Isnin, 11 Oktober 2010

Another Effect from Smokers: A Wasted Green Area in The Heart of PICC?!

Sheikh Muzaffar's Wedding kat Putrajaya International Convention Centre (PICC) memang wedding of the year. Tarikh pun cantik 10.10.10. Anyways, bukan pasal event tue yg aku nak cakap sebenarnya kat entry kali nie, tapi tempat berlakunya event tue sendiri, iaitu PICC.

Rasanya bagi sesiapa yang penah ke situ pun perasan kot. Especially government staffs la. At the heart of the PICC tue ada la sedikit green area yang ada pokok2 serta proper sitting benches bagi sesapa yang attend any convention/majlis kenduri/exhibition/convocation etc untuk rehat, menghirup udara yg segar/oksigen bagi hilang ngantuk, aesthetic value pun ada dan memacam mende yang positif mengenai 'space' itu.
Tapi tue la, sayangnya the only green space itu telah di conquer oleh perokok2 tegar (ataupun tidak tegar) utk melepaskan gian mereka selepas makan atau untuk hilang mengantuk mereka. Niat murni Hijjaz Kasturi mase design PICC tue dah betul dah untuk storm water management+provide space to inhale and having fresh air, tapi bila sampai ke tangan end user or even PICC management, haih tak kesampaian la pule niat itu.
Apa yang aku nampak sekarang ia hanya digunakan oleh perokok. Bagi sesiapa yang nak duduk situ for a discussion ke or having fresh air after along hectic seminar pun memang tak bole la unless diorang tak kesah menghirup udara tercemar dengan nikotin kat situ. Bukan calang2 org yang ade function di situ tapi i must say that KESEDARAN SIVIK MEREKA ADALAH AMAT RENDAH. Tidak kira la jawatan setinggi mana pun, walau se'professional mana pun, walau sealim warak manapun anda. Maaf jika ada sesiapa yang terasa tapi please la jangan la merokok di tempat-tempat awam ni.
Kalo tengok betul2 kat setiap daun pokok dalam kawasan itu mesti lagi sadis. Haa berdebu lain macam jea daun pokok kat situ. Sangat kesian actually. Macam hidup segan mati tak mahu(betul ke pepatah ni?). Itu pokok tau, belum lagi sistem respirasi bagi sesiapa yang passive smoker nie a.k.a. org yg tidak merokok dan terhirup/terhidu asap2 rokok.

Yang tue baru satu kes. Dan perkara ini terjadi di mana-mana. Memang sedih dan geram lagi emosional bila dok dekat dengan perokok yang tidak reti bahasa merokok di tempat awam nie.

Aktiviti Penguatkuasaan pasal larangan merokok nie memang kalo nak kasi markah memang ZERO la. Atas tanggungjawab siapa sebenarnya. Abang Polis? Abang Penguatkuasa? Malaysia nie memang pandai buat peraturan sana sini. Ada 20 kawasan larangan merokok dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(pindaan)2008, tapi langsung tidak dipeduli oleh mana-mana pihak penguatkuasa, para perokok lagi la.

Teringat insiden Mei 2008: Dr. Lo' Lo' dr PAS yang menegur sikap segelintir wakil2 rakyat yang suka merokok secara terbuka SELAMA INI di bangunan Parlimen (tidak kira la wakil rakyat dari BN or BA) especially di kafe sbb bagi contoh yang SESUNGGUHNYA tidak baik kepada masyarakat. Baru semua org bukak mata, tapi ada orang-orang berkenaan yang peduli?

Masa aku kerja di tempat kerja lama dolu-dolu, aku memang agak vocal dalam menegur golongan staff yang merokok dalam ruang ofis yang terbuka lagi ber-aircond dulu. Lepas tue diorang pindah port untuk merokok pula dlm bilik (bilik for rekreasi, katanya) yang terletak memang sebelah bilik aku pule..Harusla asap rokok tue masuk gak dalam bilik aku. Memang mengganggu konsentrasi utk aku berfikir dan keselesaan bekerja. Dan aku continuously sound diorang. Tak kira la kepada yang muda ataupun yang lebih tua. Secara lembut pada awalnya dan akhirnya agak keras. Alhamdulillah, bole la reduce sket aktiviti sebegitu di unit aku dulu. hmm tak tau la sekarang ni, selepas aku dah tak keja lagi kat situ. Dan aku tahu tidak ramai orang yang suka especially lelaki tapi, I HAVE NO CHOICE AT ALL. i fought for my own rights and i speak my mind.

Masalah ini memang a never-ending issues actually.

Selagi kesan-kesan merokok itu tidak terkena kepada diri sendiri, ke isteri-isteri dan anak-anak sendiri, adik-adik sendiri, kakak-kakak sendiri, abang-abang kita sendiri, anak-anak dalam kandungan kita sendiri, or mana2 orang disayangi kita sendiri, Golongan Istimewa ini memang tidak akan sedar.

Hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

At times, the truth is always ugly, isn't it..?
.
.
Again, siapa aku nak argue pasal ni kan, hanya kuli kerajaan yang bukan siapa-siapa..

21 ulasan:

  1. eh eh
    aku nk komen utk entri yg bawah tp kt sini.
    boley ke x ni?? hahaha. suke hati je kan?

    saje je la kau tanak tag aku kan?

    taula aku bukan sape2..org gomen pun bukan.
    blog aku pun x seglemer blog kau mas. T___T"

    boley komen cmtu?

    eh mestila boleh kan!

    BalasPadam
  2. oh ayen,

    bole aje ko nak komen di mana2. Ko memang senantiasa VIP pada aku tau..

    AYen the boneka dalam cermin: seorang arkitek yg cekal lg creative. kenkadang jiwang gak..;)

    nak juge tag. nanti ko, siap la ko. aku tag sekarang jugak..huhuhu tp wajib jawab tau...

    muah :-*

    BalasPadam
  3. ko xpyh ckp la kalau benda xbest jd kt bini, anak, kakak, abg diorg ni. sbb semua xjd. kalu jadi kt diorg sdiri baru rase nk sedar. serious!

    tina

    BalasPadam
  4. salam ziarah..
    kesian kan.. bukan je manusia yg kena sakit.. pokok pun boleh sakit akibat rokok.. :)

    BalasPadam
  5. o yeke,

    ade ke benda dah jadi teruk dekat org2 tersayang dia masih nk proceed lagi dgn tabiat tue. Ya Allah, selfish yea orang itu.

    sabo jea la den.

    BalasPadam
  6. @Bunga:

    itula, kalo dah terperangkap dalam kaca, batu pun bole sakit juga..hehee

    tumbuhan itu makhluk hidup jua..sian dia.

    terima kasih kerana ziarahnya.:)

    BalasPadam
  7. ohh, x bole komen pepanjang sbb hahaha, tp mmg everytym org lelaki merokok i have to run away. kesian jantung kita nnt x sihat. kena ada strict rules. jgn merokok dlm umah

    BalasPadam
  8. @yati:

    kesannya bukan hanya pada jantung sahaja dear sis. a lot more. i dont want to eloborate here as no use for all those yg tegar. hmm.

    tp kalo ade yg merokok depan i, akan kena laser or jelingan tajam dari i. mesti diorang paham nye.adik2 lelakiku memang paham n terus keluar rumah hisap kat luor umah.

    cuma dengan ayah jea, teknik berpada-pada. kene jaga hati dia sebab tanpa dia, takde kita di dunia nie..tp alhamdulillah segale gestureku dan kelaseranku terhadap adik lelakiku dia paham. Everything takes time and u need to start from somewhere.

    cabaran sepanjang hidupku..

    BalasPadam
  9. setuju juga.. ruang segar tu jadi tak segar sbb org yg tak merokok takut nk ke situ sbb ramai perokok huhuhu~~

    BalasPadam
  10. mmg kawasan tu ramai yang merokok kat area tue.. dulu bro selalu lepak kat picc... terutama kat tampat yg menghijau tue...

    cuma kawasan tue saja yang banyak oksigen untuk bernafas...

    tue yg dorg tambahkan karbon

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    BalasPadam
  11. @en_me:

    i memang la kuli(tp kepale besor) tp u bukan mr boss ke en_me?!

    pepehal pun, kita semuanya hamba Allah yg kerdil..:)

    BalasPadam
  12. @bro:

    lenkali bole tolong kot nasihat kat kengkawan baik bro yg menyumbang karbon di situ, even di mana2 la di tempat2 awam yg lain,

    nways penah tak dok dekat ngan pintu masuk ke green area tue..abis merebak bau asap rokok ke kawasan air-conditioned yg lain. hmm jelas lagi nyata.

    kenkadang kita hanya mampu melihat, tanpa menyedari our human right been violated. Nobodys care anyway.

    BalasPadam
  13. wah.. i salute u... berani sungguh :) sikap cmni perlu dicontohi utk kepentingan bersama :)

    BalasPadam
  14. bagus tindakan kau mas...memang kena tegur diorang nie semua...mr. hubby aku pun merokok gak...dulu waktu aku mengandungkan qis dia berhenti merokok...adalah sampai umur qis 2 tahun lebih...right now dah merokok balik...aku kena preggy lagi la kalau nak suruh dia berhenti merokok...huhuhu...

    BalasPadam
  15. @ cik fiza:

    thnx cik fiza, i think u can do the same thing..:)

    BalasPadam
  16. @lyn:

    aku rase bole lagi nak soh dia brenti tue..gunala the power of woman ko :)).

    BalasPadam
  17. waahh.. seronoknya isu nih.. teringat dulu masa kami kaum lelaki yang pergi ke Majlis Hari Raya JPM di PICC baru-baru ni.. majoriti yang pergi ke majlis tu adalah perempuan.. sebenarnya kami kaum lelaki lemas dek keramaian perempuan2 di sana tuh.. bermacam2 bau.. setiap perempuan tu lain plak baunya.. sbb tu lah kami terpaksa menghirup asap rokok yang lebih segar daripada bau2 perempuan yang sebegitu ramai itu.. jadi kami pun menuju lah ke kawasan 'smoking area' di PICC tersebut iaitu di dalam kawasan hijau yg disediakan di dalam kawasan berkaca tu.. di situ kami bebas daripada bau2 perempuan yg melemaskan dan busuk itu.. sekurang2nya asap rokok yg dihisap itu dapat menghilangkan bau2 perempuan yg melekat di rongga hidung kami.. jadi salahkah kami merokok?..

    BalasPadam
  18. @nameless commentor:

    Pertamanya terima kasih kerana sudi membaca blog picisan ini.

    Keduanya, argument yang saye cuba ketengahkan di sini, adakah wajar the so called ‘smoking area’ di kawasan picc itu disediakan di premis kerajaan seperti PICC itu? Itu asas aduan saya, utk pengetahuan anda la.

    Ketiga, adakah wajar anda mengambil keputusan untuk merokok beramai2 di kawasan tersebut semata2 kerana tidak tahan bau wanita2 yang mempunyai pelbagai bauan yang kuat di situ?

    Keempat, Pada saya jika bau minyak wangi yang kuat dipakai oleh wanita semasa bekerja, perkara itu boleh ditegur dengan sopan. Dan saya percaya, jika wanita itu seorang yang prihatin dia akan ambil maklum dan tidak akan pakai lagi bauan yang busuk lagi menyakitkan hidung tuan itu. Mungkin dia akan cuba sedaya upaya menjauhi anda atau make sure dia menjaga jarak di antara dia dengan tuan dengan serta merta, masa itu juga. Pernah cuba tak? bole cuba lepas nie.

    Kelimanya, Adakah wajar bagi golongan lelaki yang BUKAN PEROKOK dan golongan wanita yang JUGA BUKAN PEROKOK dan juga tidak memakai bauan yang kuat (bukan semua wanita suka pakai parfume over sgt) yang sama kes dengan tuan tidak tahan bau wanita lain yang amat kuat itu dan mereka juga mencari satu-satunya tempat di situ untuk menghirup udara segar dan end up menghidup udara yang penuh dengan ribuan bahan kimia dan sekurang-kurangnya 40 bahan dalam asap rokok itu boleh menyebabkan kanser? Adakah wajar?

    Ke enamnya, Adakah anda tahu asap rokok juga mengandungi banyak karbon monoksida, iaitu gas yang menghalang kemampuan darah untuk membawa oksigen kepada tisu badan termasuk organ penting seperti jantung dan otak serta boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan strok.

    Pendedahan kepada asap rokok boleh memberi kesan jangka panjang atau SEGERA kepada kesihatan manusia. Kesan segera ialah rasa gatal dan pedih mata, hidung, tekak dan paru-paru. Trust me ini bukan 'AUTA'

    Dalam kes ini, PEROKOK PASIF (Tuan boleh rujuk Wikipedia untuk tahu apa yang dimaksudkan dengan perokok pasif di sini), yang kebanyakan lebih sensitif terhadap kesan toksid tembakau berbanding perokok boleh mengalami masalah sakit kepala, pening dan muntah serta memberi tekanan terhadap jantung dan menjejaskan keupayaan paru-paru mengguna dan menyedut oksigen.

    Kesan jangka panjang kepada perokok pasif ialah peningkatan kadar penyakit jantung dan kanser selepas beberapa tahun terdedah kepada asap rokok.

    Bagi penghidap asma pula( nak saye letak skali ke statistic berapa ramai pengidap asma di malaysia ini), asap rokok boleh menyebabkan serangan penyakit itu SERTA MERTA dan sebahagian besar daripada pesakit asma menderita akibat rasa kurang selesa selepas terdedah kepada asap rokok.

    Dan senarainya sangat panjang untuk saya perjelaskan di sini.

    JADINYA, MENJAWAB PERSOALAN TUAN,

    .. jadi salahkah kami merokok?..

    JAWAPANNYA: SANGAT SALAH DAN SESUNGGUHNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

    Terima kasih di atas keprihatinan anda dalam ruang ini walaupun tanpa nama diberikan..

    P/S: Allah beri kita akal untuk kita berfikir bukan hanya untuk kepentingan diri kita sendiri tapi semua makhluk-NYA. Just my 2 cents.

    BalasPadam
  19. maksud saya.. kami kaum lelaki yg minoriti ini sebenarnya tak tahan dgn bau busuk beberapa orang perempuan yang kemungkinan sedang datang bulan ataupun mungkin mereka terlupa memakai produk pembersih 'wanita'.. bayangkan bau2an itu pula bercampur dengan peluh2 dan tak sanggup pula kami menghidunya. bukan bau minyak2 wangi seperti yang dianggap oleh penulis seperti di atas. malah kami pun tak sanggup nak terhegeh2 nak merapati kaum2 perempuan yg berasak2 semasa majlis open house tersebut lantaran bau yang menjijikkan itu. sekian untuk makluman.

    BalasPadam
  20. maksud saya.. kami kaum lelaki yg minoriti ini sebenarnya tak tahan dgn bau busuk beberapa orang perempuan yang kemungkinan sedang datang bulan ataupun mungkin mereka terlupa memakai produk pembersih 'wanita'.. bayangkan bau2an itu pula bercampur dengan peluh2 dan tak sanggup pula kami menghidunya. bukan bau minyak2 wangi seperti yang dianggap oleh penulis seperti di atas. malah kami pun tak sanggup nak terhegeh2 nak merapati kaum2 perempuan yg berasak2 semasa majlis open house tersebut lantaran bau yang menjijikkan itu. sekian untuk makluman.

    BalasPadam