling-guling kalo mahu. :)

    yup, nenek2 haenyo tue akan menyelam 2 kali,everyday dalam kol 1.30 tengahri dan 3 petang. so kalo nak tengok diorang diving, ko pegi la masa tue. memang berbaloi..rase nak join skali pun ade gak..huhuhuhu geram aku tgk air jernih jea..

    aku pon nafas x panjang kalo bab menyelam, nak sampai bawah ke dasar pon aku kenkadang struggle..huhuhu memang langsung x bole nak celen haenyo2 kat situ!

    BalasPadam
  5. confirm i kene gi, 1) kene thk volcanic area tuh, 2) tengok nenek tuh sbb i snorkle pun takut ok!!!! JELES nye.....

    BalasPadam
  6. wehhhhh..saya ada tgk dokumentari kat Discovery Channel pasal nenek2 yang menyelam tu...u pergi ke sini jugak...best!!!

    BalasPadam
  7. hmmmm....asyikkkk....! tgn aku dah gatal. nak ikut kata air asia ke nak ikut kata mak aku? muehehehehe!

    BalasPadam
  8. wah caya lah nenek2 tu....mas pun terror mnyelam gak kan! unik sungguh smuanya

    BalasPadam
  9. @lily:

    put in your itinerary yea. :-)

    BalasPadam
  10. @daddy Z:

    tmpat nie memang wajib pegi tau kalo sampai ke Jeju nanti! memang cantik!

    BalasPadam
  11. @GB:

    kena ikut kata mak GB. tapi ko pepandai la tackle dia, perlu "kena" gayanya. :-)

    BalasPadam
  12. speaker tu nak announce ape?
    besonyaaa!

    BalasPadam
  13. @h4ni3:

    speaker tu utk announce agenda yg akan diorang buat n sedikit information pasal seongsan tue. :-)

    BalasPadam
  14. Ya ALLAH mas...cantikkknye! btw, kawah gunung berapi tu tak dalam ke? i mean..kita mmg boleh masuk golek2 dlm tu ke?

    kene byr ke utk tgk nenek2 ohsem tu menyelam? pastu seafood dorang bwk naik boleh beli?

    BalasPadam
  15. @john:

    kawah tue agak dalam juga, cumanya aku tak panjat sampai nampak kawah tue, tp aku dpt agak memang dalam la kalo dah 90 meter. btw dalam kawah tue tak bole gegolek sbb pokok2 jea ada dalam tue..nanti tersangkut pule ;)

    tp kat padang lorong nak panjat ke kawah tue bole golek2 kalo nak :-)

    semua seafood yang diorang bawak naik, diorang terus siang dan jual utk orang makan. org kat sana makan raw2 macam tue ala2 sashimi..huhuhuu tp agak mahal gak le, yeala...hasil selaman diorang kan..bukannye senang. aku memang x mampu nak beli masa tue..huhuhu

    BalasPadam
  16. hebat gila nenek2 tu..agak2 ade lesen diving x? hihi

    BalasPadam
  17. @kemang:

    diorang memang ada lesen, tp bukan PADI la..hehehee :)

    BalasPadam
  18. all pictures superb!

    BalasPadam
  19. ha aku nak gi jeju jumpa nenek2 ni laaaaaaaaaa! tak leh jadi ni, KENA PI!

    BalasPadam
  20. @biqque:

    ko memang kena pegi tau. buleh guling2 skali kat padang kat sana!

    BalasPadam