Selasa, 8 Januari 2013

NorthIndiaBackpacking 15: To Fatehpur

Breakfast @ The Tourist Place
Pagi itu kami bangun awal. Perancangannya kami akan menaiki bas awam untuk ke FatehpurSikri dan balik semula ke Agra untuk menaiki keretapi ke Daerah Jaipur pada jam 4 petang.

Perjalanan adalah sangat panjang hari ini dan perut MESTI diisi dengan secukupnya. Breakfast pagi itu, aku order roti planta dan banana conflakes. oh yea, mango yougurt lagi sebagai minuman. Huhuuu memang banyak aku makan pagi itu sebab aku tak sure, akan makan lunch dimana utk tengahari nanti.

Masuk bas terus chop seat blakang sekali :-)
Habis packing barang, kami simpan beg galas kami di luggage area dan berlenggang-kangkung  mencari auto-rickshaw untuk ke Idgha Bus Station. Kosnya dalam 20-30 rupee la, sebab dekat sahaja. Sampai di stesen bas tu memang agak ngeri sket sebab macam rundown jea..and aromanya memang hancing di mana-mana. Nak buat macammana, inilah satu-satunya jalan yang MURAH untuk ke Fatehpur Sikri dari Agra. Kalo naik bas tambangnya dalam 27 rupee sahaja. TETAPI kalo nak naik teksi, deme nak charge dalam 900-1000 rupee. beza kot 27 rupee dan 1000 rupee! Betul tak?

Perjalanan dari Agra ke Fatehpur mengambil masa dalam 2 jam juga. Itu termasuk trafik jem sekali la. Sampai di stesen bas FatehpurSikri dalam jam 10 pagi, aku dah pakat ngan baby untuk follow ade dua lelaki foreigner yg satu bas dengan kami sebab aku memang no idea macammana nak ke Kompleks Fatehpur tue. Ada dua jalan sebenarnya nak ke sana, satu ikut jalan biasa yang konfem korang akan menonggek mendaki ke kompleks itu. Dan lagi satu adalah ikut jalan tikus masuk kawasan pasar/rumah daif orang sana.

Since 2 orang matsaleh lelaki tue masuk pasar, maka kami pun dengan konfidennya follow. Sambil-sambil jalan mata melilau jugak tgk keadaaan rumah dan kedai yang agak daif itu. Budak-budak pun follow kami dari belakang. Jalan punya jalan, tetiba 2 orang matsalleh yang kami follow dah hilang dari penglihatan. Adoiiii. Sekelip mata plak deme hilang.

Nasib baik ada bebudak comot tp comei kat belakang kami yang tunjuk jalan untuk ke Kompleks Fatehpur tue. Memang tawakal jea masa tue, percaya jea ngan bebudak tue, dan akhirnya..belok-belok, eh dah sampai dah kat entrance sebelah kanan Fatehpur itu. Huh, memang dekat dan TAK PANAS!!

LEGA sangat hati bila nampak pintu gerbang ini!
Buland Darwaza, The Main Entrance



NawabIslam Khas Tomb
FatehpurSikri ini adalah lagi satu Senibina Mughal yang masih utuh wujud lagi di tanah besar India ini. Nak ikutkan, kompleks ini memang lengkap macam kompleks2 yang lain, ada masjid, makam-makam, kuarters pekerja, kediaman diraja, mahkamah dan bangunan utiliti yang lain.

Ada lagenda tersendiri yang membawa kepada asal usul FatehpurSikri ini dan korang bolehlah baca di SINI yea. :-)




Impressive detailing
Waktu kami di Fatehpur, cuaca memang amat panas. Aku rasa adalah dalam 37 celcius. Seriously, walaupun waktu aku pergi itu masih Bulan March (akhir), panasnya memang menyengat. Tak dapat bayangkan kalo pergi bulan April, Mei, Jun..huiiiii memang buleh sakit tau..Sakit tak sihat! Jadinya, kalo nak pergi Delhi-Agra-Jaipur nanti tolongla pegi dalam Disember-Februari. Cuaca sejuk masa tue..




Salim Christi Tomb

Jamaa' Masjid

Permandangan dari luar Kompleks Fatehpur
Kalau tengok gambar di atas,sebelah kiri itu merupakan jalan masuk utama. Manakala gambar di bawah, iaitu di sebelah kanan adalah jalan masuk kedua yang aku guna. Begitulah keadaannya rumah-rumah ada ada di kawasan kompleks itu. Sadis kan? Budak-budak kecil lagi comel yang berniaga di sekitar kawasan kompleks tu aku rasa dari perkampungan ini. Walaupun hidup daif, bila bertutur dalam bahasa inggeris memang boleh tahan. Kecik lagi kot, dalah 5-8 tahun. Agak kagum juga la aku dengan diorang. Aku beli juga la postcard yang bebudak tue jual. Kesian sebenarnya. Nak tabur gula-gula macam yang John Kaki Berangan buat tak dapat plak sebab takda stok gula-gula. :-)

Pintu Masuk Kedua di sebelah kanan Kompleks Fatehpur



Kami keluar dari Kompleks Fatehpur, jam sudah pukul 12.30 tengahari. Matahari memang tegak atas kepala. Memang MAHA TERIK hari itu. Untuk keluar, kami guna laluan utama yang agak landai menyusuri jalan ke bawah. Nasib baik kami tak ikut jalan itu masa nak masuk tadi kalau tak memang azab juga kot. Heheee


Sampai di stesen bas, kami terus masuk ke bas yang destinasinya adalah Pekan Agra. Keadaan bas memang agak lagi uzur berbanding bas yang kami naik untuk ke sini awal pagi tadi. Nak buat macammana, tambangnya hanya 27 rupee sehala sahaja kan. Uncle yang duduk depan kami ini (seperti gambar di atas - sungguh mancung hidungnya), dia makan sireh. Lepas tue dengan selambanya dia ludah sireh dia ke luar tingkap bas. Huhuuu, nasib la kalo ada orang yang naik motor ke beca ke, kalau terkena cebisan ludahan beliau. Ewww

Bekalan air kami dua-dua pun sudah habis, jadinya bila nampak sahaja budak perempuan di dalam bas itu minum, agak terkesan juga. 
Agra Cant Railway Station
Sampai di Pekan Agra, kami terus menaiki Tuk-tuk untuk ke hostel kami. Lepak di cafe sana sementara menunggu masa untuk berangkat ke Stesen keretapi Agra Cantt. Kami akan berangkat ke Jaipur dalam jam 4 petang. Dan akan dijangka sampai Jaipur dalam Jam 10 malam. Disebabkan perjalanan mengambil masa dalam 5 jam, maka kami ambil tiket train yang first class. Masuk gerabak, susun-susun barang, then terus tidur. Kami pesan juga pada konduktor train yang ada untuk alert kami jika sampai ke Jaipur nanti.

Di dalam keretapi
Akan di sambung kemudian..

12 ulasan:

  1. ye la, nak tabur gula2 mcm john, takde ye, kalo tabur duit kang, tak bangun plak ko. hahaha!

    scary plak tgk gambar bas korang naik tu, teringat kes tu haih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tabur duit mmg x mampu la dennnn huhuhuuu

      Pasal bas, mmg biqque bile berita pasal gang rape dlm bas yg baru2 nie..memang skeri okeh. Mujur masa aku ke sana, terselamat dr trajedi2 yg macam tue. Org semakin kejam sekarang..

      Padam
    2. kes ape? *garu kepala*

      aku rasa klu naik bas camni paling selamat ialah duduk di seat depan dekat dgn drebar & pintu..alang2 nanti leh terjun keluar. tapi pasal gang rape mende tu bleh stori skit. ai tertinggal ketapi ni

      btw breakfast pisang+cornflakes tu mmg lazat. klu buh madu lagi sedap ;P~

      Padam
    3. Pasal #delhigangrape

      Pd suatu mlm mangsa dan sorang kwn lelakinye baru abis tgk wayang. Then nk balik umah naik bas. Dlm bas tue memula ade satu geng setengahnye mcm mabuk start kaco2 mangsa. Then bf dia tegur. Lepas tu diorang dlm 6 org start fight ngan bf. Bf mangsa melawan gak dgn 3 org tp lelama kalah gak. Dlm pafa tue, 3 lelaki yg lain bwk mangsa ke seat belakang bas dan rogol mangsa secara bergilir. Then tukar lagi ngan 3 yg lain bergilir. Main jolok2 kayu besball semua. Gile keji ngan kejam diorang. Bf dia dah mng x berdaya la kan sbb kene pukul. Abis rogol semua, depa campak mangsa (bogel) dan bf dia kluar bas dan blah. Bila dah ade atas jalan..org yg lalu lalang buat x tahu plak. X ke bangang? Bf mangsa bgtau dlm 45 mins gak diorang tunggu smpi ade yg nk tolong. Bila polis dtg pon, polis pon gado2 x tau nk handle camne. Mangsa mati selepas seminggu lps kejadian kot atas kecederaan teruk pd usus ngan organ dlm yg lain sbb abusive rape depan belakang. Oh yea diantara perogol tue adalah pemandu bas, konduktor dia pencuci bas dan seangkatan dgnnya. #oh incredible india

      Padam
  2. dia ludah sireh keluar bas?
    OMG!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah kak.. Naseb la sape yg kat luar bas tue kalo terkena..

      Padam
  3. ludah sireh tu memang dah kebiasaan diorang kan.. kalo angin kuat, mau masuk smeula ikut tingkap belakang.. ouucchhh..

    very interesting journey..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ewww kalo masuk semula sy tampor dia kak..heheee

      Padam
  4. wahh bastnyer... mak ayah saya baru balik dari jaipur.. baca sini baru nampak mcm mana kat sna..

    BalasPadam
  5. Hello, i feel that i noticed you visited my blog thus i came to go back the want?
    .I am trying to to find things to improve my site!
    I guess its adequate to use some of your ideas!!

    Visit my site ... click through the up coming webpage

    BalasPadam
  6. This program is intended to recover lost passwords for
    RAR/WinRAR archives of versions 2.xx and 3.xx.
    http://www.passwordtowinrar.tk The free professional solution for recovering lost passwords to
    RAR and WinRAR archives.

    My coder is trying to persuade me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of
    the costs. But he's tryiong none the less. I've been using Movable-type on numerous websites for about a year and am nervous about switching to another platform.
    I have heard excellent things about blogengine.net.
    Is there a way I can import all my wordpress posts into it?
    Any help would be really appreciated!

    BalasPadam