Ahad, 31 Julai 2011

Experiencing Temasek aka Singapore 10: DuckTours Wacky Quacky!

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Kehangatan bola dengan team Harimau melawan Singa yang lepas menaikkan kerajinanku untuk menyambung entry Experiencing Singapore aku nie. Kali ini aku nak share mengenai  Duck Tour. Kalau sebelum ini aku dapat panorama river cruise seperti di SINI dan SINI, kali ini aku nak cuba tengok dari angle yang lain, melalui laluan lautnya pula.

Source
Kenapa dipanggil DuckTour? Sebab tour nie cover jalan di darat dan air. Macam itik la..bole keja orang dengan laju di darat dan kejar itik betina di air dengan laju gak ;p
Nways, kenderaan yang diguna untuk Duck Tour ni pun comel sebenarnye.

Semangat sungguh memasing!

Ok, besar sungguh kereta itik ini. Survived Taufan Katrina!









Waktu kami naik DuckTours dalam pukul 6 petang dah. Pasal tue agak kelam jea awan masa tu. Afterall, aku enjoy trip duck tour nie. Especially masa dia nak masuk dalam air dari darat. Confirm sesiapa yang duduk seat sebelah KIRI akan basah dengan percikan air laut yg masin itu. Jadinya, kalo korang naik bende nie in near future, ambil port sebelah kanan yea. kalo tak basah macam aku nanti. Anyhow, walau basah tapi best!

:)

Sabtu, 30 Julai 2011

Bukit Tabuh, Ulu Kelang a.k.a Klang Gate Quartz Ridge

Jika kamu berjalan menghala ke Hulu Kelang, kamu pasti akan nampak bukit ini dari jauh. Dari MRR2 memang agak jelas.

Source
Nampak dari jauh memang  melazatkan. Iya, agak menggeramkan bagi seorang pendaki. Pada aku, bukit ini bukan sebarang bukit. Di antara bukit yang agak sukar untuk aku daki.

Agak bahaya jika tidak berhati-hati.

Batu-batu yang tajam membuatkan tanganku bercalar-calar.

Tetapi, panorama yang dapat kamu lihat dari atas bukit itu memang sangat cantik. Berbaloi-baloi bagi setiap peluh yang telah dikeluarkan.

Dalam pendakian menuju ke puncak bukit, kamu akan nampak pemandangan sebegini...
Klang Gate Dam
Kawasan perumahan Taman Melawati juga akan kelihatan semakin tinggi anda daki.

Taman Melawati compound
Di antara spot2 yang menggayatkan. Kaki aku ada sedikit menggigil masa lalu kawasan ini. Kiri kanan adalah 80% steep drop. Tapi alhamdulillah, aku dapat atasi rasa gayat itu dan meneruskan pendakian.

Dangerous Ridge
Batu-batu yang harus dipanjat memang tajam. Tak percaya, tengok sendiri. Bukit ini sebenarnya bertahtakan batu Quartz. Pasal itu nama bukit ini Quartz Ridge. Ramai orang ingat, batu yang orang nampak dari jauh ni adalah limestone/batu kapur. Tapi sebenarnya tidak. Limestone yang nampak di KL ini hanya terdapat di Batu Cave. Limestone yang lain semua berada bawah tanah.
The Quartz
Bila sampai di puncak bukit, vegetation yang ada juga berlainan. Rumput yang ada di atas sana macam carpet. memang agak berbeza keadaannya dari bukit/gunung lain. Itu yang membuatkan bukit ini special. 

yay!
Aku ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak bukit. Iya agak panjang sebenarnya masa yang aku ambil untuk sampai. Banyak kali aku berehat sebab laluannya agak memenatkan. Mental dan fizikal.

Kalo korang berminat untuk daki bukit ini, aku suggest korang naik awal pagi dalam pukul 7.30am. Sebab KL nie, asal petang jea hujan kan. Lagipun, sangat bahaya kalau naik masa hujan. Sangat slippery, kalau jatuh memang..hmm fatal.

Oh yea, entrance untuk start pendakian adalah di Taman Melawati. Cari Puncak Niaga punya substation. Ada banyak kereta parking di situ dan laluan masuk memang agak tersorok. Cuba tanya local people, kalo tak jumpa.

Till then.





Jumaat, 29 Julai 2011

Khamis, 28 Julai 2011

Rabu, 27 Julai 2011