Isnin, 30 Januari 2012

Finale: 2012 Australian Open

source   
After an EPIC of 5 hours and 53 minutes (the longest final in grand slam history!),

my longtime sweetheart, kalah pada Djokovic (lagi?).

Nail biting, grueling, but both players played great tennis!

only the best man won, 

and it was not nadal. Congrats Djoker!

anyhow, my heart still remains with rafa. gee he improved so much tonite, even still not enough to gun down djoker. Alright see u in next grand slam!

Rabu, 18 Januari 2012

Experiencing South Korea, Day 8, Part 4 - Ilchul Land

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Bila selasai explore Miniland,  aku join balik 2 orang kawan aku yang menunggu di luar Miniland, menikmati makan tengahari di situ. Lunch kami adalah nasi, ayam masak merah(brahim) dan telur. Di samping itu, ada juga crackers untuk makan dengan salmon n mayonis. Agak mengenyangkan sebenarnya. Jadilah, nak cari restoren mungkin amek masa sebab ada 2 tempat lagi yang kami mahu pergi untuk hari yang panjang ini.


Alright, dari Miniland, ahjussi taxi terus membawa kami ke IlchulLand. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Jauh juga sebenarnya tempat itu, tapi memandang salah sorang dari kawan aku nie nak juga ke sana, aku follow jea.

Apa apa dengan Ilchul Land? Tiket masuk tempat nie dalam KRW 7,000. Bila masuk jea kami disaji dengan satu kolam yang agak besar dan ada man-made waterfall dalam tue. Agak cantik sebenarnya tempat ni sebab ianya adalah well-decorated garden dan juga arboretum. Sangat aman dan sedap mata memandang. Memacam jenis pokok ada dalam taman nie. Yang paling aku suka adalah bonsai dia la, ada banyak jenis dan usia memasing pon aku bajet berpuluh-puluh tahun atau mungkin cecah seratus lebih, kalo tengok dari saiz batangnya.



Di tengah-tengah taman itu ada satu gua yang dinamakan Micheon Cave.

Macam di Manjanggul Cave, suhu dalam Micheon Cave nie memang sejuk. Aku sebenarnya masih seram sejuk masa nak masuk gua nie. mungkin sebab makhluk yang aku tertangkap di gua pertama. tp so far, takde apa2 pun yang berlaku. Dalam gua nie ada kolam semulajadi yang agak besar. Itu yang membuatkan suhu dalam nie makin sejuk.

Ada sesapa penah masuk gua kelam tak? Gua kelam di Perlis lagi best!



Keluar dari Micheon Cave, aku sambung tour masuk taman-taman yang ada di situ. Bagi sesiapa yang Landscape Architect, aku rasa tempat nie memang seswai untuk korang. Banyak design2 taman yang menarik yang boleh korang cedok dan improvise dari Illchul Land nie.


Di tengah-tengah taman ini juga ada dibina patung Harubang. Sebenarnya, patung nie memang ada dimerata2 tempat di tanah Jeju nie.  Mereka dianggap macam tuhan yang boleh memberi perlindungan dan kesuburan pada masyarakat di sana. Sebab tue kebanyakan patung nie  diletakkan di luar pintu pagar untuk perlindungan daripada syaiton, katanya.


Setelah puas pusing-pusing IlchulLand, kame meneruskan perjalanan ke sebelah barat Pulau Jeju pula. Destinasi seterusnya adalah ke Jusangjeolli Cliff dan perjalanan ke sana mengambil masa dalam satu jam dari Ilchul Land..


akan di sambung kendian.

Selasa, 17 Januari 2012

Khamis, 12 Januari 2012

ADOI, tiket balik KL dari Delhi on 31st March will be suspending?!!

Shocking news!!
Dear Guest,
 
Please be informed that effective from 23rd March 2012, AirAsia X will be suspending our flights to/from Delhi.
We will be sending individual notifications to all guests affected by this move, in stages, based on your respective flight dates, via email and SMS.
The email notices will also outline the various service recovery options offered which are:
 
i.   cancel your reservation and opt for Full Refund/Credit Shell; or
            ii.  re-route to any other AirAsia X destination, without any additional cost;
or
iii. transfer to an alternative airline subject to availability, without any additional cost.
 
In order to avoid undue congestion and delays in replying to your queries, we request that you contact us in relation to any queries you may have, only after you have received your individual notice.
For further explanation on the reasons for our flight suspensions, please refer to our Press Release at http://www.airasia.com/my/en/corporate/pressrelease.page
 
Sincerely
AirAsia 
ini memang bebetul RED ALERT neh!
My situation:
1. Connecting flight delhi-srinagar-delhi DAH BELI.
2. All train tickets for Delhi-Agra-Jaipur-Delhi pun DAH BELI.

so my only option to minimize the loss will be,

 Obviously, i will opt for  OPTION NO. 3!

Sigh!

Anyways, Thanx Air Asia X! Grrrrr!

Rabu, 11 Januari 2012

Selasa, 10 Januari 2012

after awhile..

Selepas BERTAHUN-TAHUN lamanya aku tidak bermain badminton,

hari ini aku start main semula. Bukan yang sesaja main, siap ada volunteer coach lagi.

mak aih, baru aku tahu, betapa tak boringnya main badminton kalo tujuannya training untuk sesuatu tournament.

ada banyak skills dan tricks untuk dibelajar selepas ini!

ohhh peluh??? memang banyak yang dirembes keluar untuk satu sessi penuh.  

Yang penting, Sangat bagus untuk tujuan KEKURUSAN!

Jumaat, 6 Januari 2012

Stop Berating Yourself for old mistakes.

poison ivy?

quot dari Marc and Angel Hack Life;

Stop berating yourself for old mistakes.

We may love the wrong person and cry about the wrong things, but no matter how things go wrong, one thing is for sure, mistakes help us find the person and things that are right for us.

We all make mistakes, have struggles, and even regret things in our past.

But you are not your mistakes, you are not your struggles, and you are here NOW with the power to shape your day and your future.

Every single thing that has ever happened in your life is preparing you for a moment that is yet to come.

Selasa, 3 Januari 2012

Pre-NorthIndiaBackpacking 1: Land + Air Transfer

Lewat malam semalam, eh consider dah pagi kot..sempat bermessage dalam FB dengan MasMZ.

Nasib baik gak dia inform pasal ticket keretapi delhi-agra-jaipur-delhi kat sana yang macam pisang goreng panas, cepat sold out. Aku tak ready apa2 lagi pasal india nie kecuali tiket flight ke srinagar. MasMZ and the gang dah selamat beli last week, itupun byk tiket yang nak dibeli dah abis. Cuak gak aku, dah la aku hanya ada aku. Jadinya terhegeh2 juga la aku baru nak beli kol 12 pagi semalam. Thnx for the alert MasMZ.

Sebelum ini aku sebenarnya penah try nak book dengan Yatra.com. Tapi sangkut sebab kena verifiy account pakai mobile phone india punya line. memang hampeh. pasal tue niat aku tersekat sampai situ.

Nasib baik MasMz kasi link lain, dengan ClearTrip, dengan suksesnya aku dah secure 3 tiket keretapi utk land transfer di sana nanti. Tiket Delhi-Agra, Agra-Jaipur dan Jaipur-Delhi. Fuhh lega! Rege tikets aku consider memang agak berpatutan la sebenarnya. So banyak saving kat situ.

So far Memang senang la pakai ClearTrip nie. Kejap jea, sgt mudah!

Oh yea, utk tiket flight murah ke srinagar, kashmir..so far GO Airlines (airlines tambang murah) memang yg paling murah antara byk airlines lain yang ada kat situ. Sebab berbaloi regenya maka dah selamat aku book.

Kalo nak naik train pun buleh sebenarnya, tp naik train dari delhi dalam 14 jam kot baru sampai Jammu. Then dari Jammu naik van sangkut/bas (murah) atau teksi (mungkin sgt mahal), dan perjalanan nak sampai srinagar lagi 5-6 jam. Kalo masa aku banyak memang aku nak travel by land, lagi-lagi extra $ saving. (selingan: penah tengok cite 3 idiots? jalan nak ke srinagar ala2 jalan masa kengkawan Aamir khan  cari dia ke ladakh, kashmir. long, winding and hilly road but breathtaking view). Tapi malangnya, hari aku memang x cukup panjang. Jadinya aku opt utk terbang jea, 1 jam 50minit. Rege tix flight pun ok, berbaloi-baloi.

Oh yea, membaca Blog Biqque dan Blog Chawana memang membuatkan aku dalam mode:berangan-rangan tak sudah. Thnx la sebab detail cite pasal India, so senang aku nak mereka+meniru itin segala. Memang olalalalala! Senang korje teman.

Till next time..

Isnin, 2 Januari 2012

Ahad, 1 Januari 2012

Experiencing South Korea, Day 8, Part 3 - Mini Land

Hari ini 1.1.12.

Hari pertama bagi Tahun 2012. Yay!

Setelah berhibernasasi agak lama, di mana banyak menda2 best yang aku ketinggalan dalam doniya alam maya ini especially dengan progress bersama travelholicS lain yang meriah itu, aku sambung balik cerita kembara aku yang dah agak basi nie. Ini adalah sambungan entry dari SINI

Setelah puas melayan blues dengan rumput pink-purple di Sangumburi, aku meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, MiniLand or Miniature Land. Tempatnya memang sebelah jea dengan Sangumburi Crater nie. Signboard ke Miniland nie memang jelas dari Sangumburi Crater.

Tiket masuk ke Miniland nie memang agak pricy, dalam KRW9,000. Akak berdua yang join skali utk kembara korea aku nie tak berapa nak masuk sangat sebab diorang dah penah masuk Miniature land di negara lain yang lagi advance sebelum nie. Aku tak kisah sangat, tp korang kena tunggu la kat luar sebab aku memang nak masuk..huhuhu

Jadinya Aku masuk dengan ahjussi taxi, boleh la dia tolong amek gambo aku sikit2. Untuk info, biasanya driver taxi diberi masuk secara free di kebanyakan tourist spot di jeju nie. termasukla di sini.

MiniLand nie ambil masa dalam 5 tahun untuk dibina sepenuhnya. Agak spacious tempatnya. Ada dalam 116 architectural wonders dan UNESCO Wold Heritage sites dari 50 negara berbeza dibina di sini. Agak banyak jugak. To name a few, ada statue of liberty, great wall of china, forbidden city, leaning tower of Pisa, London Bridge is falling down3x, Eiffel Tower and so on.



Kalo nak ikutkan, miniture di sini dibina saiznya dalam 1/15 or 1/30 of their original sizes. Ini adalah miniature park pertama di Korea, so agak popular la juga sebenarnya di sini.


 Ada feel2 macam kat US tak? 



Secara overallnya, tempat nie NICE, cuma biasa-biasa jea kot. Miniature2 yang ada di sini nampaknya dalam level average in terms of the presentation and quality. Expectation aku lebih sebenarnya..or mungkin sebab aku berdua jea yang masuk so kureng sket feelnya. Aku dapat bayangkan kalo aku masuk ngan geng Underdesk aku. Ohhh Hmm mesti meletops!
aku request ahjussi taxi tue pose macam tue..hehehe kelas!
Dalam Miniland nie juga ada satu building untuk Mirror Maze. Haa yang nie aku suka-suka! Serious, pening kepala aku untuk mencari jalan keluar. Memang tricky dan seram sket kot kalo sensorang, kot la  dalam cermin tue aku nampak JU-ON ke The Ring rambut panjang ke, dahla lampu dalam bilik tue memang purposely dikelamkan dan diblink2..huhuhu. tapi basically BEST!

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Dalam banyak-banyak bangunan yang ada dalam MiniLand nie, Masjid Ubudiah nie memang terbaek la bagi aku. Bangga sungguh aku. Petronas Twin Tower takda dalam nie, tapi Masjid Ubudiah ada di Jeju, Korea Selatan. Masjid nie memang ada sentimental value bagi orang perak or orang Kuale Kangsar secara khususnya. Maklumla, opah aku kat Kuala Kangsar. Arwah atuk aku pun disemanyamkan di perkarangan masjid Ubudiah nie.. Kalo mase kecik, balik raya ke sini, nampak jea masjid nie dah sah-sah, lagi beberapa minit jea nak sampai umah opah..huhuhu..

Alright dari MiniLand nie, kami meneruskan perjalanan ke IlchulLand pula..

Akan disambung kendian!