Jumaat, 12 Julai 2013

Premier toilet at Cenang Mall




Pantai Cenang Langkawi sudah banyak berubah sejak kali terakhir aku ke sini setahun yang lepas. Sekarang sudah terbina Cenang Mall, pusat membeli belah 2 tingkat yang menempatkan beberapa kedai souvenir dan cafe2 best di situ seperti the Loaf, StarBucks Coffee dan McDonald.

Public Toilet di dalam Cenang Mall ini ada 2 buah. 1 buah di tingkat bawah adalah toilet biasa, yang mana ketika saat2 aku begitu memerlukannya, toilet itu ditutup atas sebab tiada air. Ketika aku di sana, Langkawi telah dilanda banjir dan hampir kesemua hotel di sana bekalan airnya ada masalah. 

Pilihan lain yang ada adalah Premier toilet di tingkat 2 Cenang Mall yang bayaran masuknya RM1. Bila dah terdesak, pengunjung yang ada memang tiada pilihan la untuk guna juga Premier toilet yang disediakan.

Cuma yang aku pelik, ada pula bekalan air di tingkat 2 Cenang Mall ini kan. Tingkat 1 atau bawah takde la pula. Satu lagi, disebabkan ianya adalah premier toilet dan aku bayar mahal untuk masuk, makanya expectation aku memang tinggi la dengan keadaan dalaman toilet tersebut. 

Namun, agak hampa sebab takda bau wangi pun. Aku tak kisah interior dia macammana pun, tapi kalau tak wangi, aku memang kisah. Aku harap kalau lah management team Cenang Mall ini terbaca entry ini, silalah dapatkan "air refreshner Serai" untuk menambah aroma yang segar di dalam toilet premier anda yea. Memang tiada bau hancing di dalam toilet anda namun bila dah dibayar mahal untuk masuk, orang akan mahukan lebih dari itu. 

Tandas itu WAJIB bersih, kemas dan wangi. Perfect atmosphere for RM1 toilet fee entrance.
 

15 ulasan:

  1. Untungla dapat masuk toilet mahal!!!!
    Eh rajin pulak buat entry jamban ni.

    BalasPadam
  2. ooo mak aiiii!! giler mahai! 30sen pun dh bekira2 nk masuk ni kan lgi sehengget!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang.. Nk kemcing pun kena bayar rm1 tau..

      Padam
  3. salam Mas zuber..itulah..dah lah berbayar..kotor pulak..mmg naik hangin ..tengok toilets kat negara kafir pun lagi bersih..wangi lagi..sampah pun takde nak melimpah ruah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam nekcik,
      Akak penah masuk ke toilet yg ini sebelum ni? Waktu saya masuk takdela kotor sgt. Ok jea, tapi x wangi..

      Padam
  4. indah khabar dari rupanya. ingatkan kat dalamnya mcm toilet primier mcm kat klcc,memang kelasss. btw, tahniah kerna berjaya menulis semula entry

    BalasPadam
    Balasan
    1. Toilet premier klcc rm2 kann..huhuu pasal tu lagi best kot. Yg ni nak kasi naik rege ke rm2 kot kalo nak up to the standard premier toilet

      Padam
  5. haiii?
    teaser entry untuk langkawi ke???

    heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikikikii mungkin..

      Atau mungkin the only entry for langkawi..hujuu

      Padam
  6. untunglaaa toilet dapat publisiti percuma

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula nak charge mahai lagi.. Tp kalo mahal dan berbaloi..mesti publisitinya bunyi yang lain sket

      Padam
  7. entry pertama langkawi dh cerita pasal jamban.. hehe.. untungla jamban cenang dpt masuk blog.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaah rugila u x masuk skali ari tu..huhuu

      Padam
  8. ada jgk nampak kat beberapa tempat lain...

    BalasPadam