Isnin, 28 Mei 2012

NorthIndiaBackpacking 8: Kashmir - Sonamarg

Sambungan penceritaan dari SINI.

Terlewat pula nak sambung cerita dari episod yang lepas. Memacam jadi minggu lepas di samping tengah sibuk untuk berpindah dan bertukar tempat kerja. Harap-harap environment di tempat kerja baru sama ke-best-annya dengan yang lama dan orang2nya best seperti yang ada di tempat sekarang. Balik dari kerja, seawal jam 10 malam dah penat dan mengantuk..Jadinya, memang mood itu lambat nak panas untuk sambung.

Anyhow, aku sambung pengembaraan di Sonamarg. Setelah hampir 3 jam menyusuri jalan bengkak bengkok berserta pemandangan yang mengasyikkan, kami sampai juga hingga ke hujung jalan, iaitu Sonamarg.
Di antara kawasan perumahan yang ada sebelum sampai ke Sonamarg
Sonamarg ni sebenarnya kawasan yang agak pedalaman la juga. Penduduk dia tak ramai, dalam 400 orang jea. Iya, kawasan yang amat luas, tp penduduknya sikit sahaja. Yang meramaikan kawasan ini adalah pelancong, especially pelancong dari tanah besar Yindia! Sebab apa tak ramai? Sebab ramai penduduk Sonamarg nie macam orang normad. Sering berpindah randah. Banyaknya akan pindah keluar bila musim sejuk datang sebabnya, jalan masuk ke Sonamarg akan ditutup kecuali untuk India Army. Hanya segelintir jea penduduk yang duduk tetap di sini walau dalam musim sejuk dan tahan dengan salji tebal di sini.
  

Yay! Sudah sampai!
Apa yang menarik di Sonamarg adalah pemandangan yang ada. Background Thajiwas Glacier yang ada di kawasan ni memang terbaikla aku kira. Sebenarnya dari Sonmarg nie, kalau naik kuda dalam 3 kilometer lagi, akan dapat pemandangan yang lagi best sebenarnya. Cumanya, masa aku ada di sana, kawasan tu baru dilanda ribut salji dalam 2 hari yang lepas, jadinya, aku tak nak ambil risiko la. Kot-kot la tetiba ada avalanches ke, naya jea kan. Makanya aku hanya berlegar2 di kawasan bawah Sonamarg jea hari itu.

Just untuk info, bagi sesiapa yang  nak ke kawasan yang lagi dekat kepada Thajiwas Glacier tue,  korang boleh naik kuda, ponyride tambang dalam 500-1500 rupee. Lagi pandai nego, lagi murah korang boleh dapat. Banyak jea operator yang akan meng-offer pakej naik kuda di kawasan itu. Kalo masa korang datang cuaca mengizinkan, maka naiklah kuda ke sana. Aku pun, kalo ada rezeki ke sana lagi selepas nie aku akan ambil peluang untuk buat itu.

Walaupun kami tidak berpeluang naik ke atas dengan kuda, pemandangan yang ada di bawah ni pun dah cukup baik aku kira. Puas jugala kami bermain-main di situ. Dok berpolice entry bagai. Memang bengong mood memasing masa tue. teringat zaman budak-budak dolu-dolu..hahaa

Dalam takut salji tetiba runtuh, aku sempat gak mendaki sikit di kawasan itu. Tak tahan aku tengok. Agak2 satu bukit salji tue aku boleh naik, maka naiklah kami. Lagi atas korang naik, lagi cantik pemandangan yang ada sebenarnya. Tapi make sure kasut yang dipakai tue bersesuaian la. Kasut aku memang getah di luarnya, konfem tak basah la. Kalo pakai kasut biase yang kain tue, bersediakan untuk kaki kebas sebab kasut akan basah dan sejuk, macam kasut yang kawan aku, Baby nie pakai.


Di kawasan itu juga ada banyak rumah ala-ala normad yang digunakan pada musim sejuk. Comei jea dari luar aku tengok. Aku try nak masuk juga tapi pintunya berkunci bagai. Adei, so tak dapatla nak explore apa yang ada dalam rumah comei itu. Tapi kami sempat juga buat snowman depan umah tue..kenangan la  konon. Tapi rupanya macam tak berapa nak jadi kot. Dah macam penyu jea pun.


Selain dari ponyride, aktiviti lain yang boleh dibuat adalah gelunsur salji. Syiok juga sebenarnya..dari bawah, kena naik atas bukit then gelongsor dengan laju ke bawah. Servis untuk itu dalam RM3. Hahaa murah kan?





Setelah puas berlegar-legar  sehingga hampir beku jari-jari di sana, maka kami pun decide untuk balik ke rumah. Aku request pada Uncle Ghulam untuk singgah ke Cyber Cafe bila dah sampai pekan Srinagar nanti untuk update diri aku pada sanak sedara di KL. Tapi dia jemput untuk datang ke rumah dia di Lal Chok, rumah dia ada internet. Free!

Bagai pucuk di cita ulam mendatang, maka kami terusla ke rumah dia. Selain dapat online secara free, kami dapat juga berjumpa dengan isteri dan anak-anak dia. Dah 2 hari kitorang ke hulu hilir dengan Uncle Ghulam nie, dan banyak juga la kisah sedih hidup dia yang dia rela kongsi dengan kami. Uncle Ghulam nie dulu hidup kaya raya la juga sebab ada business travel agency sendiri 10 tahun lepas. Takdir hidup, isteri dia meninggal dunia di usia pertengahan 30-an sebab heart attack, dan meninggalkan dia dan 3 anak kecik dan of course membuatkan dia hidup tak tentu arah.  Dia start minum dan tak bekerja selama 1 tahun meratapi kematian arwah isteri. Waktu tu juga la dia dok tanya kenapa Allah kasi dugaan besar macam ni pada dia. Dalam pada hidup tidak terurus, Waktu tue la orang ambil kesempatan ke atas dia dan business partner sendiri seleweng duit company sampai lingkup..

Nasib baik selepas setahun lebih, dia "tersedar dan belajar untuk reda". waktu dia dalam tempoh gundah gulana nie, pembantu rumah parents dia ada untuk jaga anak-anak dia. Everything memang wanita itu yang uruskan anak-anak dia sampailah parents Uncle Ghulam suruh kawen dengan wanita itu. Maka kahwinla dia dan selepas 5 tahun berkahwin mereka dikurniakan dengan seorang anak genius bernama Muhammad. Muhammad ni genius sebab umur baru 3 tahun tapi dah boleh membaca! Menulis dan membaca okeh! Aku memang impress bila dia demo dekat aku. Ini mesti makan safran banyak neh! :-)
Anak Bongsu dia, Muhammad.


With Uncle Ghulam and his beloved family!
Anak-anak dia dengan arwah isteri pertama dia yang sulung umur 20 tahun, sekarang di Universiti Kashmir. Dia tak ada masa kami sampai di rumah dia sebab duduk asrama. Yang kedua, Tabu berumur 17 tahun dan yang ketiga Ahmad, baru 15 tahun. Memasing memang dah besar jadinya, memang sgt excited bila Muhammad dilahirkan dan ditatang dengan minyak yg penuh la juga. Sangat manja!

Isteri Uncle Ghulam bersungguh-sungguh jemput kami tidur semalam dekat rumah dia tapi dengan berat hati kami kata lain kali la..InsyaAllah, kalo aku sampai Kashmir lagi, aku tidur umah dia pula..:-) Terharu sebenarnya dengan keramahan dan keikhlasan mereka.

Hari dah hampir malam, dan Uncle Ghulam terus hantar kami balik ke rumah Papa Yousef. Selepas membersihkan diri kami turun untuk makan malam dan buat aktiviti kami  seterusnya untuk malam itu, iaitu berHENNA. Kikiki kitorang saje jea request nak berinai selepas tengok gambar-gambar kawen sedara-mara diorang sebelum ini. Dekat Kashmir nie, yang memakaikan Henna utk pengantin dan family biasanya orang lelaki. Pelik kan, tapi memang kerjaya tu dipelopori oleh kaum lelaki di sini.

Cumanya, untuk malam itu, pelukis henna kami adalah Turmina, anak bongsu Papa Yousef. Turmina nie kami panggil Choti (si budak kecik) sebab panggilan manja untuk anak bongsu di sini. Ok juga dia buat, laju jea dia lukis, takda gigil2!

Mama, she's in her early 40's
Choti in action!


Mama and Baby. Dalam baju/pheran mama dia letak bekas bara utk tujuan pemanasan!
traditional heater
Untuk pengetahuan, rumah papa yousef nie memang pakai heater secara manual. setiap orang akan ada satu alat seperti gambo atas nie. Dalam bekas tue (diperbuat dari tanah liat) ada bara yang boleh menghangatkan badan kita dengan meletakkan bekas itu dalam baju/pheran memasing. Dok dekat2 bekas tue pun boleh juga memanaskan. Tapi kena hati-hati la takut terbakar pula baju kan. Kaedahnya memang masukkan bekas bara dalam pheran masing2 dan duduk seperti gambor mama di atas.

Waktu malam di Srinagar nie memang sejuk. Tak dapat aku bayangkan  kesejukannya masa peak winter. Memang terseksa kot kesejukan di sini..

Malam itu merupakan malam terakhir aku tidur di rumah Papa Yousef. Selepas ini kami akan tidur lagi 2 malam di hotel di tengah pekan Srinagar pula. Selepas bergossip panjang dengan Rubina dan Turmina malam itu, kami tidur nyenyak sambil berangan destinasi kami seterusnya untuk besok hari ke Gulmarg!

Akan di sambung kendian.

Ahad, 27 Mei 2012

Isnin, 21 Mei 2012

Ahad, 20 Mei 2012

IN my EYES: My 7 Super Shots!

I am taking part in "HostelBookers 7 Super Shots‘

Once tagged by a new blogger friend, Farikica, I kept looking for a "suitable" picture to suit the given themes. obviously, that's not an easy task. trust me. Time of the long weekend is used to search for these photos. Godek jangan tak godek. Haha. So here we go:

1. A photo that.....takes my breath away


After the ups and downs, a continuously strenuous climb, struggling with high altitude, I finally reach the top. The peak of Mount Kinabalu, Sabah MALAYSIA! This is the view that I get from top of the mountain. There is a very deep ravine on the peak area but the panorama was so damn breathtaking. How i wish i could return to this place again. To scale the mountain again.

 
2. A photo that.....makes me laugh or smile
For those who have been to Jeju Loveland, South Korea, SURE they will not forget with what they experience during the visit to the park. I can guarantee that. Muahahahaha. This is one of the captured photos while in there. Theme of artwork, Big Fat rich women power over the men. The most interesting thing for me while visiting the place is to see the reactions of the other visitors. The giggles, gasps and scenes of old ajummas pretending to shield their eyes were the highlights. Hahaa! Smile and laugh while u can!


3. A photo that.....makes me dream
Can you feel what I feel then? I always had dreams to fly high. As i cant fly, to jump in a place with such a  phenomenal view is good enough. Where am i? Swiss? Neahh am doing some jumpingjack in the heart of the snow in Gulmarg, Kashmir.

4. A photo that.....makes me think
 

After walking most of the day, to climb even a stair can be quite a burden. Its the 'Climb'. The feeling of "pancit", makes me wonder, where is my stamina??? Getting older really deteriorate it? Duhh.. afterall thats a long route up.. Nways, I forgot the pain of it after seeing the beautiful scenery up there, Seopjikoji, East Jeju.

5. A photo that.....makes my mouth water
On the way back to Perth from Lake Clifton, we stopped over in Mandurah. Having this doner kebab in one halal restaurant there and enjoy the atmosphere of the night Mandurah. The night was cold but the kebab keeps me warm. Yes, its mouth-watering!



6. A photo that.....tells a story
Seems that he is searching for something. It was 6.30 in the morning. To look at his age, he is supposed to stay at home and rest. Its a Sunday morning afterall.. Nways, he reminds me of my late grandfather..

7. A photo that…I am most proud of (aka my worthy of National Geographic shot)
 
   
This is my all-time favourite so far. The Anchari Residence, Srinagar Kashmir. Access only by foot and shikara/boat. i love the angle, the foot-bridge, water reflection and the mountain background. I stayed here for three nights and this area is very calm. Hassle free and tranquil.
Owh yes!! Finish? I did it! 

Most of my travellicious friends have been tagged. so i divert my tagging list to those who i think might have magnificent pix to share with us.

3. Ayen
5. GB

 :-))

Sabtu, 19 Mei 2012